12 January 2011

Terima Surat Tawaran Pembiayaan Ujrah 1% PTPTN


Entri ini adalah sambungan dari entri pengalaman saya mengemaskini maklumat PTPTN bagi Pembiayaan Ujrah 1%. Seperti yang saya nyatakan di dalam entri tersebut, pihak PTPTN akan mengeluarkan dokumen tawaran pada 10hb setiap bulan selepas proses mengemaskini maklumat dijalankan oleh peminjam.

Memang betul, email yang saya terima ini bertarikh 11 Januari 2011. Tahniah PTPTN..tak perlulah saya menunggu lebih lama. Ini adalah petikan dari entri yang lepas :

PTPTN akan mengeluarkan dokumen tawaran akan pada 10hb setiap bulan. Bagi peminjam yang telah mendaftar dan mengemaskini pada bulan semasa, dokumen tawaran akan dikeluarkan pada 10hb bulan yang berikutnya.
E-mail dari PTPTN
Ada dua fail yang dilampirkan bersama-sama e-mail ini dan saya buka satu persatu :

1.  Fail Pertama - Surat Tawaran Pembiayaan Ujrah dan dokumen pinjaman yang lain. Anda boleh lihat contoh Surat Tawaran saya seperti gambar di bawah :

Surat Tawaran Pembiayaan

2. Fail kedua - Peraturan Am Mengisi Dokumen Perjanjian Ujrah.
Ada 24 muka surat semuanya. Kenalah baca satu persatu.

* Untuk lebih faham, anda dinasihatkan untuk membaca entri Apa Yang Peminjam Perlu Lakukan Pada Dokumen Pembiayaan Ujrah?


Secara ringkas apa yang perlu dibuat selepas menerima e-mail dari PTPTN :

1. Cetak Dokumen Tawaran (jumlah mengikut senarai semak yang dilampirkan bersama) menggunakan kertas putih bersaiz A4 (80 gsm) dengan menggunakan satu muka kertas untuk setiap satu.

2. Cetak Peraturan Am Mengisi Dokumen Perjanjian Ujrah (sebagai panduan semasa mengisi Surat Tawaran).

3. Melengkapkan Dokumen Tawaran, mendapatkan tanda tangan saksi dan pengesahan dokumen sokongan.

4. Menyediakan Setem Hasil berharga RM10.00 setiap satu untuk setiap set Dokumen Tawaran. Setelah dilengkapkan, Setem Hasil tersebut dimatikan dengan membawa Dokumen Perjanjian Pembiayaan yang telah dilekatkan Setem Hasil ke Pejabat Duti setem untuk dicop.

5.  Menyerahkan dokumen yang telah lengkap (rujuk senarai semakan dokumen yang perlu diserahkan mengikut turutan) melalui serahan tangan atau pos kepada PTPTN dalam tempoh 90 hari dari tarikh Surat Tawaran.


PERHATIAN :

Pihak PTPTN berhak menolak dokumen yang tidak lengkap, tidak kemas, kotor dan terlalu banyak kesilapan serta saksi yang tidak layak.

74 comments:

  1. kak laili..adakah pembayaran bulanan akak byk? atau kak laili sgt konsisten dlm melunaskan hutang ptptn tersebut tidak sperti saya..hahahahah

    ReplyDelete
  2. er..rahsia. sebab tu kak leli tak tunjukkan. heheh! yg penting jumlah pembayaran masih mampu lagi untuk dibayar :)

    ReplyDelete
  3. birthday kita sama, belajar di uni yg sama.. =)

    ReplyDelete
  4. Rozana : iye ke? course sama tak? lahir tahun bila?

    ReplyDelete
  5. boran maklumat potongan gaji tu wajib kene isi jugak ker?

    ReplyDelete
  6. cuba baca panduan mengisi dokumen ujrah. sekiranya bekerja sendiri, tidak perlulah diisi. tapi, kalau makan gaji, mmg perlu diisi.

