Tip Membeli-Belah Secara Online

Zaman sekarang sudah banyak kedai online / blog yang wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Apa yang anda perlukan, hanya perlu membuat carian melalui enjin carian (seperti google dan yahoo!) dan akan tersenarailah blog yang menjual pelbagai barangan seperti makanan, pakaian, peralatan, perkhidmatan dan macam-macam lagi. 


Pengalaman saya sendiri, ada kalanya saya lebih gemar membeli-belah secara online kerana masa dan tenaga dapat dijimatkan. Bayangkan waktu bulan puasa,  biasanya saya perlu bersesak dengan pembeli lain untuk memillih pakaian terbaik untuk anak, sedangkan dengan melayari internet saya boleh menjimatkan masa, tenaga dan tidak perlu bersesak memilih pakaian yang dikehendaki.

Berikut saya kongsikan beberapa tip membeli-belah secara online :

1. PC/laptop anda mestilah dilindungi dan dilengkapi dengan perisian anti virus yang dikemaskini untuk melindungi daripada perisian pengintip, virus dan lain-lain ancaman.

2. Membuat tinjauan atau perbandingan harga dari blog online yang lain  sebelum membuat pembelian. Lakukan seperti kebiasaan anda membeli di kedai-kedai biasa.

3. Hanya melakukan transaksi menerusi laman web yang selamat dan boleh dipercayai.

4. Cetak resit atau pengesahan pembelian. Sentiasa simpan pengesahan pembelian sehingga barangan yang dibeli itu sampai ke tangan anda.

* Selamat membeli-belah dengan SELAMAT

Post a Comment

0 Comments