08 October 2013

Cara Membuka Akaun SSPN-i

Bagi ibu bapa di luar sana pasti sudah tidak asing lagi dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i atau lebih dikenali sebagai SSPN-i. SSPN-i merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep 'Wakalah Bil Istithmar'.

Keistimewaan yang ditawarkan oleh SSPN-i :
  • Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN
  • Pelepesan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000.00
  • Manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian diberi secara PERCUMA (tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan)
  • Pemberian Geran Sepadan (RM ke RM) sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak (tertakluk kepada syarat dan peraturan)
  • Kadar dividen yang kompetetif
  • Dividen dikecualikan daripada cukai pendapatan
  • Simpanan dijamin oleh Kerajaan
  • Simpanan serendah RM20.00   

Terdapat 3 kategori had umur pembukaan SSPN-i :

Kategori 1:
Akaun dibuka oleh ibubapa/penjaga atau warganegara Malaysia yang lain untuk mana-mana warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke bawah dan boleh mengekalkannya sehingga umur genap 28 tahun.

Kategori 2:
Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai pilihan samada untuk membuka akaun sendiri atau dibuka oleh ibu bapa/penjaga.

Kategori 3:
Warganegara yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun sendiri. 

Cara untuk membuka akaun SSPN-i :

1. Dapatkan Borang Permohonan melalui ejen PTPTN atau muat turun Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i.

Borang ini hendaklah diisi dan dibuat dua (2) salinan serta dihantar bersama-sama salinan asal, Slip Deposit, dokumen-dokumen sokongan dan wang deposit (seminima RM20.00) di mana-mana kaunter Ejen PTPTN yang dilantik oleh PTPTN di seluruh Malaysia. 

Ejen PTPTN adalah seperti berikut :-
  1. Bank Simpanan Nasional (BSN)
  2. CIMB Bank Berhad
  3. Agro Bank
  4. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
  5. Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam)
  6. Maybank.
2. Salinan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi pembukaan akaun SSPN-i adalah seperti berikut :
  1. Salinan MyKad/ Kad Tentera/ Kad Polis Pemohon;
  2. Salinan Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad Anak; dan
  3. Surat perakuan/ sijil anak angkat (bagi ibubapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan sah mereka).
Maklumat lanjut boleh di dapati dari laman web SSPN-i PTPTN.

Bagi saya dan suami, kami telahpun membuka akaun SSPN-i untuk anak-anak kami (Amir dan Amar) sejak mereka kecil lagi. Ini sebagai persiapan mereka untuk melanjutkan pelajaran diperingkat lebih tinggi. Bila melihat kepada keistimewaan yang diberikan kepada penyimpan, rasanya tidak rugi untuk kami membuka akaun ini untuk anak-anak.

Buka akaun SSPN-i untuk Amar pada 2 September 2013

* Adakah anda sudah membuka akaun SSPN-i untuk diri anda dan anak-anak?

27 comments:

  1. thanks cik laili, boleh digunakan sebagai panduan pada masa akan datang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Farah. mungkin masih ada lagi yang tertanya2 apa kelebihan jika membuka akaun SSPN-i untuk anak2, jadi saya kongsikannya di dalam entri ini

      Delete
  2. Mudah sahaja. Tempoh hari saya buka akaun SSPNi ini di BSN dan Maybank.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga ambil borang yang sedia ada di bank ajen PTPTN

      Delete
  3. saya dah lama buka akaun SSPN untuk anak-anak saya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah..dengan keistimewaan yang ditawarkan pasti kita tak ragu2 untuk menyimpan dengan SSPN ni kan?

      Delete
  4. boleh dpt rebat cukai ;), untuk kakak2nya dah buka akaun sspn, adik saja yang masih belum ada akaun

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..tinggal seorang ajelah yang belum ada ye..

      Delete
  5. thanks sharing, bulan lepas br pas buat akaun sspn untuk adik ipar sy..

    ReplyDelete
  6. terima kasih kongsi info ini, berguna nanti bila nak buka akaun sspn.

    ReplyDelete
  7. masa anak dok tunggu result stpm ari tu,dah buka...buka akaun maybank sekali..akaun bank islam sekali haha...

    salam kenal tuan rumah

    ReplyDelete
  8. thanks for the info..blhla gtau ank buah....
    blogwalking....feel free to visit blog saya pulak dan be my followers ya..http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Belum cik laili.....anak sulung tu okje ada ambik education insurance tuk dia....syukur dah nk matang pun tahun depan.....
    Rasanya nak jena gak bukak acc jugak tu

    ReplyDelete
  10. as salam..nak tanya masa buka akaun anak nie, kena bawak anak skali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. tak perlu bawa anak untuk buka akaun bagi Kategori 1 (rujuk entri di atas). hanya bawa dokumen yang berkaitan sahaja.

      Delete
  11. Salam kak.. nak tanya.. kalau kategori satu kan perlu pergi dngan ibu bapa skali ke ? sebab sy tahun ni 18tahun. tapi bulan 8 baru cukup. kiranya sy kategori satu ke ??

    ReplyDelete
  12. blogwalking. sedang cari info utk saving anak2. thanks

    ReplyDelete
  13. Lepas buka akaun sspn-i dia bagi no akaun saja atau dapat kad..?

    ReplyDelete
  14. Salam cik laili..sy br teringt sy penah bukak acc sspn utk adik2

    Dlm tahun 2008.mcm mn nak semak sma ada acc msih aktif atau x.trma ksh.hrp sd membntu

    ReplyDelete
  15. boleh tak saya seorang bukak akaun sspn-i untuk 5 anak saya?

    ReplyDelete
  16. Bukak sspn bayar 20 jew ke ? takde cas tambahan

    ReplyDelete
  17. Berita terkini! Pembukaan akaun SSPN-i Plus boleh dibuat secara online di laman web SSPN-i.com. Buka sebelum 31/05/2016 untuk merebut peluang memenangi Honda HRV, BMW 320i dan apartment bernilai RM500 ribu.

    ReplyDelete