05 October 2013

,

Pengalaman Menaiki Sampan Dan Rakit


Petang tadi saya keluarga berkesempatan untuk membawa anak-anak melakukan aktiviti menarik di Pekan Selasa Sungai Haji Dorani iaitu menaiki sampan dan rakit di dalam parit yang mana ia merupakan salah satu pakej yang ditawarkan oleh Homestay JKKK Sungai Haji Dorani. Untuk melihat gambar aktiviti yang dilakukan oleh para pelawat yang telah berkunjung ke homestay ini, sila click sini.

Harga pakej lawatan murid sekolah rendah/menengah ialah RM40.00 (sehari) dan RM75.00 (2H1M) manakala lawatan bagi penuntut IPT/orang dewasa sebanyak RM50.00 (sehari) dan RM90.00 (2H1M). Click untuk mengetahui Pakej Lawatan Umum 2013 Homestay JKKK Sungai Haji Dorani.

Amirlah yang paling seronok kerana dapat merasai sendiri pengalaman menaiki sampan dan juga rakit. Anak zaman sekarang la katakan, mana pernah merasai pengalaman sebegitu. Apa yang mereka kenal hanyalah permainan seperti PS3, PSP dan juga internet. Kali ini saya nak Amir juga merasai pengalaman sewaktu saya kecil dahulu.

Waktu kecil dulu, banyak aktiviti yang saya lakukan seperti main pondok-pondok, main sorok-sorok, baling tin & baling kasut, main layang-layang, teng-teng, galah panjang, batu seremban, congkak, main tutup botol, memancing ikan, mencari kulit siput di pantai, jalan-jalan di palung dan macam-macam lagi. Paling tidak dapat dilupakan ialah saya juga pernah berkubang di parit bersama kawan-kawan. Hihi.

 
Seronoknya Amir dapat naik sampan bersama kak Ain.
Yang di belakang sampan tu ialah acik Ami.

 Amir menaiki rakit bersama sepupu - Nazril dan Aidil.
Acik Ami sentiasa memantau keselamatan anak-anak buahnya.

Amar pun naik sampan juga, tapi sampan di darat bersama acik Ezze

Banyak lagi pakej menarik yang disediakan oleh pihak Homestay JKKK Sungai Haji Dorani. Jika anda ingin merasai pengalaman seperti ini, jemputlah datang ke kampung kami. 

* Jangan lupa maklumkan pihak homestay yang anda mendapat maklumat ini dari blog ciklaili.com. Ada rezeki nanti bolehlah anda berjumpa dengan pelakon rancangan Oh! Kampungku.

26 comments:

  1. dah lama gak tak naik rakit nih. dulu masa kecik selalu gak wat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best, kan? pengalaman masa kecik adalah pengalaman yang sangat indah lagi2 kalau duduk di kampung...

      Delete
  2. wah, teringin juga saya naik sampan macam tu..kalau bawa anak-anak, dengan mak-mak sekali jadi "jakun"..haha..saya mmg tak pernah naik sampan atau rakit.mesti best ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomlah datang ke Homestay JKKK. banyak pengalaman baru boleh dirasai di sini..

      Delete
  3. Pernah kena rotan bab berkubang dalam parit ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami siap guna batang pisang lagi, konon nak jadikan tempat berpaut. hihi..

      Delete
  4. tiada kenangan menaiki sampan atau rakit ketika kecil dulu.. masa belajar dulu hanya pernah belajar menaiki kayak.. nampak menarik pengalaman menaiki sampan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput datang ke homestay JKKK. nanti boleh merasa naik sampan & rakit di parit. memang seronok..

      Delete
  5. sebenarnya aktiviti mcm ni sangat seonok, cuma budak skrg ni mereka xda tempat nak lakukan aktiviti mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah bawa anak-anak dan saudara mara merasai pengalaman berada di kampung dan mencuba pelbagai aktiviti menarik di Homestay JKKK Sungai Haji Dorani :)


      Delete
  6. hahaha tetiba rasa teringin nak naik rakit, saya belum pernah ada pengalaman macam ni lagi, klu naik bot atau feri tu pernah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tau Aju. jomlah ke sini bawa anak2 rasa naik sampan & rakit

      Delete
  7. wahhh... mia tak pernah lagi ni... boleh dicuba bila free2 nanti sambil bawa satu famili..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi aktiviti yang Mia boleh buat di sini

      Delete
  8. Mandi air perit sejuk diwaktu pagi. Seronok berkubang ramai-ramai bersama rakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman berkubang pengalaman paling seronok..

      Delete
  9. Zaman kecil2 dulu selalu naik sampan dgn arwah ayah sy, kadang2 naik sampan utk memancing hehe...lama dah tak naik benda ni...rindu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti Elih pandai mengendalikan sampan. anak saya tu dipantau & dijaga oleh pakciknya. takut tiba2 sampan terbalik pula nanti.

      Delete
  10. pernah sekali naik rakit...best and seronok hehe...tp sungai tu coklatnyaaa hehe jangan marah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. air di parit ni memang keruh macam air milo. hihi..

      Delete
  11. Budak2 sekarang memang tak merasa pengalaman macam ni. Dulu pernah jugak main sampan ni. memang best la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..di zaman teknologi dan era globalisasi ni kita sebagai ibu bapa kenalah cari alternatif supaya anak-anak dapat merasai aktiviti yang pernah kita lakukan semasa kecil.

      Delete
  12. bestnya...jarang ada aktiviti macam ni skrang.kalau yang lebih kurang tu, kayuh sampan/bot kat tasik atau bkayak. mcm ni anak2 pun bole merase jd org kampung kejap:). ada guard, kita pun tak perlu risau...

    tak bawak anak tengok kelip-kelip?

    ReplyDelete
  13. Memang seronok bdk2 kalau naik rakit ni...

    ReplyDelete
  14. Permainan anak sekarang sanat berbeda dengan anak-anak masa dulu. anak-anak sekarng paling banyak bermain di depan komputer atau gadget mereka.

    ReplyDelete