12 October 2013

,

Resepi Daging Kambing Panggang


Tidak semua orang suka makan daging kambing. Ada yang kata daging kambing tidak elok untuk mereka yang mengidap penyakit darah tinggi. Bagi saya dan suami, kami berdua memang menggemari daging kambing - tidak kiralah sate kambing, kambing golek atau kambing panggang. 

Bagi yang belum pernah makan daging kambing, rasa daging ini agak manis sedikit berbanding daging lembu. Kalau nak tahu macammana rasa manis tu, anda kenalah cuba sendiri. Di dalam entri ini, saya ingin kongsikan Resepi Daging Kambing Panggang untuk anda cuba.

Kambing panggang dihidangkan bersama sos, kentang goreng, telur goreng & sayuran

Resepi Daging Kambing Panggang
(untuk hidangan 6 orang)
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan :
6 potong daging kambing
6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
3 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
3 sudu madu
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara-caranya :
- Sediakan bahan perapan : bawang putih, halia, sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, minyak zaitun dan garam. Gaul rata semua bahan.
- Sapukan bahan perapan pada daging kambing.
- Perap daging selama 2 jam.
- Masak menggunakan oven pada suhu 180 darjah selama 20 - 30 minit / sehingga masak.
- Jika menggunakan pemanggang ajaib, masa diambil hanya 10 - 15 minit.

Daging kambing yang diperap

34 comments:

  1. Replies
    1. tak ramai yang suka makan kambing. kita boleh jadi genglah :)

      Delete
  2. Replies
    1. beli & jadikan sebagai hadiah untuk isteri. lagipun pemanggang ni memang memudahkan kerja memasak

      Delete
  3. yum yum nampak lazak pulak kambing panggang ni :D

    ReplyDelete
  4. err..ada lagi tak? kalau ada..pos ke banting sket..

    ReplyDelete
  5. Sedap juga resepi ini,kalau letak serai,halia dan sedikit belacan...lagi sedap pemanisnya madu atau brown sugar....sekadar berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih berkongsi resepi. nanti nak cuba tambah bahan yang kak Mah cadangkan - serai & belacan.

      Delete
  6. Tidak berani makan kambing kerana tiada biasa. Untung kepada mereka yang pengemar makan daging kambing.

    ReplyDelete
  7. aku x suka kambing sebab bau je. Kalau dpat bakar smapai hilang bau memang ngam

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni jarang jumpa daging kambing yang berbau.

      Delete
  8. nampaknya sangat sedap, tapi kok baunya memang cukup berlebih

    ReplyDelete
  9. terbaik kaklaili.. kena cuba ni.. saya dan anak mmg favourite daging kambing.. tp org rumah xdpt nak nolong.. bau yg kita masak pun xboleh .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi mudah je ni. bolehlah masak bersama anak. cubalah bagi sikit pada isteri. mana tau sebab suami yang masak, isteri suka makan daging kambing pula lepas ni :)

      Delete
  10. Kambing nie kena cara masak yang betul baru sedap dan berselera nak makan....saya suka kalau makan kedai restoran arab je kalau masakan kambing nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kena betul cara masak baru sedap. bau2 kambing pun dah hilang..

      Delete
    2. Itulah keistimewaan daging kambing. Kalau tak bau bukan daging kambing namanya.

      Delete
  11. Mmg fav saya n husbd...tgh perap nak bakar.tq ya sharing resepi :)

    ReplyDelete
  12. saya tgh google resepi kambing panggang ni dan terjumpa blog u...nak try lah . thx for sharing sis

    http://ailzab.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Duk cari2 resepi panggang - bakaq ni,terjumpalah blog akak..thanks 4 sharing...

    ReplyDelete
  14. Saya dah cuba buat bahan perapan ni. Saya double kan bahan dan sapu dan rendam daging kambing dlm bekas. Memang best...

    ReplyDelete
  15. fav jugak and mmg betul ramai yg x berani makan kambing, takut sakit kepala.ekceli tak pun

    ReplyDelete
  16. Nak kurangkan bau kambing bleh guna cara ni:
    1. Gaul dan perap dgn gula pasir dlm masa 10 minit.
    2. cuci gunakan tepung gandum.

    ReplyDelete
  17. Fuhh , sedappnyer , tengok pun dah tau :)

    ps : Nak buat duit 4-5 angka dengan bisnes kambing bakar dan kambing perap hanya dirumah ?

    pss..RAHSIA ni jgn kasi tau sape2 tau

    KLIK SINI paparan WEB => www.bisneskambingbakar.com

    KLIK SINI paparan BLOG => www.bisneskambingbakar.com/blog

    ReplyDelete
  18. nak test jugalah nanti guna pemanggang ajaib

    ReplyDelete