Format Baru Mata Pelajaran Sejarah SPM Mulai Tahun 2013

Makluman untuk ibu bapa/penjaga dan pelajar : seperti yang telah diketahui umum mulai tahun 2013, mata pelajaran Sejarah merupakan salah satu mata pelajaran wajib lulus untuk SPM. (Sila baca berita : Subjek Sejarah wajib lulus SPM).

Baru-baru ini saya telah menerima surat dari Pejabat Pendidikan Daerah yang mengandungi salinan surat dari Jabatan Pelajaran Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia tentang pelaksanaan pentaksiran peperiksaan SPM mulai tahun 2013 bagi mata pelajaran Sejarah yang mana terdapat satu penambahan kertas baru iaitu Kertas 3 (1249/3) yang berbentuk tugasan.

Anda boleh membaca Surat Siaran Lembaga Peperiksaan : Format Pentaksiran Bagi Mata Pelajaran Sejarah Untuk Pelaksanaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2013 di sini.



FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH MULAI TAHUN 2013

Bil
Perkara
Kertas 1 (1249/1)
Kertas 2 (1249/2)
Kertas 3 (1249/3)
1
Jenis Instrumen
Objektif
Subjektif
Tugasan
2
Jenis Item
Aneka Pilihan
Struktur & Esei
Tugasan
3
Bilangan Soalan
40 soalan
Bahagian A (Struktur)

4 soalan wajib
40 markah
(10 markah setiap soalan)


Bahagian B (Esei)

7 soalan pilihan
Jawab 3 soalan
60 markah
(20 markah)
1 Tugasan

Nota :

Tema/tajuk umum dimaklumkan kepada calon satu bulan sebelum tarikh peperiksaan bagi Kertas 3.

Tajuk tugasan serta panduan menjawab diberi pada hari peperiksaan
4
Pemberatan
30%
50%
20%
5
Jumlah Markah
40
100
100
6
Tempoh Ujian
1 jam
2 jam 30 minit
3 jam
7
Konstruk
Mengingati
Memahami
Menganalisis
Mengingati
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Menjana idea
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Menjana idea
Nilai
8
Cakupan Konteks
Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 & 5
9
Aras Kesukaran
Sesuai dengan tahap pembelajaran Sejarah murid di hujung Tingkatan Lima


Post a Comment

42 Comments

  1. sejarah best!
    masa f1 cikgu tukar2 so kene la buat note sendiri.
    f2 lak cikgu best,memang dia ajar terperinci & still wat note.
    f3 cikgu tuh lagi sekali ajar and just focus kat mas dalam kelas.tak buat note coz ingat.
    pmr=A.
    berbaloi rasanya.he2

    ReplyDelete
  2. Maya : hanya mereka yg betul2 suka subjek Sejarah akan berkata mcm tu. tahniah..dpt A dlm Sejarah PMR

    ReplyDelete
  3. ckgu, silibus dlm bku teks tkaq x?

    ReplyDelete
  4. zaihan : mungkin akan ada sedikit perubahan. kena tunggu & lihat..

    ReplyDelete
  5. Cikgu, esei ada 7 soalankah? sebab cikgu sekolah saya kata ada 5 saja..

    ReplyDelete
  6. Alif : jika anda mengambil SPM pada tahun 2012 (tahun ini), masih menggunakan format yg lama iaitu 5 soalan esei & wajib jawab 3 soalan sahaja. sila rujuk :

    Panduan Menjawab Soalan Sejarah SPM Kertas 2 : Struktur & Esei

    7 soalan esei adalah bagi format Sejarah SPM yg baru bermula tahun 2013. kalau ada perkembangan terkini, saya akan update dlm blog.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih, cikgu tapi saya baru masuk tingkatan 4 tahun ni dan maksudnya saya akan menduduki SPM pada tahun 2013.Jadi, esei 7 soalan pilih 3? sebab yang bagi tahu pelajar-peljar 5 esei pilih 3 tu ketua panitia sejarah sekolah saya... minta jasa baik cikgu utk menjelaskan hal ni. TQ

    ReplyDelete
  8. Alif : sila rujuk Surat Siaran Lembaga Peperiksaan (m/s 3) yang saya linkkan dalam entri ini atau boleh click link di bawah..

