Blog ciklaili.com Yang Sepi

Sedar tidak sedar, tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita akan melangkah masuk ke tahun 2020. Alangkah cepatnya masa berlalu sehinggakan tidak sedar kita sudahpun berada di hujung tahun 2019. Saya masih teringat memori semasa di sekolah menengah ketika mempelajari tajuk  Wawasan 2020. Kami semua mencongak umur masing-masing pada tahun 2020 dan adakah kami sempat merasai keadaan Malaysia maju ketika itu. Syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk hidup sehingga ke hari ini.


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, blog ciklaili.com agak sepi dengan entri-entri baru. Walaupun sudah lama  blog ini tidak di'update' tetapi masih ada juga 'entri lama' yang masih menjadi carian sehingga ke hari ini. Blog ini sepi bukan kerana tidak mempunyai idea untuk berblog tetapi disebabkan kekangan masa serta komitmen yang agak tinggi terhadap tugas seharian telah membataskan hasrat tersebut. 

Blog ini sentiasa dekat dihati kerana di sinilah bermulanya perkongsian kisah hidup saya, cerita perjalanan blog yang pada asalnya sekadar mengisi masa lapang dan pelbagai lagi catatan lain. Melalui blog ini juga saya mula mengenali blogger lain sama ada di dalam mahupun di luar negara dan masih mengikuti perkembangan blog mereka hingga kini. 

Azam saya pada tahun 2020 adalah untuk kembali aktif berblog. Mudah-mudahan azam ini tidak terkuburlah hendaknya.

Post a Comment

4 Comments

  1. Selamat kembali ke Dunia Blog Cik laili:)Semoga dapat terus berkongsi info menarik dan beri lebih banyak ilmu kepada semua.

    ReplyDelete
  2. Selamat mencari rentak yang sudah hilang. :)

    ReplyDelete