08 November 2015

,

Resepi Kek Coklat Kukus Cawan

Untuk entri resepi kali ini, saya ingin kongsikan resepi untuk membuat kek coklat kukus. Resepi ini dinamakan Kek Coklat Kukus Cawan kerana saya menggunakan cawan (jenis porselin seperti mug) semasa proses mengukus kek tersebut dan tidak menggunakan loyang atau bekas cup cake.

Selain itu, adunan yang sama boleh digunakan untuk membuat Kek Coklat Lava (versi kukus). Click untuk dapatkan resepi Kek Coklat Lava (versi bakar). Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuat kek coklat kukus yang mudah ini.


Resepi Kek Coklat Kukus Cawan
oleh : ciklaili.com
(adunan untuk 4 cawan kek kukus)

Bahan-bahan :

* satukan & ayak bahan-bahan berikut 
½ cawan tepung gandum
¼ sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh baking powder

¼ cawan serbuk koko
¼ cawan gula
¼ cawan susu pekat
¼ cawan susu cair 
¼ cawan minyak masak
1 biji telur 
Colour rice (untuk hiasan)

Cara-cara membuat Resepi Kek Coklat Kukus Cawan 

1. Campurkan serbuk koko, gula, susu pekat, susu cair dan minyak masak. Masak adunan tersebut sehingga gula menjadi hancur. Tutup api dan sejukkan seketika.
2. Masukkan bahan yang telah diayak (tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder) ke dalam adunan coklat yang telah sejuk.
3. Campurkan telur ke dalam adunan dan kacau sebati.
4. Masukkan ¾ adunan ke dalam cawan.
5. Kukus kek selama 25 - 30 minit (pengukus dipanaskan terlebih dahulu).
6. Setelah masak, taburkan colour rice sebagai hiasan.

Cara-cara membuat Resepi Kek Coklat Lava (versi kukus)

1. Dengan menggunakan bahan yang sama, ikuti langkah 1 - 4 seperti di atas.
2. Kukus kek selama 10 - 15 minit.

* Selamat mencuba!

12 comments:

  1. Pernah jugak buat kek coklat cam tu. Resepi pun lebih kurang sama. Mmg sedap! Moist gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba dulu resepi ni baru tau sedap ke tidak :)

      Delete
  2. Terliur lak tengok gambar ni. Sis nak tanya kek coklat lava ni yang ada coklat cair kat dalam dia kan? masa bila nak letak coklat yang cair kat dalam tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, ada coklat cair dalam kek ni.
      tak perlu letak coklat cair. tempoh masa yg sekejap tu lah yg menjadikan coklat tu seperti lava

      Delete
  3. cantiknya kek kukus dalam cawan! mesti laju suami dan anak habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekali ubah cara masak kek menggunakan cawan pula

      Delete
  4. kalau ganti ni untuk juadah raya, sorang satu cawan..rasanya jimat juga ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastikan cawan tahan panas semasa dibakar dlm oven. silap haribulan cawan retaklah pula

      Delete