9 Kaedah Digunakan Penjenayah Siber

Sedar atau tidak, anda dan saya sebenarnya sering berdepan dengan penjenayah siber setiap hari. Tak kiralah melalui telefon, e-mel, blog, laman sembang, laman web sosial atau apa saja. Tapi..tahukah anda kaedah yang selalu digunakan oleh penjenayah siber? Di sini saya nak kongsikan 9 kaedah digunakan penjenayah siber untuk panduan kita semua.

1. Berkenalan menerusi laman sembang
Ada 2 cara memerangkap mangsa, sama ada menerusi internet atau janji temu yang diatur kemudian.

i. Melalui internet
Penjenayah akan mensasarkan mangsa (biasanya perempuan) yang ingin mencari teman lelaki serta kesunyian. Bermodalkan perasaan mengambil berat mengenai mangsa selain penyamaran identiti lain yang lebih menarik, penjenayah mengatur masa lama bagi membolehkan mangsa termakan kata-kata. 

Berdasarkan perbualan laman sembang itu, ia kemudian bertukar kepada perbualan melalui telefon di mana akhirnya kepada perbualan unsur lucah dan penukaran gambar peribadi dalam keadaan bogel atau separuh bogel. Gambar bogel ini kemudian digunakan untuk mengugut mangsa, umpamanya memberi wang bagi mengelak dari tersebar.

ii. Menerusi janji temu yang diatur kemudian
Penjenayah biasanya tidak menukar identiti sewaktu menjerat mangsa dalam laman sembang. Namun apabila membuat janji temu di luar, penjenayah terlebih dahulu merancang tempat dan cara sesuai untuk memerangkap mangsa. Dalam situasi ini, mangsa mungkin dirogol atau diculik bagi tujuan mendapatkan wang daripada keluarga mangsa.

2. Phishing website (laman web palsu)
Penjenayah menggunakan laman web palsu menyerupai sesuatu organisasi perbankan untuk mendapatkan maklumat akaun serta kata laluan perbankan mangsa. Kebiasaannya orang ramai dihubungi menerusi e-mel yang meminta supaya membuka alamat pautan (link address) bagi tujuan mengemas kini akaun perbankan online mereka.

Menerusi data dimasukkan oleh mangsa, penjenayah membuka akaun milik mangsa secara talian dan memindahkan wang kepada akaun pihak ketiga sebelum mengeluarkan wang berkenaan.

* Saya selalu menerima e-mel dari laman web palsu maybank2u. Apa yang saya buat, saya biarkan saja e-mel tersebut & tak perlu respon apa-apa.

3. Aplikasi internet
Merujuk kepada peraduan berbentuk uji minda atau tawaran yang menyatakan seseorang itu memenangai hadiah. Sistem ini meminta pengguna memasukkan nombor telefon mudah alih bagi melihat jawapan atau menawarkan hadiah kerana berjaya menjawab dengan tepat semua soalan yang berkenaan. Kemudian, satu kiriman SMS dihantar kepada pemilik nombor terbabit yang meminta supaya membalas SMS berkenaan dengan menaip 'AKTIF' atau 'ON'.

Apabila dilakukan, pemilik sebenarnya tidak menyedari mereka melanggan khidmat yang dikenakan caj mengikut kadar yang berbezadan hanya boleh dihentikan sebaik mereka menamatkan langganan dengan menghantar 'STOP' atau 'OFF' kepada perkhidmatan tadi. Biasanya cara ini dilakukan menerusi aplikasi dalam laman sosial seperti Facebook.

4. Telefon
Penjenayah menyamar sebagai kakitangan perbankan dengan menyatakan pihak perbankan melakukan kerja naik taraf akaun. Orang ramai diminta memberi nombor akaun perbankan bagi membolehlah proses naik taraf dilalukan. Sebaik memiliki nombor akaun berkenaan, penjenayah berpura-pura menyatakan akaun tidak dapat diakses dan memerlukan kata laluan. Mangsa yang tidak menyedari biasanya memberi kata laluan, sekali gus membolehkan penjenayah mengakses akaun perbankannya.

5. Urus niaga atas talian
Ia membabitkan urusan jual beli barangan yang diiklan dalam sesebuah laman web. Penjenayah menawarkan barangan paling laris di pasaran dengan tawaran harga murah. Sebaik pembeli mencapai persetujuan, penjenayah berpura-pura menyatakan penghantaran berkenaan dilakukan seperti dijanjikan dan sebagai syarat, pembeli diminta memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun penjual dan bakinya sebaik barangan berkenaan sampai ke tangan pembeli. Dalam situasi ini, penjenayah selalunya menggunakan akaun pihak ketiga yang turut ditipu sebelum mengeluarkan wang berkenaan.

* Saya ada pengalaman membeli bekas kunci secara online. Bayaran penuh telah dibuat ke akaun penjual. Malangnya, penjual menyatakan bayaran belum diterima & perlu membayar sekali lagi. Mujurlah saya terima juga bekas kunci tersebut setelah bayaran kali ke-2 dibuat.

6. Muat turun haram
Menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak untuk muat turun (download) atau muat naik (upload) sebarang perisian, maklumat, gambar, video atau apa saja dari laman web tanpa kebenaran rasmi pemilik.

* MESTI BACA dari blog saya (click sini). Paling tidak berilah kredit atau link kan maklumat yang anda ambil kepada pemilik laman web tersebut.

7. Hasutan
Ini dilakukan  penjenayah dengan menyebarkan fitnah atau penulisan, rakaman yang menghina seseorang.

8. Penggunaan identiti
Penjenayah menyamar sebagai individu lain dengan menggunakan segala maklumat, termasuk gambar seseorang itu.

9. Penghantaran virus dan cecacing bagi memusnahkan sistem perisian
Situasi ini digunakan oleh individu tertentu bagi merosakkan sistem komputer orang lain

* Entri ini pernah diterbitkan pada tahun 2010 & saya re-publish sahaja.

 Kredit : Metro Ahad 14 November 2010 m/s E7

Post a Comment

5 Comments

  1. Selamat Menyambut Hari Raya Haji.

    ReplyDelete
  2. biasa dapat panggilan penipu kad kredit.

    lepas saya cakap, saya mana ada kad kredit, awak ni siapa? gelabah terus orang yang telefon tu hhe

    ReplyDelete
  3. huh, memang kena lebih berhati-hati nih..

    ReplyDelete
  4. banyak lagi.. boleh baca dekat gilerhackers.net >.<

    ReplyDelete
  5. menakutkan lah..huhuhu yg kat email pernah kena...mcm2 cara org nak dapat duit senang ni huhu

    http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/

    ReplyDelete