Percutian akhir tahun kami sekeluarga diteruskan ke destinasi percutian yang mula beroperasi pada awal bulan Disember 2014 iaitu di The Kabin yang terletak di Pantai Remis, Selangor. Tempat ini terletak lebih kurang 2km dari Restoran Ikan Bakar Jeram. Oleh kerana rasa teruja untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di dalam kabin, kami mengambil keputusan untuk menginap di sini selama 3 hari 2 malam (21 - 23 Disember 2014).
Kali pertama sampai ke tempat ini, saya sekeluarga berasa kagum dengan reka bentuk setiap bilik yang dibina menggunakan kabin / kontena. Banyak pilihan bilik yang boleh anda pilih di sini. Oleh kerana saya bersama suami dan 2 orang anak, jadi kami memilih untuk menginap di bilik Keihin. Bilik kami terletak berdepan dengan kafe dan mempunyai ruang rehat di bahagian luar.
Click untuk melihat bilik yang disediakan di The Kabin
'
Harga bilik
Bilik kami (Keihin) di tingkat atas
Ruang rehat dibahagian luar bilik
Kunci bilik Keihin
Gambar melalui tingkap bilik Keihin
Tingkap bilik Keihin
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di The Kabin. Antaranya, kolam renang (bagi kanak-kanak & dewasa), kafe (berhampiran dengan kolam renang), tempat untuk BBQ, bilik karaoke, basikal dan lain-lain lagi.
Kolam renang
Tempat berehat
Kafe
Tempat BBQ
Basikal untuk disewa
Suasana dikolam renang pada waktu pagi
Bagi yang ingin merasai pengalaman bermalam di dalam kabin, mandi-manda di kolam renang yang berhampiran kafe, berbasikal di tepi Pantai Remis dan melakukan aktiviti lain yang ditawarkan oleh pihak The Kabin, anda bolehlah datang ke tempat ini.
The Kabin
Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis,
45800 Jeram, Kuala Selangor, Malaysia.
Coordinate: 3.195 N, 101.307 E
Facebook : https://www.facebook.com/TheKabinMalaysia
Website : http://thekabin.com.my/
Sila hubungi :
+60176783825 (Firdaus Sany - Operations Manager)
+60185932014 (The Kabin Front Desk)
Bergambar bersama Amir dan Amar
ciklaili.com was here - The Kabin
* Jangan lupa untuk membaca entri Destinasi Percutian : The Kabin oleh lensapujangga.com
Website : http://thekabin.com.my/
Sila hubungi :
+60176783825 (Firdaus Sany - Operations Manager)
+60185932014 (The Kabin Front Desk)
* Jangan lupa untuk membaca entri Destinasi Percutian : The Kabin oleh lensapujangga.com
32 Comments
Terima kasih CikLaili kerana memilih The Kabin sebagai destinasi percutian anda sekeluarga. Kami amat berbesar hati dengan entri blog Puan terhadap The Kabin. Kami mengalukan kedatangan Puan ke The Kabin lagi!
ReplyDeleteTerima kasih kembali. Memang satu pengalaman menarik & mengujakan kami sekeluarga kerana dapat bermalam di dalam kabin yang bersih dan selesa. Anak-anak juga rasa seronok dapat mandi-manda di kolam renang yang disediakan. Insya Allah kami akan ke sana lagi :)
DeleteSerius unik dan menarik. Pernah melihat kabin seperti ini semasa Floria Putrajaya 2015.
ReplyDeletejangan lupa singgah ke The Kabin - destinasi percutian yang menarik untuk seisi keluarga
DeleteDesign kabin yang sangat cantik dan tertarik.
ReplyDeleteselain daripada kabin ini nampak unik & menarik, keadaan di dalam bilik dan kawasan sekitarnya sangat bersih & selesa :)
DeleteDah msuk majalah 3 mlm ni kak leli.. igtkn dkt perak je ad nm pantai remis he he
ReplyDeletekak leli pun sempat menontonnya tadi. ye..di Selangor pun ada nama Pantai Remis juga..
