08 February 2014

,

Resepi Chocolate Chip Cookies


Kali ni saya ingin berkongsi resepi biskut yang mudah untuk anda cuba iaitu Chocolate Chip Cookies. Biskut ini bukan saja boleh dijadikan biskut raya tetapi boleh juga disediakan sebagai snek bagi mereka yang gemarkan coklat. 


Ada pelbagai cara untuk membentuk biskut ini tetapi saya lebih suka bentukkan adunan menjadi bulat dan ditekan sedikit menggunakan garfu seperti gambar di bawah :


Resepi Chocolate Chip Cookies
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :
250g butter
2 cawan gula perang
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan chocolate chip

Cara-cara membuat Chocolate Chip Cookies :
1. Pukul butter dan gula perang sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla.
3. Kemudian masukkan tepung, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko sedikit demi sedikit.
4. Masukkan chocolate chip. Kacau sehingga sebati.
5. Bentukkan aduan menjadi bebola kecil dan letak di atas bekas pembakar. 
6. Tekan aduan menggunakan garfu hingga nampak seperti bergaris.
7. Bakar di dalam oven selama 15 minit dengan suhu 150 darjah.

Chocolate Chip Cookies yang sudah siap dibakar

22 comments:

  1. Pandai ciklaili buat kek. Sedapnya nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nak makan biskut. tu yang buat biskut ni. nak tunggu raya lambat lagi...

      Delete
  2. Replies
    1. oh..takde perancangan untuk buat bisness pun. buat makan2 untuk keluarga je.

      Delete
  3. Replies
    1. buat sikit je kak. anak2 makan terus habis..

      Delete
  4. Memang suka makan biskut Chocolate Chip. Antara kuih wajib setiap kali menyambut Hari Raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap cookies ni. nak buat sendiri pun senang..

      Delete
  5. boleh buat bisnes kecil-kecilan ni. slow2 dulu dengan kawan, jiran. nanti boleh kongsi resepi yang lain. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..takde perancangan untuk buat business. buat biskut ni sekadar untuk makan kami sekeluarga aje..

      Delete
  6. Blh tanya, awak pakai cawan yg mcm mana untuk gula perang dgn tepung gandum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cawan biasa je. gunakan cawan yang sama untuk dapatkan sukatan yang tepat

      Delete
    2. Pakai cawan2 yg tk reti.. selalu pakai timbang.. blh agak berapa tk atau cawan tea ke

      Delete
  7. Nak sebalang...hihihii....diana pun suka cookies mcm ni..buat kudap-kudap. Anak -anak pun suka...

    ReplyDelete
  8. Loyang tu cik laili ada sapu ngan apa2 tak? Butter ke minyak ke? Ke takyah sapu apa2?

    ReplyDelete