23 January 2013

Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013

Rasanya masih belum terlambat untuk mengajak rakan-rakan blogger untuk menyertai Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati Network yang akan diadakan pada 26 Januari 2013 (Sabtu) di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor pada jam 2.00pm.


Tujuan majlis tersebut :
  1. Bersuaikenal dengan blogger Malaysia dan Blogger Indonesia.
  2. Meraikan pembaca setia dan Rakan Blogger yg menyokong blog Denaihati.
  3. Pertemuan berkongsi pengalaman bersama Top Blogger Malaysia seperti Beautifulnara.com, Amanz.my, Benashaari.com, Yuyuzulaikha.blogspot.com, Kujie2.com, Apesal.com dan banyak lagi.
  4. Pelancaran blog baru Denaihati dan produk baru Denaihati.
  5. Pelancaran beberapa blog baru yang diuruskan oleh Rakan Denaihati Network.
  6. Penyerahan hadiah iPhone 5 Gadget Impian kepada pemenang yang bertuah.
Bagi yang berminat untuk turut serta, sila daftar di Denaihati FB Group dan pendaftaran akan ditutup pada 23/1/2013 (Rabu) jam 11.59pm.

ciklaili.com tidak dapat hadir ke majlis ini kerana terlibat dalam Himpunan Guru Muda 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri pada hari yang sama. Rasa sedih juga sebab tidak dapat berjumpa dengan rakan-rakan blogger yang lain.

Walaubagaimanapun, 2 orang rakan setugas telah mendaftar untuk menyertai majlis ini. Begitu juga dengan suami yang akan hadir sebagai wakil ciklaili.com. Paling tidak dapatlah saya melihat gambar-gambar yang bakal diambil oleh mereka nanti.


19 comments:

  1. ummiaiman : tak nak join sekali ke? Rahmah & kak Ain mungkin pergi. jadilah wakil untuk ciklaili.com :)

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya .. ramai yang pergi ye. Saya plak ada urusan hari tu. Takperlah..Semoga event berjalan lancar.. hehehe

    ReplyDelete
  3. tidak mengapa..tidak dapat bertemu dengan blogger lain ,dapat bertemu dengan Menteri Pelajaran..

    ReplyDelete
  4. tahun lepas kid tak dapat join... tahun ni in shaa Allah...

    ReplyDelete
  5. selamat berjumpa dengan rakan-rakan blogger. insya Allah ada rezeki nanti boleh kita bertemu di lain masa.

    KiD & akubiomed : suami saya yang akan hadir sebagai wakil ciklaili.com.

    ReplyDelete
  6. ciklaili yang glamour dengan kelasnya yang tersendiri, kebelakangan ini amat pemurah sponsored blogger lain punya aktiviti, semoga Tuhan murahkan rezeki ciklaili sekeluarga...

    ReplyDelete
  7. wah baru tau suami isteri blogger juga :D

    ReplyDelete
  8. Thanks Laili, kami satu sekolah dan sepakat utk kongsi kebaikan pd org lain mengikut kebolehan masing2..alhamdulillah berkat keyakinan kami dpt merasai kemanisan sebuah perkongsian..ok Cik Ra dan lensaPujangga siap sedia utk gi..

    ReplyDelete
  9. Sayangnya tak dapat jmpe blogger hebat ciklaili.com

    Moga ada peluang lain nanti =)

    pasti gambar2 yg bakal dipetik oleh en suami menarik dan keboom!

    ReplyDelete
  10. tu la pasal... baru je niat nak jumpa n bergambar ngan TOP BLOGGER SUNGAI BESAR.... ehehhehe...

    ReplyDelete