    Surat Siaran Lembaga Peperiksaan

    * boleh juga tunjukkn surat ini kepada Ketua Panitia Sejarah sekolah Alif :)

    ReplyDelete
  9. macam mana saya nk dapatkan contoh soalan sejarah kertas 3 ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa skrg saya belum ada contoh soalan Sejarah kertas 3. Kalau ada nnt saya akan upload dlm blog.

      Delete
  10. sejarah bez... masa f3 cg ajar dgn penuh smngt.. n yg paling bez dy bg mcm2 nota kt ktorg.. bnyk btol la nota yg dy bg... dy sllu gak marah kt ktorg koz kekadang ktorg x leh jwb soalan dy dgn tepat... hehe!!! time result kluar, fuyooo!!!!!!! bnyk nye yg dpt A sejarah.. termasuk sy.. bez giler r.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Farehan. Setiap pengorbanan pasti akan terasa manisnya bila mendapat kejayaan.

      Delete
  11. emie minie minieMonday, June 04, 2012

    cikgu, tahun nie sy spm la, tapi sy tak minit sejarah sebab sy langsung tak faham tentang sejarah. . macam mana nie?? sy dh puas belajar dan cuba memahami sejarah, tapi tak boleh la. . apa yang sy patut buat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau emie. Subjek Sejarah bukanlah subjek yang sukar. Selalulah berkata di dalam diri yang Sejarah adalah semudah ABC.

      Apa yg anda perlu lakukan :
      1. Fokus kepada topik2 tumpuan bagi tahun ini
      2. Kuasai kemahiran menjawab soalan objektif, struktur & esei
      3. Study group amat berkesan bagi bertukar2 maklumat & pemahaman tentang subjek Sejarah
      4. Jumpalah guru yang mengajar & jangan malu bertanya jika anda masih tidak faham.

      Selamat maju jaya :)

      Delete
  12. sejarah kertas 3 ni buat masa periksa tu juga ke atau buat macam folio?

    ReplyDelete
  13. Perubahan dalam kertas sejarah spm bermula tahun 2013 membuatkan agak sukar pelajar untuk memperoleh A+ dalam peperiksaan.tetapi, asalkan berusaha, yang susah pasti akan jadi senang. usaha tangga kejayaan. Sejarah sangat mudah kalau betul-betul membaca bukan hanya menghafal bulat-bulat. kreatifkan pemikiran!

    ReplyDelete
  14. akum cikgu...saya copy jadual format pentaksiran sejarah kertas 3 tu ye...harap cikggu halalkan..tq! ^^

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum. Saya Form4. Hari Isnin ini saya akan mula p&p saya. Jadi, saya nak tahu dahulu formatnya untuk persiapan. Terima kasih kerana membuat artikel ini. Tapi untuk kertas 3 Itu tugasan, bukan? Adakah kertas 3 ini tugasan berbentuk folio atau kerja khusus? Kalau tak tahu tak mengapa.

    ReplyDelete
  16. Badrull Zaman : Waalaikumussalam. mengikut pengalaman saya pada tahun 2012 semasa peperiksaan akhir tahun untuk tingkatan 4, sebulan sebelum tarikh Kertas 3 pihak JPN telah memberikan tajuk tema. dalam tempoh itu pelajar & guru akan mencari bahan berkaitan tema tersebut.

    semasa hari peperiksaan, pelajar akan menduduki peperiksaan kertas 3 selama 3 jam & boleh membawa buku teks, rujukan & apa saja bahan bercetak ke dalam bilik/dewan peperiksaan.

