10 Amalan Yang Terbalik

Sewaktu mengemas bilik, saya terpandang sebuah Diari Islam yang diletakkan bersama susunan buku yang lain lalu terdetik dihati saya untuk membaca semula diari ini. Saya amat tertarik untuk berkongsi dengan anda semua sebuah catatan yang terdapat di dalam diari tersebut - 10 Amalan Yang Terbalik. Apa yang dimaksudkan dengan amalan yang terbalik?


Marilah kita bermuhasabah dan menghitung kembali amalan harian kita. Kadang-kadang kita dapati ada amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar dan terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Jom sama-sama kita mengetahui apakah dia 10 Amalan Yang Terbalik.

1. Amalan kenduri arwah

Amalan kenduri arwah dilakukan beberapa malam oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik  dengan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah. Rasulullah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk orang yang datang membaca tahlil. 

Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kenduri kahwin

Jika hadir ke kenduri kahwin orang kerap bersalam sambil memberikan sampul yang berisi duit. Kalau tidak ada duit untuk diberikan, maka timbul rasa segan untuk menghadiri kenduri kahwin tersebut. Tetapi jika menziarahi orang yang meninggal dunia, tidak pula terasa segan bila tidak menghulurkan sampul. Sepatutnya sewaktu menziarahi keluarga si matilah kita patut bersedekah. 

Kalau pergi ke kenduri kahwin, tidak memberi apa-apa pun tidak mengapa kerana tuan rumah memanggil untuk meraikan majlis perkahwinan anak mereka dan bukan untuk menambah pendapatan.

3. Hadir majlis rasmi

Ketika menghadiri sesuatu majlis rasmi, kita biasanya akan berpakaian dengan pakaian rasmi yang cantik dan bergaya. Ada juga dalam kalangan kita yang berpakaian lebih kurang saja dan kadangkala ada yang tidak berbaju (lelaki) ketika mengadap Allah. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik?

4. Menjadi tetamu

Apabila menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita akan rasa segan untuk memakan sehingga habis apa yang dihidangkan oleh tuan rumah. Sedangkan apa yang dituntut ialah makanan yang dihidangkan perlu dihabiskan supaya tuan rumah akan berasa gembira dan tidak akan berlaku pembaziran.

5. Melakukan solat sunat

Ada antara mereka yang sangat rajin melakukan solat sunat ketika berada di masjid atau di tempat kerja tetapi jika berada di rumah, solat sunat jarang-jarang dilakukan. Sedangkan sebaik-baik solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Perbelanjaan di bulan puasa

Bulan puasa adalah bulan yang mendidik nafsu seperti nafsu makan, nafsu berbelanja dan sebaginya. Akan tetapi kebanyakan orang akan berbelanja lebih semasa bulan puasa dan didapati perbelanjaan di bulan ini merupakan perbelanjaan tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa adalah yang terendah. Bukankah terbalik amalan ini?

7. Mengerjakan haji

Pada kebiasaannya, jika seseorang ingin mengerjakan haji akan diadakan kenduri sebelum berangkat ke Tanah Suci dan apabila kembali dari menunaikan haji tidak pula diadakan kenduri. Anjuran kenduri di dalam Islam antaranya kerana selamat dari musafir, maka diadakan kenduri dan bukan kerana hendak bermusafir diadakan kenduri. Bukankah amalan yang biasa dilakukan oleh segelintir masyarakat kita merupakan amalan yang terbalik?

8. Perbelanjaan anak

Ramai ibu bapa yang bimbang jika anak-anak mereka gagal di dalam peperiksaan, maka anak-anak akan dihantar ke pusat tuisyen yang terbaik. Tetapi, jika anak tidak boleh membaca Al-Quran atau mengerjakan solat mereka tidak bimbang, malahan tidak pula dihantar ke kelas agama atau kelas khas mempelajari Islam.

Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tetapi kepada Tok Guru Al-Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan untuk membayarnya. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat membaca Al-Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Mengejar rezeki

Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tidak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Akan tetapi, ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas dan tak ribut pun tetap tidak datang.

