Panduan Menjawab Soalan Kertas 2 dan Kertas 3 Sejarah SPM

Di dalam entri ini saya ingin berkongsi panduan menjawab soalan Sejarah SPM. Panduan ini lebih kepada panduan menjawab Kertas 2 (mengandungi dua bahagian iaitu soalan struktur dan esei) dan Kertas 3. Saya telahpun memberikan panduan ini kepada pelajar-pelajar di sekolah saya dan berharap agar perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu calon-calon SPM yang lain. 

Secara amnya kertas peperiksaan Sejarah terbahagi kepada 3 kertas :

1. Kertas 1 (1249/1)
Soalan Objektif 40 soalan
Masa menjawab 1 jam
Markah kertas 1 40 markah (pemberatan 30%)

Sila baca entri Kata Kunci / Keyword Kertas 1 Sejarah SPM

2. Kertas 2 (1249/2)
Bahagian A : Soalan Struktur 4 soalan (1 soalan 10 markah) 
Bahagian B : Soalan Esei 7 soalan  - jawab 3 soalan sahaja (1 soalan 20 markah)
Masa menjawab 2 jam 30 minit
Markah Kertas 2 100 markah (pemberatan 50%)

3. Kertas 3 (1249/3)
Masa menjawab 3 jam 
Markah kertas 3 100 markah (pemberatan 20%)

Sila rujuk entri Format Baru Mata Pelajaran Sejaram SPM Mulai Tahun 2013




☆☆☆ Mulai SPM 2015, terdapat 2 jenis soalan KBAT iaitu jenis analitikal (jawapan perlu ada Fakta & Huraian) dan jenis holistik / rubrik (jawapan perlu ada Fakta, Huraian, Huraian Lanjutan atau Contoh & Inferens). 

Calon perlu mengenalpasti jenis soalan sebelum menjawab soalan KBAT bagi mengelakkan calon tidak mendapat markah penuh.

Panduan menjawab soalan struktur 

Soalan Bahagian A mengandungi 4 soalan (1 soalan 10 markah) dan wajib jawab semua soalan. 

Cadangan masa menjawab : 1 soalan = 15 minit. 
4 soalan x 15 minit = 1 jam


Soalan 1 dan 2 dari mana-mana topik tingkatan 4 (ada 10 topik)

Soalan 3 dan 4 dari mana-mana topik tingkatan 5 (ada 9 topik) 

1. Garis @ highlite kata tugas (contoh : jelaskan, apakah, terangkan dll) dan kata kunci (keyword). Jawab berdasarkan soalan yang ditanya.

2. Sentiasa lihat markah bagi setiap soalan. Jawapan hendaklah sesuai dengan markah yang diperuntukkan. 

Contoh : markah untuk soalan = 2m maka berilah 2 isi atau lebih.

3. Soalan (d) atau (e) biasanya soalan KBAT (kemahiran berfikir aras tinggi). Calon perlu menggunakan jawapan yang munasabah.

Panduan menjawab soalan esei

Soalan Bahagian B yang mengandungi 7 soalan (1 soalan 20 markah) dan wajib jawab 3 soalan sahaja

Cadangan masa menjawab : 1 soalan = 30 minit. 
3 soalan x 30 minit = 1 jam 30 minit.

Soalan 5, 6  dan 7 dari mana-mana topik tingkatan 4 (ada 10 topik)

Soalan 8, 9, 10 dan 11 dari mana-mana topik tingkatan 5 (ada 9 topik)

1. Gunakan tip menjawab soalan struktur (rujuk bahagian atas)

2. Tulis jawapan/fakta penting pada kertas soalan (tulis pada ruangan kosong di dalam kertas soalan) supaya tiada isi yang tertinggal semasa menulis esei.

3. Pilih 3 soalan yang paling mudah  untuk anda jawab & boleh memberikan markah yang tinggi. Pastikan anda menjawab mengikut masa yang dicadangkan.

4. Jangan lupa tuliskan nombor soalan dan gunakan teknik menjawab '1 soalan menggunakan 1-2 helai kertas jawapan'. Tulis jawapan untuk soalan seterusnya di muka surat yang baru.

5. Gunakan bahasa Melayu moden dan elakkan menggunakan kata singkatan, SMS atau sebagainya.

6. Tulisan hendaklah kemas, tidak terlalu kecil dan boleh dibaca oleh pemeriksa.

Panduan menjawab soalan Kertas 3

1. Pastikan calon membaca terlebih dahulu buku teks dengan merujuk kepada Tema Umum yang telah diberikan.

2. Pastikan juga anda telah membaca Contoh Soalan Dan Skrip Jawapan Sejarah Kertas 3 yang telah di'print' dan highlite fakta penting bagi memudahkan calon memilih jawapan dan tidak membuang masa ketika mencari jawapan.

