Cara Membuka Akaun SSPN-i Plus

Di dalam entri Cara Membuka Akaun SSPN-i, saya telah menerangkan secara ringkas tentang keistimewaan yang ditawarkan kepada pemegang akaun SSPN-i, kategori had umur pembukaan akaun dan juga cara bagaimana untuk membuka akaun SSPN-i. Mungkin anda ingin tahu apakah perbezaan di antara SSPN-i dan SSPN-i Plus, adakah kedua-dua akaun ini sama atau sebaliknya.


SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

SSPN-i Plus menawarkan 6 pakej pilihan dan manfaat takaful seperti Jadual 1 dan Jadual 2 :


Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus dan menggunakan kontrak Wakalah bagi skim takaful yang ditawarkan. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai umur 64 tahun layak membuka akaun untuk diri sendiri dan boleh membuka akaun untuk anak atau anak jagaan yang sah (mestilah juga warganegara Malaysia) yang berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.

SSPN-i Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu :
i) Patuh syariah
ii) Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000 setahun
iii) Komitmen serendah RM30 sebulan
iv) Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000
v) Tiada pemeriksaan kesihatan
vi) Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
vii) Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak
viii) Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal
ix) Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari
 x) Layak memohon pembiayaan PTPTN
xi) Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
xii) Simpanan dijamin kerajaan

Jadual 3 menunjukkan perbezaan di antara SSPN-i Plus dengan SSPN-i :



Cara untuk membuka akaun SSPN-i Plus 

Pembukaan akaun SSPN-i Plus boleh dibuat melalui saluran berikut :

1. Secara online melalui laman web SSPN-i Plus Online

2. Ejen Online PTPTN

3. Eksekutif Pemasaran PTPTN

4. Kaunter PTPTN

Tiada dokumen sokongan diperlukan.

* Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, Surat Akaun Berkanun/Sijil Anak Angkat hendaklah dikemukakan.

Maklumat lanjut boleh di dapati dari laman web SSPN-i Plus.

Bagi saya sendiri, saya telah memilih untuk membuka akaun SSPN-i Plus manakala untuk anak-anak saya memilih untuk membuka akaun SSPN-i kerana kelebihan SSPN-i yang menyediakan Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT). Tambahan pula, semasa Belanjawan 2018 diumumkan, jika anda membuat simpanan bersih SSPN dengan jumlah minimum sebanyak RM500 (bagi kanak-kanak berumur 7 - 12 tahun) akan menerima simpanan percuma RM500. Anak sulung saya (12 tahun) telahpun menerima simpanan percuma tersebut yang dikreditkan terus ke dalam akaun .

Yang mana satu pilihan anda, SSPN-i atau SSPN-i Plus?


Post a Comment

0 Comments