ciklaili.com di Himpunan Guru Muda 1Malaysia | GM1M 2013 Zon Tengah


Pada tarikh 26 Januari 2013 telah berlangsungnya Himpunan Guru Muda 1Malaysia bagi Zon Tengah yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar, Selangor dan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Saya rasa sungguh bertuah kerana telah dipilih untuk menghadiri himpunan ini walaupun di dalam hati saya teringin untuk bersama rakan-rakan blogger di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013.

Idea GM1M adalah ilham Timbalan Perdana Menteri dan tercetus daripada hasrat beliau untuk mengumpulkan guru muda (berumur 40 tahun ke bawah) di Kementerian Pelajaran sekaligus membantu negara menjayakan program transformasi. Sebelum ini, perhimpunan GM1M bagi Zon Selatan telah diadakan di Pusat Kokurikulum Johor Bahru pada 13 Oktober 2012 dan di Zon Timur telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Enggang, Kota Bharu, Kelantan pada 8 November 2012.


Saya bersama ustazah Ida & ustazah Ulfa


 Saya bersama 2 pupu (mak kami sepupu) - ustazah Rasyidah, pemilik blog SuteraUngu87

Banyak aktiviti yang disediakan sepanjang himpunan ini berlangsung. Terdapat juga gerai makanan dan gerai pameran yang mempamerkan hasil kerja guru-guru. Antara yang gerai pameran yang menarik minat saya :




Yang menariknya sewaktu berkunjung ke salah sebuah gerai makanan, saya ternampak resepi wadai kiping yang pernah saya terbitkan di dalam blog ini telah digunakan sebagai salah satu bahan pameran. Sempat juga saya memperkenalkan diri kepada mereka dan memberitahu gambar dan resepi itu adalah milik ciklaili.com. Wajarkah tindakan saya itu?




Saya juga tidak melepaskan peluang untuk Like Fanpage Guru Muda 1Malaysia di booth GM1M. Gambar saya sedang duduk di komputer yang disediakan untuk Like Fanpage GM1M (Kredit : FB GM1M)




Bagi rakan-rakan guru yang belum Like fanpage ini, anda boleh terus click gambar di bawah :




Anda juga boleh membaca entri Himpunan GM1M 2013 dari blog SuteraUngu87 dan Kisah Seorang Lobam yang turut berada di lokasi kejadian.

Post a Comment

13 Comments

  1. selamat berhimpun ye ciklaili, tentu suka dapat jumpa ramai orang di sana.
    Aye juga tak dapat pergi ke #SBB2013 kena tugas pulak hari ni...

    ReplyDelete
  2. Antara pencuci mulut paling top kat area sg besar tu..hehe..

    ReplyDelete
  3. oooo... himpunan tu untuk guru2 muda je yer... tak termasuklah akak ni kannn..
    tentu banyak informasi kat sana,.. semoga menjadi gm1m yang fleksibel, evergreen dan bermaklumat....

    ReplyDelete
  4. Okay apa memang dah milik ciklaili.com 'kiping' tu pun dah macam password/keyword.

    ReplyDelete
  5. Wajar.....sgt wajar...hihi...seronok dpt jumpa ramai kwn

    ReplyDelete
  6. Best juga ye dapat berhimpun rakan2 sejawatan.
    P/s: Memang wajar tindakan ciklaili tu..

    ReplyDelete
  7. saya pon nak jadi cikgu gak

    ReplyDelete
  8. Salam cikgu laili, saya pergi #SBB2013 semalam. Takperlah, nanti mesti dia org akan buat lagi gathering. Pasal GM1M ini saya tahu gak tapi tak terpilih pun untuk pergi. Menarik gak program di sana yerk. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  9. Guru tak berapa muda so tak la dpt jemputan..

    ReplyDelete
  10. Guru muda tentu lain mementumnya dan banyak ide baru.

    ReplyDelete
  11. hoho..abang din pun datang ye. hehe

    ReplyDelete
  12. Himpuna ini khusus untuk guru muda sahaja ke? Apa-apa pun saya kira patut Cik Laili perkenalkan diri dan blog Cik Laili kat pameran tu. Boleh tambah pembaca blog.

    ReplyDelete