    * pelajar saya ada yang mendapat markah 98/100 untuk kertas 3.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum. saya nak tanya, cara penulisan esei tu mcam mana, campur semua dlm 1 perenggan atau satu isi satu perenggan?

    ReplyDelete
  18. emm..blh tnya x...tentang menduduki peperiksaan kertas 3 blh bawa lebih dari 1 buku atau ada hadnya?.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tidak dihadkan berapa banyak buku yang boleh dibawa..

      Delete
  19. btul,,yg minat sejarah Insyaallah dpt A..saye mase darjah 4 saya selalu duk bace buku teks sejarah kakak saya form 4 (1998)..Alhamdulillah pmr A, spm A1

    ReplyDelete
  20. f3 pmr obviously the syllabus the type of questions are too easy. I only study 4 days b4 exam 4 all the chapters from f1-f3 and will always be the highest . How much? 98,97 even 100.. DUH!!! History PMR if u can score you are hopeless . Either way SPM is different . This is the want that needs to be focussed on. The thing about SPM, for all the subjects all you need to know is the technique of answering. Thou , History os a major headache in SPM.. You people who brag about an A for PMR is nothing . A+ is also nothing . 100 for PMR is ok only BUT for SPM well if u get an A+ im not surprised but a 100% well Thats cool . SO STOP COMMENTING STUFFS ABOUT PMR WHICH IS SO LAME.

    ReplyDelete
  21. salam..ckg, cmne nk kira jumlah ketiga2 kertas utk dptkan total marks?

    ReplyDelete
    Replies
    1. K1 - 40 markah
      K2 - 100 markah
      K3 - 100 markah

      Jumlah semua 240 markah

      Delete
  22. Cikgu tadi masa saya menjawab sejarah kertas 3, apabila saya menjawab hingga soalan 3 , saya pen punye ink dah habis , lepas tu , saya guna pensil untuk menjawab , boleh keh tak? Akan potong markah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..pemeriksa akan tetap memeriksa kertas anda selagi anda menulis jawapan walaupun menggunakan pensel :)

      Delete
  23. saya masih tak tahu cmna nk skor dlm kertas 3..

    ReplyDelete
  24. weh oit.. markah sejarah paper 3 aku kosong sbb tak letak no. soalan ..
    nak tanya boleh? mmg kosong eh kalau x letak no. soalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada pemeriksa. lebih baik anda tulis nombor soalan bagi memudahkan pemeriksa memberikan markah berdasarkan soalan yang dijawab.

      Delete
  25. as'salam , nk tnya . kertas 2 sejarah bhgian B . jawapannya perlu dibuat dlm bbrapa prenggan ke atau satu ??adkah satu soalan mrangkumi satu perenggan ?

    ReplyDelete
  26. Cgu,boleh guna singkatan kata kah dlm peperiksaan? Cth...dlm.. yg...smasa mnjwb k3 sejarah

    ReplyDelete
  27. Cguu tadi masa spm sjrh ppr 3 sya tkut x ckup masa... sya telah mngnakan sngkatan kata seperti yng...blh....dll..blh kah macam tu

    ReplyDelete
  28. Assalam cg..sye ina..nk tnye..krts 2 bhgian b n kts 3 tu buat 1 isi satu perenggan k?ke bole 10 isi dlm satu perenggan untuk satu soalan? Tlong reply cepat ye cg..harap sngat2..tq

    ReplyDelete
  29. Assalam cg..sye ina..nk tnye..krts 2 bhgian b n kts 3 tu buat 1 isi satu perenggan k?ke bole 10 isi dlm satu perenggan untuk satu soalan? Tlong reply cepat ye cg..harap sngat2..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. boleh buat dalam 1 perenggan. tak jadi masalah sebab pemeriksa akan menyemak semua jawapan yang ditulis. cuma pastikan jawapan anda dalam bentuk esei & bukan point.

      Delete
  30. Ada peluang dapat A ka tuh kalau sya tdak jwab smua soalan kertas 3 ?

    ReplyDelete