02 January 2015

,

Resepi Chocolate Lava Cake

Entri pertama di tahun 2015 saya mulakan dengan entri resepi. Jika sebelum ini saya pernah kongsikan Resepi Kek Marble, kali ini saya kongsikan pula Resepi Chocolate Lava Cake.  Bagi penggemar kek coklat, saya cadangkan anda mencuba resepi ini kerana resepinya sangat mudah dan mengambil masa kurang dari 1 jam. Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara menyediakan resepi ini. Oh ya! Jika anda telah mencuba resepi ini, jangan lupa kongsikannya dengan rakan-rakan dan saudara-mara anda pula.


Resepi Chocolate Lava Cake
(adunan untuk 6 chocolate lava cake)
oleh : ciklaili.com

Bahan- bahan
110g butter
150g coklat masakan
½ cawan tepung
1 cawan gula ising
3 biji telur
½ sudu esen vanilla
sedikit marjerin

Cara-cara :
1. Cairkan butter dan coklat masakan menggunakan api yang kecil.
2. Di dalam bekas lain, campurkan tepung dan gula ising.Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata semua bahan.
3. Masukkan coklat dan butter yang telah dicairkan ke dalam adunan. Kacau sebati.
4. Tuangkan adunan  ke dalam acuan yang telah disapu marjerin.
5. Bakar di dalam oven selama 13-15 minit dengan suhu 180 darjah.
6. Setelah masak - keluarkan kek dari acuan, letakkan di atas pinggan dan taburkan sedikit gula ising di atas Chocolate Lava Cake.

* Sedap dimakan ketika masih panas.

Selamat mencuba!

7 comments:

  1. Replies
    1. Assallmualaijum, nak tanya adunan ni kacau dgn tangan sajer ker?

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih. Kalau cuba sendiri pun mudah ada untuk membuatnya..

      Delete