Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi resepi Ikan Siakap Stim Lemon. Ikan siakap memang sedap dimakan dan boleh dimasak dalam pelbagai resepi seperti 3 rasa, stim, masak merah dan lain-lain lagi. Cara untuk memasak resepi ini lebih kurang sama saja dengan resepi ikan stim yang lain, yang beza cuma menggunakan buah lemon.
Resepi ini dimasak oleh chef suami.
Resepi Ikan Siakap Stim Lemon
Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (hiris memanjang)
2 cawan air
1/2 sudu besar sos tiram
4 biji cili padi (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 biji lemon (diperah dan ambil jusnya)
2 biji tomato (dipotong 4)
1/2 biji lobak (hiris memanjang/bulat)
Gula dan garam secukup rasa
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak
Cara-caranya :
- Panaskan minyak. Masukkan bawang dan halia. Tumis sekejap.
- Masukkan air dan sos tiram. Kemudian masukkan pula cili, serai dan ikan.
- Seterusnya, tuangkan perahan jus lemon di atas ikan. Biarkan seketika.
- Kemudian, masukkan tomato dan lobak.
- Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Terbalikkan sebelah ikan apabila sudah masak.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
* Resepi ini dimasak menggunakan pemanggang ajaib. Boleh juga guna pengukus atau kuali besar.
Selamat mencuba!
20 Comments
bila tengok ikan siakap..terus teringat nak p mancing... aduhai, nasib la skg tgh hujan...huhuhuh
ReplyDeletebestnya memancing..
Deleteaaaaaa...sedapnya kak,, terliur ambo d sini
ReplyDeletekena cuba resepi mudah ni..
Deletelama xmakan ikan siakap....nampak sedap!
ReplyDeletesuami akak yang masak ni..
Deletenyummy sedapnya ciklaili, makan ni selain sihat ianya menyelerakan ;)
ReplyDeletekami makan sekali sekala je..
Deletesedapnya, lapar pulak perut bila tengok gambar siakap ni. saya mmg suka ikan masak stim. tq for sharing cik laili.
ReplyDeletejangan lupa cuba ye kakNi
Deletesaya suka makan ikan siakap buat steam tapi family saya lebih suka masak tiga rasa
ReplyDeleteikut selera masing2 :)
DeleteMemang sedap siakap masak stim, terasa kemanisan isinya
ReplyDeletekalau guna ikan segar memang sedap rasanya..
DeleteMudah juga cara memasaknya, Insya Allah nanti akan saya coba praktekkan ...
ReplyDeleteha'a..masak yang mudah2 aje. yang penting sedap..
DeleteLepas nie boleh pelbagaikan menu masakan sedap dengan pemanggang ajaib tu kan....
ReplyDeletememang dah masak pelbagai resepi guna pemanggang ajaib. boleh tengok dalam entri ni :
Deletehttp://www.ciklaili.com/2013/10/pemanggang-ajaib-mudahkan-kerja-memasak.html
assalamualaikum laili...sedapnya boleh cuba ni...:)
ReplyDeletewaalaikumussalam MZ. cubalah resepi mudah ni..
Delete