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Saya jumpa blog saudari slps gugel pasal ujrah PTPTN ni, terus saya singgah. Bagus betul infonya.
    Saya pun salah seorg peminjam PTPTN.

    Nak tanya pendapat awak pasal ujrah ni? berbaloi tak?

    Roslina

    ReplyDelete
  8. terima kasih. saya suka kongsi ilmu & pengalaman dgn pembaca blog. manalah tahu berguna utk yg lain..

    berbaloi mcmmana tu?

    ReplyDelete
  9. terima kasih untuk post2 nie..

    kalau tak,saya tak perasan ttg 90Hari tue, malangnya, saya cuma sedar ttg 90Hari nie pada hari ke 100,jadi maknanya ujrah saya x dpt ke?

    saya ada jumpa nie jugak, boleh jelaskan tak yg mana satu betul,ternampak surat tawaran bachelor of law, kot2 la boleh explain lebih lanjut.


    terima kasih




    http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

    ReplyDelete
  10. pada fahaman saya, jika dokumen tersebut tidak diserahkan kembali kpd pihak PTPTN, tandanya anda tidak bersetuju dgn Ujrah 1% tu. cuba hubungi pihak PTPTN untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete
  11. as salam....sy kurang faham mengenai tarikh....kenapa cth yang diberikan tarikh tawaran dan tarikh surat perjanjian perlu awalkan ke?...cth tarikh surat tawaran 10/1/2011..so tarikh yg kite letak 1/1/2011? btul?

    ReplyDelete
  12. reefa : wassalam. saya rasa tarikh itu sekadar contoh sahaja. tarikh yang patut ditulis ialah tarikh semasa anda menandatangani dokumen perjanjian tersebut.

    * tip & panduan : lebih baik matikan setem sama tarikh dengan tarikh anda tandatangani dokumen tersebut atau dalam tempoh 30 hari (sebulan). kalau lewat dari tarikh, denda akan dikenakan.

    ** siapa yg lebih arif, sila betulkan kalau kenyataan saya salah. ini berdasarkan pengalaman saya sebelum ini :)

    ReplyDelete
  13. Hai Cik Laili! Thanks a lot for the infos! Nak tanya la tahu x password yang dia bagi skali dalam email surat tawaran tu untuk semak apa yea? Dah try tak? Saya cari gak nak login kat mana tapi x ada la plak...

    Thanks for your help! Semoga Allah memberikan pahala yang berlipat ganda kepada anda kerana bantuan yang diberikan!

    ReplyDelete
  14. -Diana : saya tahu ramai yang cari maklumat ttg Ujrah jadi saya nak kongsikan apa yg saya tahu & faham. harapan saya sedikit sebanyak maklumat yg saya berikan ini dapat membantu peminjam PTPTN lain.

    ok, nnt saya buat entri tentang password yg PTPTN bagi tu ye. tunggu :)

    ReplyDelete
  15. Salam Cik laili,

    Kwn2 ramai btanya ttg prosider ujrah. jadi sy 'share link' blog cik laili. terima kasih byk atas semua info.

    ReplyDelete
  16. Silakan :)

    * sama2 berkongsi maklumat

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum... saya terbaca blog cik mengenai UJRAH.. ingin bertanya sedikit sb saya baru dapat tau mengenai pembayaran UJRAH PTPTN ini.

    1.Adakah bila kita mendaftar UJRAH, secara automatiknya bayaran akan dibuat secara potongan gaji?

    2. Adakah jumlah pembayaran setiap bulan boleh ditetapkan oleh kita sendiri? contohnya kita ingin bayar RM 500 sebulan. Sb saya dimaklumkan, bayaran minimum RM 50 (dan saya tak tau berapa bayaran maksimum yg boleh dbuat)...

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  18. Waalaikumussalam.

    Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Saya cuba jawab soalan tu ye :

    1. Jawapannya TIDAK. Mendaftar UJRAH hanya membolehkan kita mendapatkan dokumen perjanjian yang baru. Selagi dokumen tersebut TIDAK ditandatangani oleh PEMINJAM & PENJAMIN, dimatikan setem & dihantar semula kepada pihak PTPTN, anda masih tertakluk dengan syarat perjanjian yg lama.

    Potongan gaji hanya akan berkuatkuasa sekiranya anda bersetuju untuk membuat pembayaran dengan cara tersebut (borang potongan gaji dilampirkan sekali bersama dokumen pembiayaan UJRAH)

    2. Saya tidak pasti sama ada pembayaran setiap bulan boleh ditetapkan oleh kita sendiri ataupun tidak. Apa yang saya tahu, di dalam perjanjian UJRAH telah dinyatakan berapa bayaran bulanan & tempoh pembayaran baru yang ditetapkan oleh PTPTN (rujuk gambar surat tawaran saya). Sekiranya peminjam tidak mampu membayar, rayuan boleh dibuat kepada PTPTN.

    Untuk maklumat lanjut, boleh ajukan soalan melalui forum PTPTN.

    ReplyDelete
  19. terima ksih k. laili..info ini sangt berguna utk sy sbb sy agk keliru tntng sistem ni..

    ReplyDelete
  20. Hi Laili,

    Apa khabar.
    Sekiranya saya bersetuju untuk pembayaran melalui potongan gaji, apa akan terjadi jika saya bertukar majikan?

    Contohnya, semasa mengisi borang, maklumat majikan ialah Majikan A. Dalam masa 6 bulan - 1 tahun, saya telah bertukar kepada Majikan B.

    Adakah saya perlu mengisi borang atau menghubungi PTPTN?

    ReplyDelete
  21. Saya sihat walafiat.

    Anda boleh ajukan soalan ini melalui forum PTPTN. mereka lebih arif tentang ini :)

    ReplyDelete
  22. Hi Laili,

    Apa khabar, semoga sihat selalu.
    Sebagai info kepada semua, pagi tadi saya baru aje call kat PTPTN, tanya tentang potongan gaji.

    Dimaklumkan potong gaji melalui majikan adalah tidak compulsary. Maksudnya, kita boleh bayar melalui potongan bank account.

    Dalam borang potongan gaji maklumat majikan, kita cuma perlu isi Butiran 1 and 4.

    Lepas itu, kita kena tunggu maklumbalas dari PTPTN selepas kita dah hantar surat tawaran kita.

    Kamu boleh call kat PTPTN kalau nak confirm ni dengan mereka.

    ReplyDelete
  23. terima kasih atas maklumat tu. sangat membantu saya & pembaca lain :)

    ReplyDelete
  24. nk tanya...kan emel dr ptptn tu ader letak untuk semakan penyata masukkan no k/p n kata laluan?kat maner ye nak cari page tu?

    ReplyDelete
  25. salam.sy baru saja dpt reply dari ptptn dpt tukar ujrah ke 1%.nak tanya,untuk tarikh perjanjian tu,letak tarikh skrg atau tarikh perjanjian memula pinjam ptptn?

    tqvm.

    ReplyDelete
  26. @didi wassalam. tuliskan tarikh semasa anda menandatangani perjanjian Ujrah yang baru.

    contoh : anda tandatangan perjanjian pada hari ini, jadi tuliskan tarikh 01/04/2011.

    * cuba rujuk balik Peraturan Am Mengisi Dokumen Perjanjian Ujrah yang dihantar bersama-sama surat tawaran.

