02 April 2011

Apa Yang Peminjam Perlu Lakukan Pada Dokumen Pembiayaan Ujrah 1% PTPTN?


Entri ini mungkin membantu anda terutama peminjam yang ingin tahu apa yang perlu dilakukan setelah menerima e-mel yang mengandungi dokumen pembiayaan Ujrah dari pihak PTPTN. Anda juga boleh membaca pengalaman saya sewaktu menerima dokumen pembiayaan Ujrah pada bulan Januari yang lalu.
Mulai 1 Jun 2011, PTPTN telah mengemaskini Panduan Dan Peraturan Am Mengisi Surat Tawaran Pembiayaan, Dokumen Perjanjian dan Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan PTPTN. Panduan ini adalah yang terkini mengambil kira perubahan dasar Tanpa Penjamin. 

Di sini saya kongsikan secara terperinci apa yang perlu anda lakukan setelah menerima dokumen pembiayaan tersebut :

1. Mencetak satu set dokumen tawaran menggunakan kertas putih bersaiz A4 (80 gsm) dengan menggunakan satu muka kertas untuk setiap satu dan membuat salinan pendua (fotostat) sebelum pengisian dilakukan. 



Dokumen yang dicetak, salinan pendua & senarai semak dokumen

2. Mengisi dokumen dengan menggunakan pen/pen mata bulat (ball point) berdakwat  hitam atau biru sahaja. Sila rujuk bagaimana cara mengisi dokumen di bahagian bawah entri ini. 

3. Membeli 2 keping Setem Hasil RM10 yang boleh didapati di mana-mana cawangan pejabat pos seluruh Malaysia. 

 

Dua keping Setem Hasil RM10
3. Mendapatkan tandatangan individu yang layak  menjadi saksi dan mengesahkan Dokumen Sokongan seperti individu berikut :
a) Wakil Rakyat/Senator
b) Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
c) Pengamal Undang-undang
d) Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendamai
e) Pengetua/Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja)
f) Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas/Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas.
g) Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/Sidang/Pegawai
Pembangunan Mukim/Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung).
h) Untuk SABAH dan Sarawak – Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/
Kapitan/Pemanca/Pegawai Taman Sabah.
i) Pegawai-pegawai IPTS yang mendapat kebenaran bertulis daripada PTPTN.
4.  Melekatkan setem hasil RM10 pada setiap dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan dan membawa dokumen tersebut ke mana-mana cawangan Pejabat Duti Setem di seluruh Malaysia.
 

Beginilah rupa Setem Hasil yang sudah dicop

Kaedah mematikan Setem Hasil :
i) Membawa dokumen perjanjian yang telah dilekatkan Setem Hasil ke Pejabat Duti setem untuk dicop. Tarikh mati setem adalah tarikh dokumen perjanjian ditandatangani dan mestilah melebihi dari tarikh tawaran yang dinyatakan di Surat Tawaran.
ATAU

ii) Membayar cukai setem sebanyak RM10.00 setiap satu dokumen di Pejabat Duti Setem dengan membawa bersama-sama kesemua set dokumen perjanjian yang telah lengkap diisi.
PENALTI (DUTI SETEM) 

Pada amnya, sesuatu dokumen hendaklah disetemkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya disempurnakan dalam Malaysia atau dalam tempoh 30 hari selepas ia diterima dalam Malaysia sekiranya ia disempurnakan di luar Malaysia.
Sekiranya ia tidak disetemkan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti yang boleh dikenakan adalah seperti berikut;
  1. RM25.00 atau 5% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;
  2. RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;
  3. RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;
(Kadar di atas berkuat kuasa mulai dari 01/01/2003)

