JomStudi : Platform Pembelajaran Digital Pelajar

Sesi persekolahan 2019 telah berlalu lebih kurang 3 bulan dan sepanjang tempoh tersebut saya menggunakan pelbagai bahan untuk digunakan semasa proses PdPc dilaksanakan. Oleh kerana kedudukan sekolah saya terletak di kawasan luar bandar, saya lebih suka mendapatkan bahan seperti maklumat tentang silibus pembelajaran, soalan latihan peperiksaan serta video-video interaktif melalui internet sahaja.

Di dalam entri ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang sebuah platform yang dibangunkan dan dikendalikan oleh pihak Digi, JomStudi yang amat membantu saya (sebagai seorang guru) dan juga para pelajar terutama bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM.



JomStudi merupakan hab pembelajaran digital yang menyediakan kandungan pendidikan berkualiti untuk ditawarkan kepada pelajar, terutamanya bagi mereka yang mendiami kawasan yang kurang mendapat perhatian. Dilancarkan pada Januari 2019, JomStudi merupakan inisiatif yang diterajui oleh organisasi swasta iaitu Astro, Digi dan Media Prima dan disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Pendaftaran keahlian adalah percuma dan setelah mendaftar sebagai ahli, platform tersebut boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan menggunakan laptop mahupun telefon bimbit. Bagi pelanggan Digi, anda akan menikmati kelebihan JomBelajar Internet Percuma pada setiap hari dari jam 2.00 petang hingga jam 8.00 malam.

Melalui JomStudi, saya boleh menggunakan video-video yang disediakan oleh Tutor TV semasa mengajar subjek Sejarah SPM. Ini dapat menambahkan pemahaman pelajar tentang subjek yang dipelajari. Saya juga menggalakkan pelajar untuk mendaftar sebagai ahli dan menggunakan JomStudi bagi mendapatkan bahan pembelajaran seperti nota, koleksi soalan peperiksaan dan video-video interaktif yang disediakan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan #DigiWorld.

Di JomStudi juga, pelajar boleh memantau perkembangan kemajuan diri masing-masing dan setiap tugasan yang berjaya diselesaikan akan menerima ganjaran iaitu lencana digital. Lencana digital merupakan petunjuk prestasi, kemahiran, kualiti atau minat pelajar. Antara lencana digital yang ditawarkan adalah seperti Pasukan JomStudi, Profil Sempurna dan Raja Rujuk. 

Cara untuk mendaftar sebagai ahli JomStudi

1. Click link pautan ke platform JomStudi - http://bit.ly/2VPpcuh. Kemudian pergi ke bahagian Daftar (click pada perkataan Langkah 1) seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.



2. Isikan maklumat yang diperlukan seperti Nama Penuh, Emel, Kata Laluan dan lain-lain. Anda perlu memasukkan Kod Pengesahan yang akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang diisikan di dalam borang pendaftaran.



3. Pendaftaran selesai dan kini anda sudah boleh mengakses platform JomStudi untuk mendapatkan bahan pembelajaran yang disediakan seperti nota, soalan latihan, video dan sebagainya. Anda akan menerima lencana digital yang pertama iaitu Lencana Pasukan JomStudi dan anda boleh mendapatkan 3 lencana eksklusif JomStudi seperti gambar di bawah :




* Pelajar di bawah umur perlu mendapatkan keizinan ibu bapa sebelum membuat pendaftaran.

JomStudi : Platform Pembelajaran Digital Pelajar JomStudi : Platform Pembelajaran Digital Pelajar Reviewed by ciklaili on Friday, March 22, 2019 Rating: 5

2 comments:

  1. Tidak dinafikan digital memudahkan pembelajaran. Cabaran sekarang nak tarik anak-anak main game di Smartphones.

    ReplyDelete
  2. Zaman sekarang dah canggih, nak studi pun udah ade aplikasinye. Tinggal register dan join sebagai membernye. Mantap Jom Studi...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.