Penambahbaikan Sistem e-Penyata Gaji Mulai September 2013


Pagi ini semasa ingin melihat slip gaji bulan September 2013, saya baru perasan sesuatu di laman web e-Penyata Gaji iaitu makluman tentang penambaikan Sistem e-Penyata Gaji & e-Pelaporan sejak 11 September lagi.


Dimaklumkan bahawa Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan ini telah ditambahbaik dengan beberapa ciri keselamatan tambahan. Sehubungan itu anda diminta untuk mengemaskini profil iaitu nombor h/p dan alamat e-mel  bagi tujuan notifikasi apabila anda membuat pendaftaran semula (reset kata laluan). Selepas penambaikan ini, sekiranya anda reset kata laluan atau pendaftaran semula, sistem akan menghantar notifikasi melalui sms atau e-mel.

Untuk makluman, e-Penyata Gaji telah mula digunapakai sejak bulan Oktober 2010. Anda boleh rujuk entri e-Penyata Gaji Untuk Penjawat Awam.

Di sini saya kongsikan komen yang ditulis oleh 'Pegawai bertanggungjawab' pada 9 Oktober 2013 tentang maklumat sebenar Sistem ePenyata Gaji (anda boleh scroll down untuk membaca komen asal di ruangan komen di bawah)


Setelah proses kemaskini dibuat, beginilah rupa Profil Saya dalam Sistem e-Penyata Gaji.


10/10/2013 : Oleh kerana saya telah mengemaskini maklumat dalam e-penyata gaji, tidak timbul masalah untuk saya melihat slip gaji bulan Oktober 2013 seperti yang didakwa oleh beberapa pihak yang slip gaji bulan Oktober tidak wujud. Alhamdulillah...gaji pun sudah diterima pada 10/10/2013 mengikut Jadual Pembayaran Gaji 2013.


Post a Comment

39 Comments

  1. tunggu 2 bulan lagi baru nak bukak..hahaha

    ReplyDelete
  2. Okay baguslah ada ciri keselamatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. takut juga kalau ada yang salah gunakan..print slip gaji untuk tujuan yang salah..

      Delete
  3. Ok.. will check gaji. ;) selalu xbuka pun. Tau2 duitnya dh habis. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap kali menjelangnya hari gaji mesti saya akan check & print slip gaji untuk simpanan fail gaji..

      Delete
  4. hopefully ada ciri-ciri keselamatan dan memudahkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..memang ciri keselamatan dititikberatkan..

      Delete
  5. Oh...dah ada penambahbaikan ye. Nanti nak update...ni kalau tak singgah baca, confirm laa tak tau apa. Thanks Ciklaili sudi war-warkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. harap semua penjawat awam dapat manfaat dari entri ni walaupun saya sekadar memaklumkan tentang penambaikan sistem e-penyata gaji :)

      Delete
  6. Baguslah kalau ada sistem terkini yg lebih baik dari segi securitynya kan c laili....sekurang kurangnya lega jugak hati kita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kadangkala bila ke bank mereka nak lihat slip gaji. waktu tu juga kita beri katalaluan. bila dah ada ciri keselamatan baru ni rasa selamat sikit..

      Delete
  7. bagus ada penambahbaikan terhadap ciri keselamatan, mudahnya semua di hujung jari ;)

    ReplyDelete
  8. Ini bagus sebenarnya supaya orang tidak guna slip kita sewenang-wenangnya...dan lebih priversi sikit...

    ReplyDelete
  9. Boleh jimat perbelanjaan kerajaan apabila slip gaji boleh diakses secara online dan penambahbaikan akan memberi added value kepada sistem ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. nak akses di mana2 pun mudah. guna hp pun dah boleh check slip gaji bulan semasa atau sebelumnya..

      Delete
  10. Tak pernah pakai sistem macam ni walaupun bekerja di badan berkanun. Hanya full kerajaan yang pakai kot.

    ReplyDelete
  11. mungkin ada org complain apa2 kot sebelum ni kan... baguslah ada penambahbaikan dari semasa ke semasa ;)

    ReplyDelete
  12. Emm harap loading page pun laju lah lepas ni..haha

    ReplyDelete
  13. Terbaekla cikgu! Bagus sistem ini! Sy share nanti ngan kwn2 sy.

    http://fishmalaysia.com/

    ReplyDelete
  14. informasi yang berguna bagi sesiapa yang memerlukan penggunaan sistem ini..

    ReplyDelete
  15. yg ini betul boleh kemaskini ke tak...?
    maklumat dah bercampur aduk la....
    tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sewaktu entri ini diterbitkan memang betul arahan untuk kemaskini.
      tapi apa yang dipaparkan pada laman web e-penyata gaji sekarang ni, saya nasihatkan anda supaya abaikan saja proses kemaskini tersebut..

