11 November 2013

Topik Penting Sejarah (Kertas 2) SPM 2013


Pada tarikh 13 dan 14 November 2013 merupakan tarikh peperiksaan SPM bagi subjek Sejarah (Kertas 1, Kertas 2 & Kertas 3). Saya pasti calon SPM sudah bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan bagi subjek Sejarah. Memandangkan tahun 2013 merupakan tahun pertama mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus SPM, sudah tentu calon akan membuat persiapan lebih awal. 


Persediaan untuk menjawab Sejarah Kertas 3 pada 14 November 2013 : 

Di sini saya kongsikan Topik Penting Sejarah (Kertas 2) SPM 2013 yang telah dikongsikan oleh guru-guru Sejarah. Saya harap calon tidaklah bergantung 100% kepada topik ini. Nasihat saya, calon perlu menguasai semua topik tingkatan 4 dan 5 bagi memudahkan anda menjawab semua soalan.


TINGKATAN 4

TEMA 7 : TAMADUN AWAL MANUSIA

BAB1 – TAMADUN AWAL MANUSIA (TAMADUN INDUS / HWANG HO)

BAB 2 – PENINGKATAN TAMADUN (PERLUASAN KUASA, TAMADUN INDIA & TAMADUN CHINA)

BAB 3 – TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA


TEMA 8 : TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

BAB 4 ISLAM DAN PERKEMBANGAN DI MAKKAH (ZAMAN JAHILIAH)

BAB 5 – KERAJAAN ISLAM MADINAH (PERJANJIAN AQABAH / HIJRAH / PIAGAM MADINAH / PENYEBARAN  ISLAM / PERANG DALAM ISLAM / PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH)

BAB 6 – PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGAN (KHALIFAH / SUMBANGAN)

BAB 7 – ISLAM DI ASIA TENGGARA (KESAN KEDATANGAN ISLAM – PENTADBIRAN / PEMERINTAHAN / PENDIDIKAN / KESENIAN / EKONOMI)

BAB 8 – PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA (KESAN KEDATANGAN ISLAM – PENTADBIRAN / PEMERINTAHAN / UNDANG-UNDANG)


TEMA 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

BAB 9 – PERKEMBANGAN DI EROPAH (ZAMAN GELAP)

BAB 10 – DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA 
(KESAN DASAR EKONOMI – PEMBANDARAN/ MASYARAKAT MAJMUK/ PENDIDIKAN VERNAKULAR/ PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN)

TINGKATAN 5

TEMA 10 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME  SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

BAB 1 – KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA (IMPERIALISME BARAT / SISTEM BIROKRASI BARAT)

BAB 2 - NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
(GERAKAN ISLAH / AKHBAR/ MAJALAH / NOVEL / PERSATUAN MELAYU - PASPAM & KMM)


TEMA 11 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA YANG BERDAULAT

BAB 3 – KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA 
(PEMBINAAN NEGARA & BANGSA - MADINAH / WARISAN NEGERI-NEGERI MELAYU - JOHOR / TERENGGANU / KELANTAN / NEGERI SEMBILAN)

BAB 4 – PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

BAB 5 – PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA 
(SURUHANJAYA REID/ PTM 1957 )

BAB 6 – PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA (LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA/ PERJANJIAN MALAYSIA)

BAB 7 – SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA  (PERLEMBAGAAN / BIDANG KUASA YDPA / BADAN KEHAKIMAN / PILIHANRAYA)

BAB 8 – PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN (DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN / AKTA BAHASA KEBANGSAAN / DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN/ WAWASAN 2020)


TEMA 12 : MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT  ANTARABANGSA

BAB 9 – MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
(DASAR LUAR MALAYSIA / PERTUBUHAN SERANTAU - ASEAN, ASA, MAPHILINDO)

14 comments:

  1. dulu paling tak suka sejarah...hehehe..tu yang fail sejarah..

    ReplyDelete
  2. saya memang tak suka sejarah ..haha.. tapi last2 struggle akhirnya cemerlang

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. betul tu. sebab tu subjek Sejara dah jadi subjek wajib lulus..

      Delete
  4. subjek yang paling menakutkan. kalau tak prepare awal mmg akan susah time exam sbb bnyk benda nak kena hafal. Tapi sbb dah prepare awal alhamdulillah dapat gak score. Jadi utk adik2.. prepare awal subjek ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar Sejarah amat menyeronokkan. lagi2 kalau dapat cikgu yang best

      Delete
  5. sejarah mengenai Sir Henry Gurney memang takkan saya lupakan!

    ReplyDelete
  6. Sapa yg baca blog ni mesti boleh score sejarah punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kena study juga baru boleh berjaya :)

      Delete
  7. Kena bagitahu kat yang nak exam sejarah ni. perkongsian yang berguna. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih sempat berkongsi & ulangkaji topik2 penting ni..

      Delete