DeleteBr kuar pasal the kabin ni kt m3
ReplyDeleteha'a..saya sempat menontonnya di TV dan tonton.com.my
DeleteMenarik! Syabas utk idea yg sgt ohsem mcmni.
ReplyDeleteOwner the kabin mungkin boleh bagi idea bernas utk penempatan sementara mangsa banjir mcm yg ditulis dalam blog TheVocket.
Hehehe.
Tengok kontena mmg terus teringat TheKabin 😊
bangga dengan anak muda yang membangunkan the kabin.. tengok dalam majalah 3... moga terus berjaya...
ReplyDeletemenariknyer ;-), teruja melihat keunikan . Lain dari yang lain.
ReplyDeleteMenarik dan ohsem! Wife pun ada ajak bercuti ke situ. InshaAllah sampai nanti...
ReplyDeleteNampaknya idea dan konsep penginapan komersil ala kabin nie dah semakin banyak rupanya.... bolehlah plan untuk bercuti dengan famili kat sini....
ReplyDeleteWow! Baru tahu pasl destinasi the kabin ni. Look nice...insyaallah..akn sampai di sini suatu hari nanti.tq cik laili for the best sharing& info
ReplyDeleteCantik sangat2..mmg dh kompom la nk g sini..The Kabinbtggu sya dtg
ReplyDeletebagi laa tgok gambar bahagian dalam kabin . saya dok berdekatan citu . teringin juga nk masuk .huhuhuhuh ,
ReplyDeletebagi laa tgok gambar bahagian dalam kabin . saya dok berdekatan citu . teringin juga nk masuk .huhuhuhuh ,
ReplyDeleteSalam.. nk tanye bilik utk 2 org ade x?
ReplyDeleteSangat menarik...saya banyak melancong keluar negara...tapi The Kabin tidak kurang menarik dibandingkan dengan negara luar....tunggu saya datang sekeluarga...tunggu Pasar Basah dibuka ...saya nak beli ikan segar...satu lagi nak makan ikan sembilang masak asam pedas...
ReplyDeletecantik dan kreatif. dah lama rasanya tak pergi pantai remis. ni yg rasa nk berjalan ke sane weekend ni..
ReplyDeleteMenariknya tempat ni.. Boleh try pergi nanti kalau ada rezeki lebih.. :)
ReplyDeleteNi pula percutian bajet tetapi menarik di area Selangor yang saya kunjungi hari tu..
http://miaqaisarah.com/2015/04/28/ajlaa-village-resort-yang-best/
Teringin nak pegi. Call the Kabin, tempahan penuh. Frust.... takpe, kita cuba next time.
ReplyDeletemenarik, nak kena cuba nih..tq puan atas sharing yang berguna
ReplyDeleteThe Kabin bagi saya satu revolusi dalam penyediaan penginapan bajet tetapi selesa kepada para pengunjung. Konsep yang sama baru wujud di Kota Bharu dan terkini di Putrajaya.
ReplyDeleteMoga ianya berkembang dengan baik pada masa akan datang.
Saya tak rasa The Kabin satu penginapan bajet kalau kita refer pada rate2 bilik compare pada keluasan bilik tu. Juga sewaan tempat bbq dan sebagainya. Just my doposen..
Deleteoo ni yang pernah tengok masuk tv, teringin nak bermalam di sana!
ReplyDeleteSaya berminat untuk membina rumah kabin diatas tanah saya 11,000 kaki persegi untuk berehat hujung minggu.
ReplyDeleteBolih reccomend kontraktor yg membuat tempat ini untuk dapatkan costing
assalamualaikum&hi , saya nak tanya ada tak kedai makan berhampiran yg boleh jalan kaki?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeleteDi dalam kawasan The Kabin terdapat kafeteria yang menjual pelbagai jenis makanan. Pada waktu saya berkunjung ke sana belum ada lagi kedai makan berhampiran, anda perlu menaiki kenderaaan untuk ke sana.
saya ade email puan , harap puan boleh membantu
Delete