5. Dokumen yang telah dilengkapkan dan perlu dikembalikan segera kepada PTPTN ialah :

a) Senarai Semak Dokumen -1 set

b) 2 set bagi setiap dokumen berikut :
i. Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan
ii. Akuan Penerimaan
iii. Surat Kebenaran 1, 2 dan borang maklumat potongan gaji
iv. Dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang telah ditampal Setem Hasil atau dimatikan Setem Hasil
v. Dokumen Lampiran Pembiayaan Pendidikan
vi. Dokumen Jaminan (*tertakluk kepada pindaan)
vii. Surat Kebenaran Penjamin (*tertakluk kepada pindaan )
viii.Akuan Penjamin (pemohon dan kedua-dua penjamin dikehendaki untuk menurunkan tandatangan ringkas pada setiap helaian muka surat) (*tertakluk kepada pindaan)

* Sedikit perubahan telah dibuat oleh pihak PTPTN  

c) Dokumen sokongan (salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kematian/Surat Akuan)


Salah satu cara untuk menghantar dokumen kepada PTPTN


Dokumen di atas hendaklah DISERAHKAN melalui serahan tangan atau pos kepada PTPTN di alamat berikut :

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
WILAYAH PERSEKUTUAN
(u.p. Seksyen Penyelarasan dan Pemantauan)

A. Cara mengisi SURAT TAWARAN PEMBIAYAAN :

  • Semak semua maklumat yang terdapat di dalam Dokumen Tawaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN.
  • Turunkan TANDATANGAN serta TARIKH (Tarikh perjanjian ditandatangani) pada Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1, 2 dan borang maklumat potongan gaji.
B. Cara mengisi DOKUMEN PERJANJIAN PEMBIAYAAN :

  • Lekatkan setem hasil bernilai RM10 diruangan yang disediakan.
  • Tuliskan TARIKH PERJANJIAN DIMATIKAN SETEM pada ruangan di Bahagian I dan  turunkan TANDATANGAN. PELAJAR dan SAKSI 
C. Cara mengisi LAMPIRAN PERJANJIAN PEMBIAYAAN :

  • Turunkan tandatangan ringkas pelajar dan penjamin pada setiap muka surat pada ruangan yang disediakan. 
D. Cara mengisi DOKUMEN JAMINAN :

  • Penjamin mestilah terdiri daripada ibu kandung dan bapa kandung pelajar tanpa mengambil kira jumlah pendapatan. Sekiranya salah seorang atau kedua-duanya telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan, maka salinan sijil kematian atau surat akuan sumpah hendaklah disertakan.

40 comments:

  1. makasih.. info yg sangat membab2 sye sbagai student ni..

    ReplyDelete
  2. aku tak terima pun benda2 alah ni..

    ReplyDelete
  3. @Syuk Ry sama-sama. saya kongsikan maklumat ni berdasarkan pengalaman saya selepas menerima dokumen perjanjian Ujrah

    @kidfv ambik pinjaman PTPTN tak?

    ReplyDelete
  4. aku baru nak ini ujrah..dah singup tp tak isi borang lagi..

    dalam dilema sbb banyak sngt dengr tentang tipuhela ujrah..arghhh!

    ReplyDelete
  5. PTPTN....pinjaman pembelaran zaman kini

    ReplyDelete
  6. yang saya masih tak faham. contoh pejabat duti setem? saya kat kangar. macam tak pernah jumpa je pejabat duti setem tu.

    ReplyDelete
  7. Cik Laili,

    thanks for all your info. ALhamdulillah saya dah selamat pos kan semua document tu hari ini. tarikh perjanjian hari ini. tarikh matikan setem hari ini jugak.

    yay!

    ReplyDelete
  8. Cik Laili,

    Alhamdulillah saya dah berjaya pos document tu hari ini. Tarikh matikan setem hari ni dan tarikh perjanjian di sign pon hari ni.

    yay

    ReplyDelete
  9. Sara : pejabat duti setem tu juga dikenali sebagai Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri..

    ReplyDelete
  10. Laili, nak minta tolong boleh tak, saya cuma dapat surat tawaran sahaja, tetapi tak dapat panduan. saya nak minta laili tolong email kat saya Fail kedua - Peraturan Am Mengisi Dokumen Perjanjian Ujrah. email saya iaput80@gmail.com. kerjasama laili amatlah saya hargai sesangat2. tq.