3. Tulis fakta/jawapan mengikut markah yang telah diperuntukkan.

Contoh : markah yang diperuntukkan ialah 10 markah, berilah 10 - 13 fakta/jawapan yang munasabah.

4. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei seperti Kertas 2 (Bahagian B - Esei)

Terkini (Mei 2017)

Saya telah mengajar 'Formula Target Sejarah' kepada pelajar-pelajar di sekolah saya. Formula ini dapat membantu calon untuk mengira berapakah markah / gred yang hendak mereka capai. Formula ini ternyata berkesan dan telah berjaya dilakukan oleh pelajar-pelajar saya. Di sini saya kongsikan formula tersebut dengan anda semua :

(Kertas 1 + Kertas 3 = lulus) + Kertas 2 = gred baik / cemerlang

Contoh : Ali mendapat 24 markah untuk Kertas 1 dan 19 markah untuk Kertas 3. Jumlah markah kertas 1 + kertas 3 = 43 (melepasi markah lulus iaitu 40 markah).

Jika Ali ingin mendapatkan gred A- (70 - 79 markah), dia perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 27 markah @ 54/100 - 36 markah @ 72/100 untuk kertas 2.

Formula ini sebenarnya mudah kerana saya mengambilkira peratus pemberatan untuk ketiga-tiga kertas iaitu Kertas 1 - 30%Kertas 2 - 50% dan Kertas 3 - 20%. Calon akan lebih fokus dan yakin untuk mencapai target yang mereka inginkan. Selamat mencuba dan mempraktikkan 'Formula Target Sejarah' ini.

** Anda boleh kongsikan panduan yang dinyatakan di dalam entri ini dengan kawan-kawan yang lain. Harapan saya agar anda dapat menjawab soalan Sejarah dengan penuh yakin dan mendapat keputusan cemerlang di dalam ujian bulanan, peperiksaan pertengahan / akhir tahun, percubaan SPM / SPM sebenar.

 Promosi Rujukan Sekolah

Post a Comment

50 Comments

  1. info yg amat berguna...teruskan..

    ReplyDelete
  2. Thanks for the very helpful info :)

    ReplyDelete
  3. nice..thanks ^-^

    ReplyDelete
  4. Jadi pelajar perlu dapat berapa betul untuk kertas 1, 2, 3 untuk dapat gred A dlm subject sejarah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika lihat pada % pemberatan - K1 30%, K2 50% dan K3 20% = 100%

      saya selalu ingatkan pelajar supaya score semua kertas untuk dapatkan gred yang baik. anda boleh ikut panduan yang saya & pelajar amalkan untuk dapat A.

      Gred A+
      Kertas 1 - 37, Kertas 2 - 90, Kertas 3 - 90
      Jumlah = 90%

      Gred A
      Kertas 1 - 32, Kertas 2 - 80, Kertas 3 - 85
      Jumlah = 82%

      Gred A-
      Kertas 1 - 28, Kertas 2 - 75, Kertas 3 - 80
      Jumlah = 76%

      Delete
    2. cikgu apa itiu cara rubrik yang hendak digunakan dalam ketas sejarah mula tahun 2016?

      Delete
  5. Terima kasih cik Laili. tapi tak silap saya sistem gred untuk SPM gred A- ialah 70, kan? cik ni cikgu sejarah ke? :)

    ReplyDelete
  6. Cikgu, dalam kertas 3, sekiranya soalan kbkk itu mempunyai 10 markah, tetapi saya cuma tulis 5 isi berserta dengan huraiannya (fakta+huraian/contoh). Adakah saya akan mendapat markah penuh untuk soalan tersebut??

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika soalan KBKK, pemeriksa akan tetap memberikan markah walaupun jawapan tersebut berbentuk huraian & contoh (jika terdapat di dalam skema jawapan). Ada kalanya jawapan yang tidak terdapat di dalam skema juga boleh diterima selagi jawapan itu munasabah.

      Delete
  7. KAMU YANG TERBAIK CIKGU! terima kasih~ apakah nasihat yang boleh cikgu memberi jika pelajar lemah dalam bahasa melayu ( sukar untuk memahi perkataan serta menghafalkan fakta )

    ReplyDelete
  8. Ouhhh mcm ni rupenyee... terima kasih atas perkongsian yg sudi diperkongsikan kepada saya dan rakan rakan saya... sekarang saya paham bagaimana hendak menjawap, TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  9. terima kasih cikgu laili yang comel ^^
    it was impressed me. thanks ^^

    -studentSAMTAJ<3

    ReplyDelete
  10. Kertas 1 dpt 9/40 kertas 2 skor berapa? Kertas 3 skor berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba 'Formula Target Sejarah' yang saya kongsikan di dalam entri ini.

      Delete
  11. Contoh kertas 1 sya dpt 16/40 kertas 2 sya dapat 15 ,manakala k3 sya trtinggal 2 soalan yang mngandungi 20 markah adakah ianya dapat kputusan lulus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kertas 2 tu 15/100 atau dah dikira dari 50% kertas 2?

      Saya cuba kirakan markah anda ye :

      * K2 15/100

      K1 16/40 = 12
      K2 15/100 = 7.5
      K3 80/100 = 16

      Jumlah = 36 (gagal)

      * K2 15/50

      K1 16/40 = 12
      K2 15/50 = 15
      K3 80/100 = 16

      Jumlah = 43 (lulus)

      Delete
  12. Cikgu, kalau soalan KBKK jawab dalam point form boleh tak? Cikgu sya potong setengah markah sya sebab soalan KBKK jawab dalam point form.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam soalan esei jawapan tidak boleh ditulis dalam point.
      memang betul apa yang dilakukan oleh guru anda tu.

      Delete
    2. macam mna kalau tulis jawapan menggunakan ayat???

      Delete
    3. Jawab menggunakan ayat lengkap seperti menjawab soalan pemahaman bahasa Melayu.

      Delete
    4. kalau soalan struktur yang kbkk boleh jawap dalam bentuk poin ke cikgu?

      Delete
  13. kertas 2 soalan struktur boleh buat dalam bentuk point tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jawab dalam bentuk point. Pastikan jawapan yang diberikan memenuhi markah yang diperuntukkan & kenalpasti sama ada soalan tersebut berbentuk holistik atau sebaliknya.

      Contoh : soalan memperuntukkan 4 markah untuk soalan c atau d (KBAT). Jadi berikan 4 fakta atau lebih. Jika soalan holistik, berikan fakta, huraian / huraian lanjutan, contoh & inferens

      Delete
  14. Cikgu kalau kertas 1 saya hanya dapat 10 markah, berkemungkinan saya akan lulus atau gagal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lulus. Pastikan anda menjawab dengan baik untuk kertas 2 & kertas 3

      Delete
  15. tq cikgu...tahun ni saye spm..tolong doakan yang terbaik untuk diri saye dan juga calon calon spm yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menduduki peperiksaan SPM 2017. Cikgu doakan semoga semua calon SPM tahun ini akan mendapat keputusan cemerlang. Amin..

      Delete
  16. Cikgu,boleh jawap lebih daripada 3soalan untuk bahagian b(esei)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jawab lebih daripada 3 soalan tetapi markah hanya akan dikira untuk 3 soalan yang mendapat markah yang tinggi sahaja.

      Delete
  17. TQ TQ untuk maklumat... harap2 sangat anak saya boleh lulus sejarah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah boleh lulus dan mendapat keputusan cemerlang. Amin Ya Rabb.

      Delete
  18. cikgu saya risau kertas 2 saya la

    ReplyDelete
  19. cikgu kalau tulis soalan jenis pendapat sendiri kertas 2 soalan struktur bahagian A dalam bentuk poin boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan struktur masih boleh dijawab dalam bentuk point. Jika soalan esei dijawab dalam bentuk point, markah akan dipotong 1/2 markah dari markah yang diperoleh.

      Delete
  20. cikgu..kalaw soalan kertas 2 bahagian a tanya jelaskan buat dalam point boleh ke?
    contoh :jelaskan kuasa mahkamah?(4 markah)
    kena ada 4 isi ka ckgu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jawab dalam bentuk point & berikan 4 isi.

      Delete
  21. Cikgu kalau bahagian b kertas 2 , saya jawab dalam point, markah saya kene tolak 1/2 jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Elakkan menjawab dalam bentuk point.

      Delete
  22. Assalam cikgu klau kertas 3 sya buat dalam point bukan dalam essay..kira dapat markah tak?ke salah trus smua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Markah tetap dapat tapi akan dikira ½ dari markah yang diperoleh

      Delete
  23. Salam cg kalau kertas 1 sy dapat 18/40 masih berpeluang ka utk saya dapat A utk sejarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih boleh. Pastikan K2 & K3 skor markah tinggi.

      Delete
  24. cg , contoh kalau k1 dapat jawab betul bawah dari 10 , masih bole lulus tk cg ?

    ReplyDelete