Amir dan kerja sekolah

Sudah hampir 7 minggu Amir bersekolah. Sepanjang tempoh ini, saya ternanti-nanti juga kerja sekolah yang akan diberikan oleh cikgunya. Tahun lepas saya memang  rasa teruja bila melihat keputusan peperiksaan akhir tahun Amir. Jadi, untuk tahun ini saya berharap agar Amir akan lebih berjaya. Fuhh! Ayat teruja betul. Maklumlah...anak sulung :)

Biasanya saya atau suami akan mengajar Amir menulis, mengeja, membaca termasuklah membaca Iqra'. Bila saya check beg sekolah Amir, rupanya ada sekolah yang perlu disiapkan. Sempat jugalah saya ambil beberapa keping gambar semasa Amir menyiapkan kerja sekolahnya. Harap maaf..kualiti gambar tidak berapa bagus sebab pakai kamera handphone.

 

Post a Comment

2 Comments