    ReplyDelete
  11. Hi,

    Nak tanya yg dokumen sokongan tu hanya salinan IC (diri and dua penjamin) saja ka? Ada baca kat "panduan mengisi dokumen", dinyatakan memerlukan byk lagi dokumen sokongan lain seperti - salinan SPM, Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT, dll. Tapi kat "senarai semakan dokumen" yang mukasurat 1 tu hanya menyatakan salinan Kad pengenalan. Jadi I confuse lah.. Harap blh dapatkan nasihat u. Terima Kasih!!

    ReplyDelete
  12. SL : entri ini untuk dokumen pembiayaan Ujrah 1% yang mana peminjam telah membuat pinjaman yg sebelum ini dikenakan kos pentadbiran 3% atau 5%.

    menurut maklumat yg anda berikan :

    "Ada baca kat "panduan mengisi dokumen", dinyatakan memerlukan byk lagi dokumen sokongan lain seperti - salinan SPM, Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT, dll."

    saya rasa dokumen-dokumen tersebut diperlukan untuk pertama kali memohon pinjaman PTPTN. adakah anda baru hendak membuat pinjaman atau anda hendak membuat pertukaran kepada pembiayaan Ujrah 1 %?

    cuba ajukan soalan dalam forum PTPTN untuk keterangan lanjut.

    ReplyDelete
  13. Hi Laili,

    Saya ingin membuat pertukaran kpd pembiayaan Ujrah 1%. Jadi, tak payah dokumen sokongan yang lain-lain tu kan? Hanya salinan IC kan? Thanks so much for ur prompt reply!

    ReplyDelete
  14. SL : ha'a..hanya dokumen2 yg saya nyatakan dalam entri ini sahaja yang perlu anda hantar ke PTPTN.

    * rasa gembira kerana dapat membantu :)

    ReplyDelete
  15. Terima kasih!! Can't call them to verify at this hour so thank you sooooooo much!!

    ReplyDelete
  16. salam cik laili...sy baru dpt twran ujrah 2,3 hr yg lepas dan berkira2 untuk mengisi borang ni..dr apa yg sy bc kt penulisan cik laily kt senarai semak bhgn b)vi dan vii xda dlam senarai dokumen sy...?knp lain yeh?dan syaratnya perlu mencetak logo ptptn di muka surat pertama...tp borng yg ptptn bg xda pun logo ptptn..ke kita kena cari n cetak sendiri?? kadang2 terkonfius pun ada huhu..mcm2

    ReplyDelete
  17. salam cik laili, saya pun ada soalan yg sama macam me_myself tanya tu... ada pihak dah tanya PTPTN sendiri, tapi dia hanya jawab rujuk panduan pengisian UJRAH... sedangkan itulah yang mengelirukan dan buat saya tertanya2... perlu letak logo ptptn ke?

    ReplyDelete
  18. salam, cik laili...saya jugak ingin tanya soalan yg sama seperti me_myself... keliru bila dinyatakan "muka surat pertama setiap set dokumen tawaran yang dicetak atau difotokopi mempunyai logo PTPTN..."

    ada pihak sudah bertanya di forum ptptn tentang hal ni, tapi dia suruh rujuk panduan pengisian ujrah... sedangkan itulah syarat yang mengelirukan kami...

    ReplyDelete
  19. me_myself & LiSaSuKe's : untuk pengetahuan anda, saya telah menerima e-mail dari pihak PTPTN bagi pertukaran Ujrah pada bulan Januari 2011. Jadi saya tertakluk dengan senarai semak tersebut iaitu perlu disertakan sekali dokumen2 berikut :

    vi. Dokumen Jaminan
    vii. Surat Kebenaran Penjamin

    Pihak PTPTN telah buat sedikit perubahan bagi memudahkan peminjam yang mana dokumen-dokumen tersebut tidak perlu lagi disertakan. Kalau tak silap saya, perubahan ini diumumkan pada bulan Mei/Jun yg lepas. Jadi, anda hanya perlu hantar dokumen yg tersenarai dalam senarai semak yg anda terima itu sahaja :)


    Tentang logo PTPTN, jika lihat gambar di dalam entri saya ni anda perasan tak gambar logo pada surat tawaran tersebut? maksudnya..anda hanya perlu print set perjanjian (dah mmg sudah ada logo PTPTN) dan selebihnya perlu difotostat. itu saja..