      Delete
    2. Berikut merupakan maklumat sebenar Sistem ePenyata Gaji.
      Untuk makluman pihak tuan/puan, sistem ePenyata Gaji telah dibuat penambahbaikan mulai 11 Sept 2013. Bagi tuan/puan yang lupa kata laluan, sila gunakan link Lupa Kata Laluan. Ikuti arahan berikutnya bagi memperolehi kata laluan asal. Sekiranya tuan/puan berniat hendak Daftar Semula, klik pada butang Daftar Semula. No. Akaun bank perlu dimasukkan bagi pengesahan sistem. Sistem akan membenarkan tuan/puan membuat pendaftaran semula sekiranya maklumat No. Akaun bank yang dimasukkan adalah benar. Tuan/puan akan menerima notifikasi melalui sms dan email sekiranya berjaya Daftar Semula. Notifikasi ini dihantar kepada tuan/puan sekiranya pihak tuan/puan telah mengemaskini maklumat profail tuan/puan iaitu No. Tel dan Email sebelum melakukan Daftar Semula. Sekiranya maklumat profail tidak dikemaskini sebelum ini, maka tiada notifikasi yang akan dihantar kepada pihak tuan/puan meskipun tuan/puan berjaya mendaftar semula. Untuk makluman pihak tuan/puan, link Pertama Kali Mendaftar hanya boleh digunakan bagi penjawat awam Kerajaan Persekutuan yang berstatus baru sahaja.

      Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, penambahbaikan ini tiada kaitan dengan “hacker” sebagaimana yang dihebohkan melalui sms/mms/email/notis-notis palsu/laman blog/FB dan sealirannya. Bagi “gaji guru hilang” juga tiada kaitan dengan sistem ePenyata Gaji. Perkara ini telah dijelaskan oleh Timbalan Menteri Pendidikan melalui akhbar Utusan Malaysia bertarikh 04.10.2013 melalui ruangan Dalam Negeri. Bagi tuan/puan yang berkhidmat di sekolah, sekiranya terlepas membaca akhbar tersebut, sila dapatkan di perpustakaan sekolah (sekiranya masih terdapat dalam simpanan). Untuk makluman pihak tuan/puan No. Gaji dan No. Akaun adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga. Perkara ini telah dijelaskan melalui Pekeliling Bil. 3 Tahun 2010 Jabatan Akauntan Negara Malaysia di perenggan 4.3 dan perenggan 1.5 Terma Panduan Pengguna.
      Diharapkan penjelasan ini jelas dan boleh difahami oleh pihak tuan/puan serta dapat menghilangkan keraguan pihak tuan/puan terhadap sistem ePenyata Gaji. Sebarang pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi Unit ePayslip ditalian 03-8882 1000. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai rasa bertanggungjawab, sila kongsikan entry ini untuk memaklumkan perkara sebenar kepada penjawat awam yang lain melalui sms/mms/email/notis-notis benar/laman blog/FB dan sealirannya.
      Sekian.

      Daripada : Pegawai Bertanggungjawab

      Delete
    3. terima kasih atas maklum balas.

      Delete
  16. arahan pengemaskinian anm di atas jika diteliti, nampak sangat mencurigakan ....

    ReplyDelete
  17. Skrg lg teruk. Siap mintak no. Acc....jgn la kwn2 tersilap bg...naya....

    ReplyDelete
  18. Skrg lg teruk. Siap mintak no. Acc....jgn la kwn2 tersilap bg...naya....

    ReplyDelete
  19. Tidak ada apa, no akaun hanya diminta kalau kehilangan kata laluan untuk proses pengesahan dan no telefon diminta untk tujuan notifikasi. Kalau tak mahu update/ragu-ragu, boleh contact ANM utk pengesahan. Tidak perlu terlalu panik atau cepat melatah dengan mengatakan sistem kerajaan telah dihack/sebagainya

    ReplyDelete
  20. sy ada update maklumat sblm masuk gaji september..
    sy juga ada masukkx no acc bank sbb daftar baru kes lupa p.wod... risau juge ni

    ReplyDelete
  21. xde pun penyata gaji bulan 10..risau gak ..ada update maklumat..tp xde masuk no akaun pun

    ReplyDelete
  22. x blh bukak...padahal dh kemaskini...ahdoiii ... de sape2 leh tlg x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang tak boleh dibuka?
      selepas kemaskini, saya boleh check slip gaji seperti biasa..

      Delete
  23. Sy mahu tnya..mcm mana kalau sy lupa kata laluan.dye suruh sy jwb soalan keselamatan..jawapan keselamatan pun sy lupa jgk..dye suruh sy masuk kn no akaun bank..sy masukkn no akaun bank..dye ckap no akaun bank anda tidak wujud dalam sistem..soalan sy macam mana kh cara nk sy bt..supaya sy dpt buka eslip gaji sy...sy hanya dpt gaji sahaja..tidak tahu apa yg d potong..apa yg d tmbah..krana slip gaji sy x dapat print...

    ReplyDelete