Panduan Sebelum, Semasa & Selepas Menghadapi Peperiksaan

Bagi anda yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini, saya ingin kongsikan Panduan Menghadapi Peperiksaan - sebelum, semasa dan selepas. Mudah-mudahan dengan panduan ini calon-calon akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Amin. 

Sehari sebelum peperiksaan

1. Pastikan jadual peperiksaan untuk mata pelajaran yang akan anda ambil esok. Buat ulangkaji soalan-soalan yang lepas.

2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat. Cuba bayangkan target anda untuk mata pelajaran tersebut.
 
3. Sediakan segala peralatan untuk menjawab / menulis. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.

4. Mohon ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan doakan kejayaan anda.
 
5. Tidur awal dan jangan lupa setkan jam loceng. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada hari esoknya.

Semasa hari peperiksaan

1. Bangun awal dan lakukan solat hajat.

2. Jangan lupa untuk bersarapan.

3. Pastikan anda membawa :
a) Peralatan untuk menjawab / menulis
b) Kad pengenalan / lesen memandu
c)  Slip peperiksaan

4. Salam dan cium tangan ibu bapa. Mohon mereka mendoakan kejayaan anda.

5. Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.

Di dewan / kelas peperiksaan

1. Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke bilik peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda. 

2. Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

3. Masuklah ke bilik peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan. 

4. Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.  

5. Sebelum membuka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab. Sekiranya anda terlupa, jangan panik. Tarik nafas dan berselawatlah. Insya'Allah boleh ingat semula.


Selepas peperiksaan

Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan, elakkan untuk berbincang tentang soalan atau jawapan dengan rakan-rakan. Ini bagi mengelakkan anda rasa kurang yakin untuk menjawab kertas peperiksaan seterusnya.

Pesan cikgu Laili untuk calon yang akan menduduki peperiksaan : 
"Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting untuk menduduki peperiksaan. Semoga beroleh kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan. Hadiahkanlah kejayaan ini untuk ibu bapa yang telah berkorban demi anda sejak kecil hingga dewasa juga sebagai hadiah buat guru-guru dan rakan-rakan anda yang memberi sokongan selama ini".

Post a Comment

16 Comments

  1. Terima kasih ciklaili.com kerana berkongsi panduan ini, mohon share di blog saya ya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    Cikgu Laili, terima kasih kerana berkongsi perkongsian yang begitu bermanfaat ini.

    Saya mohon izin untuk linkkan entri ini diblog untuk tatapan pelajar-pelajar.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..

      silakan cikgu. mudah-mudahan entri ini akan memberi manfaat buat pelajar2 di luar sana.

      Delete
  3. Teringat semasa zaman sekolah memang ada sediakan bekas khas untuk mengisi alat tulis untuk peperiksaan. Tidak bercampur alat tulis untuk kegunaan harian. Yang paling best diatas bekas tersebut ada senarai alat tulis ditampal. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alat tulis umpama senjata yang dibawa dalam peperangan. kalau tak cukup senjata mungkin kita akan kalah..

      Delete
  4. Rindu pulak zaman sekolah :)
    Dulu arwah mak selalu pesan..baca surah al-Insyirah kalau rasa susah dan panik..
    ada ayat yang bermaksud "di setiap kesusahan ada kesenangan.."

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian tips. Bukan untuk anak yang ambil UPSR sahaja :)

    ReplyDelete
  6. selamat sejahtera cikgu...terima kasih atas panduan-panduan itu ..saya yakin saya boleh dapat kan 5A dalam upsr.. terima kasih lagi ya...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih ye... Doakn kejayaan ank sy n ank2 yg lain dlm UPSR 2015 bermula esk... Aamin

    ReplyDelete
  8. Nice sharing cikgu! Teruskan menulis untuk ummah

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing this tips.I can practice it for getting 6A this year.

    ReplyDelete
  10. I hope this will be helping me for getting 6A this year.

    ReplyDelete
  11. Bismillah doakan saya 🤲

    ReplyDelete