Lesen Memandu Untuk 3 Tahun


Jika dulu saya pernah terlupa untuk memperbaharui lesen memandu, tapi sekarang tidak lagi. Saya sudah tidak perlu risau mengingat bilakah lesen memandu akan mati/tamat tempoh dan tidak perlu lagi membuat semakan tarikh tamat lesen secara online ;)

Lesen lama yang sudah kena potong!

Bulan lepas, suami telah membantu untuk memperbaharui lesen memandu saya. Jika sebelum ini saya akan perbaharui untuk tempoh 2 tahun tapi bila adanya sistem baru iaitu tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah mengikut tarikh lahir dan telah digunapakai mulai 20 November 2011, tempoh mati lesen saya yang sepatutnya 2 tahun telah menjadi 3 tahun.

Ini dia lesen baru saya

* Sudah sebulan lebih tidak memandu kereta kerana masih dalam pantang bersalin.

Lesen Memandu Untuk 3 Tahun Lesen Memandu Untuk 3 Tahun Reviewed by cik laili on Tuesday, February 21, 2012 Rating: 5

1 comment:

  1. mmg senang kita hidupkan trus 3 thun...jimat masa..x yah kita nk g pejabat pos

    ReplyDelete

Powered by Blogger.