24 January 2011

Semakan Tarikh Tamat Tempoh Lesen Memandu


Pernah tak anda terlupa untuk memperbaharui lesen memandu? Pengalaman saya pada tahun lepas, saya terlupa tarikh tamat tempoh lesen memandu pada 4 Januari 2010. Saya hanya teringat sebulan selepas itu (1 Februari). Biasanya saya akan perbaharui lesen memandu untuk tempoh 2 tahun. Entah macammana boleh terlupa pula waktu tu.

Di sini, saya nak kongsikan satu laman web yang boleh anda gunakan untuk membuat semakan tarikh tamat tempoh lesen memandu melalui Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Malaysia. Anda hanya perlu taip No. K/P dan click Semak.

TERKINI : Mulai 20 November 2011, tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah mengikut tarikh lahir anda. Sila rujuk FAQ - Lesen Tamat Tempoh Mengikut Tarikh Lahir.

Baca pengalaman saya memperbaharui lesen memandu pada tahun 2012 di dalam entri Lesen Memandu Untuk 3 Tahun
 
Sila click link atau gambar di bawah untuk membuat :



Beginilah rupa semakan tarikh luput lesen memandu yang telah saya buat.


1 comment: