25 May 2016

, ,

Resepi Nasi Arab Noxxa

Untuk entri resepi kali ini, saya ingin kongsikan satu lagi resepi mudah yang menggunakan periuk Noxxa iaitu Resepi Nasi Arab Noxxa yang hanya mengambil masa yang singkat untuk menyiapkannya. Jom sama-sama kita mengetahui bahan-bahan dan cara menyediakan nasi ini.


Resepi Nasi Arab Noxxa
Oleh : ciklaili.com
(Resepi untuk 6 - 8 orang)

Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi (rendam & toskan)
3 cawan air
½ cawan susu cair
8 ketul ayam
½ cawan kismis 
Sedikit safron
Minyak jagung
Garam secukup rasa

Bahan-bahan tumis
4 ulas bawang putih - hiris halus
1 labu bawang besar - hiris
½ inci halia - hiris
3 biji buah pelaga
1 batang kayu manis

Cara menyediakan Nasi Arab Noxxa :

1. Masukkan minyak jagung, setkan mode Stir Fry dan tekan butang ON. Masukkan pula bahan-bahan tumis dan masak sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan ayam dan safron, masak sehingga garing.


3. Masukkan air, susu cair, garam dan beras. Tutup periuk dan tekan butang OFF. Tekan butang High Pressure dan setkan selama 7 minit.


4. Apabila nasi sudah masak, tekan butang OFF dan buka tekanan pada tombol atas. Buka penutup periuk dan taburkan kismis. Gaulkan dan tutup semula. Selepas 3 minit, angkat periuk dalam dan sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba :)

2 comments:

  1. Ayu pun buat hr ni..tapi guna dlm kotak je...hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pakai yang dalam kotak tu pun mudah juga nak menyediakannya.

      Delete