24 August 2013

Pengalaman Liyana Jasmay Berhari Raya Di Kampung Dalam Oh Kampungku!


Beberapa hari sebelum menjelangnya hari raya aidil fitri, saya telahpun memaklumkan kepada rakan-rakan dan pembaca blog melalui facebook dan fanpage ciklaili.com tentang sebuah rancangan yang bakal disiarkan pada malam hari raya pertama bertajuk Oh Kampungku! yang dibintangi oleh pelakon Liyana Jasmay dan turut dibantu oleh beberapa orang pelakon tambahan - mak dan abah saya.

Oh Kampungku! menceritakan bagaimana Liyana Jasmay dalam usahanya membuat persiapan raya mengikut tradisi di kampung dengan usahanya sendiri. Adakah dia akan berjaya?

Liyana Jasmay dalam Oh Kampungku!


Lokasi pengambaran Oh Kampungku! telah dibuat di sekitar Kampung Sungai Haji Dorani seperti di Parit 2 dan Masjid An-Nur (pernah menjadi lokasi pengambaran Nur Kasih). Sempat juga saya melihat lokasi pengambaran bersama suami dan anak-anak serta melihat sendiri bagaimana mak dan abah berlakon. Memang satu pengalaman berharga buat abah kerana pengambaran tersebut diadakan sehari selepas harijadi abah.

Bagi yang tidak sempat menonton Oh Kampungku! anda boleh menyaksikannya melalui link di bawah (pastikan anda mempunyai akaun di tonton.com.my) :


23 comments:

  1. wahh..bakal jadi celebriti lah mak dan abah ciklaili ye..:)

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Nak minta sign kat makcik dan pakcik hihihi, comel je :D

    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Yan..

      Hihi..nanti saya cuba minta tandatangan mak & abah. lepas tu kongsikan dengan pembaca blog ini, boleh?

      Delete
  3. Dah tengok hari tu...bestnya Kg ciklaili..pemandangan sawah yg cantik :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah mertua saya betul2 di tengah sawah padi. bila lepak petang2 rasa best sangat - angin sepoi2 bahasa

      Delete
  4. Tak sangka, bukan saja anaknya terkenal, tapi mak bapanya juga.. comel aje tengok mak Cik Laili :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anaknya hanya sekadar part time blogger saja :)

      Delete
  5. Sebelah kawasan Sungai Besar kerap menjadi destinasi lokasi rakaman. Saya baru sahaja ke sana minggu lepas kerana ada kenduri kahwin adik jiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain Sg Besar, Sekinchan pun jadi pilihan penerbit drama/filem untuk buat pengambaran..

      Delete
  6. Replies
    1. sempatlah bertweet dengan LJ. pernah jumpa dia sebelum ni masa majlis pelancaran S4..

      Delete
  7. Mmg bertuah daerah Sabak sebab ada kawasan bendang

    ReplyDelete
  8. Owh mak & abah ciklili ke tu. kita tgk yang siaran ulangan dia tu. btw cantik rumah & kampung ciklili la.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah tu bukan rumah kami, hanya tumpang rumah sebagai lokasi pengambaran..

      Delete
  9. selamat hari raya laili
    Wah glam aa ayah dan ibu kamu masuk tv
    kirim salam yer..nanti lalu sana leh singgah

    ReplyDelete
  10. wah.. dah kira artis la sekarang ni.. :)
    cantik kampung cikgu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kampung kami biasa dipilih untuk lokasi pengambaran..

      Delete
  11. x sempat nk tengok lg cite ni..apepun tahniah untuk ibubapa ciklaili,mana tau pasni giliran ciklaili pula dpt berlakon..amin..

    ReplyDelete
  12. sukses ya,,semoga bisa berlakon untuk yg lain

    ReplyDelete