    * harap penerangan saya ini dapat membantu :)

    ReplyDelete
  20. salam .. tumpang tnye yer ,
    if nk pos tuh dokumen2 tuh bole d lipat ke ?? atau pun kita kne gune kan sampul sazi a4 jgk ??
    thnx yer .. =)

    ReplyDelete
  21. w'salam. lebih baik jangan dilipat. gunakan sampul surat saiz A4 (sama saiz dgn dokumen pembiayaan)

    ReplyDelete
  22. terima kasih sebab kongsi info ni...saya sangat menghargainya,.. :-)

    ReplyDelete
  23. CeNDeRa KeNaRi : sama-sama. saya kongsikan maklumat ini untuk semua :)

    ReplyDelete
  24. borang penjamin yg mana 1 ek??? smua berapa page yg awk dpt???

    ReplyDelete
  25. pEnCARI cAHya : cuba semak dokumen yg ada perkataan 'penjamin'..

    utk makluman, saya telah menerima dokumen pembiayaan ujrah pada bulan Januari 2011. rasanya utk dokume yg diterima selepas bulan Jun, terdapat sedikit perubahan.

    ReplyDelete
  26. As salam Cik Laili,

    Terima kasih atas kesudian Cik utk berkongsi maklumat ttg cara2 utk mengisi dokumen ujrah ni.

    Saya dh grad, tapi masih belum bekerja. Pada borang pemotongan gaji, ade 4 Bahagian;

    1. BUTIRAN DIRI

    2. MAKLUMAT MAJIKAN (JIKA BEKERJA)

    3. PENGAKUAN TIDAK BEKERJA OLEH PENERIMA BIAYA

    4. PENGAKUAN PENERIMA BIAYA

    Oleh kerana saya masih belum bekerja, Bahagian 3 & 4 telah saya isi.

    Soalan : Adakah saya perlu mengisi bahagian 1? Dalam bahagian tersebut ade slot NO GAJI. Yang lain2 adlh maklumat biase mengenai diri. Cuma itu yang agak konfius, samada perlu atau tidak untuk mengisi bahagian 1 utk kes seperti saya.

    Diharapkan Cik Laili boleh memberikan jawapn segera. Terima kasih.

    ReplyDelete
  27. Nurul Nain : terima kasih juga kerana sudi singgah ke blog saya. saya menulis entri dlm bentuk perkongsian ilmu & pengalaman saya sendiri agar dpt membantu sedikit sebanyak pembaca yg lain.

    terus kepada soalan yg anda tanya. pada pendpt saya, anda perlu mengisi semua maklumat tersebut (dibahagian 1). hanya tinggalkan ruangan no. gaji memandangkan anda belum bekerja.

    saya pasti pihak PTPTN tentu faham memandang anda telah mengisi ruangan di bahagian 3. PENGAKUAN TIDAK BEKERJA OLEH PENERIMA BIAYA. sudah tentulah anda tidak memiliki no. gaji :)

    ReplyDelete
  28. as salam laili

    matikan stem kt LHDN shj yek, pejabat tanah x leh kan ngeeh ngeeh ngeeh

    aien nk tanya, apa yg d'maksudkan kte boleh matikan stem tuh sendiri?

    tq ^O^

    ReplyDelete
  29. aien : w'salam. ye. hanya di LHDN. pejabat tanah hanya untuk urusan pendaftaran & yg berkaitan dengan tanah.

    maksud matikan setem sendiri tu, anda boleh beli setem hasil di mana-mana cawangan pejabat pos & bawa ke pejabat duti setem untuk dimatikan. harap maklum ;)

    ReplyDelete
  30. Ciklaili sy nk Tanya..tarikh matikan setem dgn tarikh perjanjian kena sama ya?means kena matikan setem dull baru tulis tarikh perjanjian ya.

