Takwim Persekolahan Dan Cuti Perayaan Tahun 2020

Takwim Persekolahan Tahun 2020 telah diterbitkan di dalam portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai rujukan dan panduan pihak yang terlibat terutama guru dan juga murid. Takwim ini amat diperlukan bagi merancang aktiviti sepanjang tahun 2020 sama ada aktiviti kurikulum, hal ehwal murid mahupun kokurikulum. 

Takwim persekolahan ini terbahagi kepada 2 kumpulan :

1. Kumpulan A untuk sekolah-sekolah di negeri KedahJohor, Kelantan dan Terengganu. 



2. Kumpulan B untuk sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya.


Selain daripada cuti sekolah yang telah diperincikan di dalam Takwim Persekolahan ini, pihak KPM juga telah menerbitkan Takwim Cuti Perayaan 2020 yang melibatkan kedua-dua Kumpulan A dan Kumpulan B. Cuti perayaan yang diperuntukan oleh KPM adalah Cuti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, Deepavali, Hari Kaamatan (Sabah dan Labuan sahaja) dan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja). Berikut adalah perincian Cuti Perayaan tersebut :



* ciklaili.com ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua guru dan murid walau di mana saja anda berada. Semoga lebih banyak kejayaan dan pencapaian cemerlang yang akan dicipta pada tahun 2020 nanti, insha Allah.

Post a Comment

0 Comments