Samsung Galaxy S4 Teman Sejatiku


Diberi peluang selama seminggu untuk bersama si dia, Samsung Galaxy S4 memang suatu pengalaman yang cukup berharga. Siapa yang tidak suka mendapat smartphone idaman kalbu, kan? Dengan ciri-ciri yang sungguh menarik, sudah tentu Samsung Galaxy S4 layak menjadi teman sejatiku.

Pelbagai fungsi telah dicuba sendiri dan terbukti ia memang sangat menarik! Ada beberapa ciri yang luar biasa akan saya akan ceritakan dalam entri ini. Jadi, bagi anda yang masih mencari-cari teman sejati, saya akan syorkan smartphone ini kepada anda.


Ciri paling menarik dalam Samsung Galaxy S4 ialah dual camera. Dengan ciri ini, anda tidak perlu bimbang lagi untuk mengambil gambar dan video kerana anda boleh menggunakan kedua-dua kamera depan dan belakang secara serentak. Terdapat juga pelbagai frame yang disediakan yang sudah pasti ia akan menarik hati anda untuk memilikinya. 

 
Gambar suami di hadapan sekolah rendah menggunakan fungsi dual camera.

Terdapat pelbagai mode menarik yang boleh digunakan semasa mengambil gambar dan 3 mode paling menarik hati saya ialah sound & shot, panorama dan drama. Mode lain yang tidak kurang hebatnya : Rich tone (HDR), Animated Photo, Best Face, Night, Sports dan Eraser.


Gambar-gambar yang diambil semasa percutian bersama keluarga atau majlis-majlis istimewa boleh juga dikumpulkan dan ditukar sebagai Story Album dan sudah pasti boleh dijadikan sebagai kenangan yang paling indah.


Dengan Samsung Galaxy S4 juga anda boleh menggunakan aplikasi Group Play untuk berkongsi muzik, gambar, dokumen dan game bersama rakan-rakan tanpa menggunakan wayarles. Saya sendiri telah mencubanya dengan berkongsi muzik bersama Samsung Galaxy S4 milik suami dan kami telah mewujudkan suasana seperti berada di sebuah parti. 


Percaya atau tidak jikasaya katakan bahawa Samsung Galaxy S4 boleh digunakan sebagai remote controller televisyen anda? Aplikasi WatchON memang sangat menarik hati kami sekeluarga kerana kami boleh memilih rancangan kegemaran kami dengan menggunakan smartphone ini. 



Seperti gambar di atas, anda boleh lihat pelbagai aplikasi yang ada di dalam Samsung Galaxy S4. Antara ciri lain yang pasti memudahkan hidup anda ialah Air View, Air Gesture, Smart Stay dan Smart Scroll. Anda boleh melihat fungsi unik tersebut di dalam gambar berikut.


Smartphone ini juga sudah pasti boleh menjadi teman dalam menjaga kesihatan diri anda. Lihat saja fungsi yang ada – Walking mate, Food Tracker dan Health board.


Oh ya! Ada dua ciri lagi yang amat saya sukai iaitu multi window dan capture screen. Adakah anda tahu bagaimana cara untuk capture screen menggunakan Samsung Galaxy S4? Jom saya tunjukkan caranya. 

Multi window

Mudahnya untuk capture screen.

Oklah, rasanya cukup setakat ini dulu beberapa kelebihan dan keunikan Samsung Galaxy S4 yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang smartphone ini, jangan lupa lawati laman web Samsung di http://www.samsung.com/global/microsite/galaxys4/.

Samsung Galaxy S4 Teman Sejatiku

48hours sponsored post ini dibawa khas oleh ciklaili.com
 

Post a Comment

24 Comments

  1. yes samsung S4 memang terbaikkk

    ReplyDelete
  2. menarik.....tertawan i....TQVM 4 INFO cik laili

    ReplyDelete
  3. perh memang menarik lah...geram pun ada tapi dah pakai note 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Multi window & capture screen memang sama macam Note 2..

      Delete
  4. Replies
    1. S4 tak besar macam Note 2. Fungsi camera S4 lebih menarik. Air view, air gesture dll memang terbaik dengan S4

      Delete
  5. canggihnya... teringin nak beli gak lah macam nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik S4 ni. Bolehlah fyna beli..

      Delete
  6. wah senangnya nak capture screen dengan s4,, swipe gitu jer.best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang sama cara nak capture screen untuk Note dan S3 juga..

      Delete
  7. mmg menarik kan ciklaili, suami sy mmg peminat samsung tp saya tetap dgn apple ku ;)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ciklaili...wah bestnya dapat rasa pakai...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalakikumussalam. ha'a..memang seronok dapat peluang review S4..

      Delete
  9. Alhamdulillah, semoga beroleh manfaat daripadanya.

    p/s: saya sudah emailkan artikel saya ke email yahoo cik laili.

    ReplyDelete
  10. Alaa... nak tengok gambar DRAMA SHOT... hehehehehe... tapi kotak tu memang tidak syak lagi...saya dapat CIKGU punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya cuba dengan S4 suami ye..

      oh! ye ke? no. 5 ye? hihi

      Delete
  11. wife PM bercadang untuk membeli S4 nih , PM jeles...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. smartphone terbaik memanglah semua orang suka :)

      Delete
  12. memang terbaik.. sebulan dah guna.. memang senyum je.. hehehe

    ReplyDelete