    ReplyDelete
  31. ya. terbalik tu. tulis tarikh dulu (tarikh anda nak pergi matikan setem) sebelum proses matikan setem dijalankan :)

    ReplyDelete
  32. salam..saya ade beberapa kemusykilan..saya baru hendak menghantar dokumen ini..tapi saya xpaham apa dimaksudkan PENALTI (DUTI SETEM) ? boleh terangkan degan lebih jelas lagi. lagi 1 mcm mana kalau saya dah tulis tarikh perjanjian tetapi belum matikan setem hasil? boleh ke di cancel kan tarikh itu dan tulis balik ikut tarikh mati setem? kedua-dua set dokumen ni dihantar dalam satu envelope or asing-asing?means dua envelope?
    thanks 4 the info n saya harap dapat maklum balas dari ciklaili

    ~jokey~

    ReplyDelete
  33. jokey, terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ;)

    saya cuba jawab soalan anda ye :

    1) xpaham apa dimaksudkan PENALTI (DUTI SETEM) ?

    - Pada amnya, sesuatu dokumen hendaklah disetemkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya disempurnakan dalam Malaysia atau dalam tempoh 30 hari selepas ia diterima dalam Malaysia sekiranya ia disempurnakan di luar Malaysia.

    Sekiranya ia tidak disetemkan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti yang boleh dikenakan adalah seperti berikut;

    RM25.00 atau 5% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;

    RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;

    RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;

    (Kadar di atas berkuat kuasa mulai dari 01/01/2003)

    boleh rujuk laman web LHDN

    2) mcm mana kalau saya dah tulis tarikh perjanjian tetapi belum matikan setem hasil? boleh ke di cancel kan tarikh itu dan tulis balik ikut tarikh mati setem?

    - tak jadi masalah jika anda menulis tarikh perjanjian tetapi belum dimatikan setem hasil selagi tarikh tersebut tidak melepasi 30 hari dari tarikh surat tawaran.

    3) kedua-dua set dokumen ni dihantar dalam satu envelope or asing-asing?means dua envelope?

    - hantar dalam satu sampul surat sahaja

    ReplyDelete
  34. salam kak laili.mira jumpa blog akak mase ngah crk info sal ujrah ni.mira dah bce komen2 sume,tp still xpuas hati.nk tnye sendiri jgk.hehe.mira da dpt email ujrah ni and mcm akak tunjuk dpt 2 dokumen.so dokumen tu la yg perlu mira print dan isikan??btol x??then kalau mira nak matikan setem hasil isnin depan 13hb 02 2012.so sume tmpt yg kene isi tarikh mira letak 13hb 02 2012??akak tlg jawab yea.tq so much..:))

    ReplyDelete
  35. amira : w'salam. terima kasih kerana sudi membaca entri & komen2 ttg ujrah. harap entri tu semua dpt membantu :)

    jawapan utk soalan amira tu : ya..tuliskan tarikh yg sama dgn tarikh matikan setem hasil

    ReplyDelete
  36. owh..oke kak..thans taw..really appreciate it.mmg sgt2 membantu mira blog akak ni..heeee..:))

    thanks again kak..

    ReplyDelete
  37. Laili, thanks for the information.
    Nak tanya, dalam panduan ptptn ada mention tentang yang dipapar di bawah:
    Setiap Salinan dokumen sokongan hendaklah dipalang dua (2) garisan lurus dan ditulis
    “Kegunaan PTPTN Sahaja”.
    Adakah ini diperlukan?

    ReplyDelete
  38. ciklaili, camane kalau kita takde borang potongan gaji, n selama ni kite bayar just transfer guna cimb clicks or maybank2 u je?

    ReplyDelete
  39. ciklaili,hai assalamualaikum. tumpang tya. utk ptptn tu. palang dua tu nak buat dekat mana??
    sebab ada dia nyatakan mcm ni: Setiap salinan dokumen sokongan di atas hendaklah dipalang dua (2) garisan lurus dan ditulis
    “Kegunaan PTPTN Sahaja”.

    boleh bagi contoh x?

    ReplyDelete