07 December 2013

,

Resepi Ikan Siakap Stim Lemon


Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi resepi Ikan Siakap Stim Lemon. Ikan siakap memang sedap dimakan dan boleh dimasak dalam pelbagai resepi seperti 3 rasa, stim, masak merah dan lain-lain lagi. Cara untuk memasak resepi ini lebih kurang sama saja dengan resepi ikan stim yang lain, yang beza cuma menggunakan buah lemon.

Resepi ini dimasak oleh chef suami.

Resepi Ikan Siakap Stim Lemon
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris) 
1 inci halia (hiris memanjang)
2 cawan air
1/2 sudu besar sos tiram
4 biji cili padi (dihiris)
1 batang serai (diketuk) 
1 biji lemon (diperah dan ambil jusnya)
2 biji tomato (dipotong 4)
1/2 biji lobak (hiris memanjang/bulat)
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-caranya :
-  Panaskan minyak. Masukkan bawang dan halia. Tumis sekejap.
-  Masukkan air dan sos tiram. Kemudian masukkan pula cili, serai dan ikan.
-  Seterusnya, tuangkan perahan jus lemon di atas ikan. Biarkan seketika.
-  Kemudian, masukkan tomato dan lobak.
-  Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Terbalikkan sebelah ikan apabila sudah masak.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

* Resepi ini dimasak menggunakan pemanggang ajaib. Boleh juga guna pengukus atau kuali besar.

Selamat mencuba.

20 comments:

  1. bila tengok ikan siakap..terus teringat nak p mancing... aduhai, nasib la skg tgh hujan...huhuhuh

    ReplyDelete
  2. lama xmakan ikan siakap....nampak sedap!

    ReplyDelete
  3. nyummy sedapnya ciklaili, makan ni selain sihat ianya menyelerakan ;)

    ReplyDelete
  4. sedapnya, lapar pulak perut bila tengok gambar siakap ni. saya mmg suka ikan masak stim. tq for sharing cik laili.

    ReplyDelete
  5. saya suka makan ikan siakap buat steam tapi family saya lebih suka masak tiga rasa

    ReplyDelete
  6. Memang sedap siakap masak stim, terasa kemanisan isinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau guna ikan segar memang sedap rasanya..

      Delete
  7. Mudah juga cara memasaknya, Insya Allah nanti akan saya coba praktekkan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..masak yang mudah2 aje. yang penting sedap..

      Delete
  8. Lepas nie boleh pelbagaikan menu masakan sedap dengan pemanggang ajaib tu kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dah masak pelbagai resepi guna pemanggang ajaib. boleh tengok dalam entri ni :

      http://www.ciklaili.com/2013/10/pemanggang-ajaib-mudahkan-kerja-memasak.html

      Delete
  9. assalamualaikum laili...sedapnya boleh cuba ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam MZ. cubalah resepi mudah ni..

      Delete