10. Berhias bagi isteri


Seorang isteri jika hendak keluar rumah sama ada dengan suami atau seorang diri, pasti akan berhias. Tetapi jika berada di rumah, berhias ala kadar saja. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukuplah dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita sama-sama berlapang dada dan beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar dan bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita, maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

* Entri ini pernah diterbitkan pada tahun 2013.


Post a Comment

34 Comments

  1. moga dapat dimanfaatkan bersama.insyallah

    ReplyDelete
  2. yes. banyak yg terbalik stelah dikenang kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..sama-sama kita muhasabah diri & perbetulkan apa yang salah..

      Delete
  3. memang bermanfaat entri ini..semoga Allah pelihara dan beri kekuatan untuk beramal

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kita saling ingat & mengingatkan..

      Delete
    2. Buat kenduri dan majlis bacaan yasin sebelum pergi menunaikan fardu haji , ambil kesempatan untuk mohon maaf daripada tetamu sebelum nak bertolak.Kalau nak pergi setiap rumah kenalan kita untuk minta maaf kesilapan kita, kita jadi letih dan perlukan masa yang panjang.

      Delete
  4. Replies
    1. boleh kongsikan juga dengan rakan2 yang lain

      Delete
  5. Kebanyakan perkara yang berlaku adalah disebabkan kebiasaan masyarakat kita... masih ada masa dan ruang untuk kita sama-sama betul dan perbaiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu kita kena ubah apa yang sudah biasa dilakukan dalam masyarakat kita..

      Delete
  6. Ni semua gara-gara masyarakat melayu yang mementingkan adat daripada kepentingan agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kita dah tahu perkara ni bolehlah berubah sedikit demi sedikit..

      Delete
  7. saya jenis simple jadi, ada kot yang sama dengan saya amaln ni

    ReplyDelete
  8. Boleh buat panduan untuk sesi tazkirah kat surau kg akak ni nanti

    ReplyDelete
  9. Bola sudah jadi kebiasaan tu yg susah..

    ReplyDelete
  10. Betul..banyak yg ditulis ni memang masyarakat kita buat.. nak kena ubah mindset...

    ReplyDelete
  11. Dikampung kalau ada perayaan akan kerap mengada kenduri arwah dan kesyukuran. Kalau balik kampung tidak menang tangan menghadiri undangan jiran tetangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amalan gotong-royong masih diamalkan sehingga ke hari ini..

      Delete
  12. Mudahan dengan ada entri ni, orang ramai sedar hal sebenar.

    ReplyDelete
  13. Amalan-amalan baik sebegini, seeloknya diteruskan demi kesejahteraan umat Islam sesama kita jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amalan yang baik saja yang perlu diikut. kalau amalan terbalik ni baik ditinggalkan..

      Delete
  14. TQ UTK PERKONGSIAN.....MEMANG BANYAK YG TERBALIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. bolehlah kongsikan dengan rakan-rakan yang lain

      Delete
  15. tq untuk perkongsian.. ada juga terbaca beberapa amalam sebegini.. yang mana baik, kita ikut...

    ReplyDelete
  16. Penulisan yang baik, semoga kita semua bisa mengambil manfaatnya.aamiin

    ReplyDelete
  17. Point yg no 4 tu berkenaan menjadi tetamu tu saya suka. Saya kalau jadi tetamu,tuan rumah jemput makan apa semua,saya memang tak tolak,tak ada pun kata segan ke apa. Penat2 tuan rumah dah jamu,makan lah. Kalau saya suka saya memang akan tambah,tapi ada kawan2 saya tengok saya macam kebulur,malu tengok saya menambah makanan. Tapi saya akan cakap dengan tuan rumah,saya tambah ye. Sedap akak masak. Haa gitu la ayat saya.

    ReplyDelete
  18. Mengoda adalah amalan yang kesebelas jangan cepat marah-marah itu sifat iblis tetap Allah ada sifat marahnya.Mengoda kearah kebaktian iaitu ke arah kekeluargaan'family' dan juga kearah spritual seperti amalan perkongsian bagi mereka yang berkemampuan.

    ReplyDelete