    ReplyDelete
  27. sapa2 yang dah buat pertukaran ujrah ni leh la buat calculation skit cam aku buat.
    xtahu la untung ke rugi
    tepuk dada tanya selera

    ReplyDelete
  28. saya baru meminjam ptptn pada tahun bulan 7 tahum 2010 . bagaimana hendak tukar ke ujrah ? adakah seperti yang dinyatakan iaitu selepas tamat pengajian baru akan ditawarkan ? -sangsi-

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum semua. Terima kasih untuk info anda semua. saya masih keliru di mana hendak mematikan setem hasil? dia kata pejabat duti setem. kalau saya beli setem tu di post office. adakah nak matikan pon di sana?

    ReplyDelete
  30. tanpa nama : sila rujuk entri saya sebelum ini, hanya peminjam yg telah tamat belajar yg boleh memohon ujrah..

    Sara : sila rujuk entri Apa Yang Peminjam Perlu Lakukan Pada Dokumen Pembiayaan?.

    kalau beli setem hasil di pejabat pos, untuk matikan setem memang kena buat di pejabat duti setem. ada cara lain untuk matikan setem & saya ada nyatakan dalam entri tersebut.

    ReplyDelete
  31. Sy dpt pinjaman PTPTN pd tahun 2006, hanya utk 2 tahun. Tempoh pinjaman sy dah tamat tetapi sy masih belum tamat belajar (sy extend). Jadi sy tak layak untk mohon Ujrah ni?

    sy baru sahaja terima poskad kaler biru dr PTPN yg bercetak; TAWARAN PERTUKARAN PINJAMAN UJRAH sebentar tadi.

    Dan pd poskad itu, tertulis bhawa sy didapati layak utk dipertimbangkan pertukaran ini dan perlu mengamaskini maklumat tambahan di laman web PTPTN selewat-lewatnya pd 31 Mei 2011, iaitu hari ini.

    Tempoh pinajaman sy selama 2 tahun telah pun tamat, tetapi sy masih belum tamat pengajian, dan sy masih belum bekerja.

    Apa perlu sy buat?
    Sy layak memohon?

    ReplyDelete
  32. Laili, nak minta tolong boleh tak, saya cuma dapat surat tawaran sahaja, tetapi tak dapat panduan. saya nak minta laili tolong email kat saya Fail kedua - Peraturan Am Mengisi Dokumen Perjanjian Ujrah. email saya iaput80@gmail.com. kerjasama laili amatlah saya hargai sesangat2. tq.

    ReplyDelete
  33. Tanpa Nama : boleh aje. saya dah pun e-mailkan Peraturan Am Mengisi Dokumen Perjanjian Ujrah ke alamat e-mail yang anda berikan :)

    ReplyDelete
  34. salam saya kurng faham mengenai matikan setem sama tarikh dengan tarikh anda tandatangani dokumen tersebut atau dalam tempoh 30 hari sebulan..boleh x jelaskan coz skrng i tgh isi form tu.

    ReplyDelete
  35. contoh : jika anda tandatangan pada 1/6/2011 dan matikan setem pula selepas sebulan dari tarikh tersebut, anda bakal dikenakan denda lewat matikan setem. sebab tu digalakkan untuk matikan sama tarikh dengan anda tandatangan atau dalam tempoh 30 hari (sebulan).

    harap anda boleh faham apa yg saya sampaikan :)

    ReplyDelete
  36. salam..miss laili..saya frust sgt..saya dah buat pertukaran tpi blum dapat jawapan .saya buat pertukaran ujrah bln 4 tp still xde tawaran dpd ptptn..mcmna yaer???risau saya

    ReplyDelete
  37. cuba check e-mail anda sewaktu membuat kemaskini maklumat. check sekali spam e-mail ye. kadang2 boleh termasuk dlm tu..

    ReplyDelete
  38. cik laili...huhu sy baru prasan yg sy punya surt twarn dah lebih 90 hari...xbley nak apply blk ke?? huhuhu sedey nyer..

    ReplyDelete
  39. SzuLisa : saya tak pasti boleh buat permohonan sekali lagi atau tidak. cuba ajukan soalan melalui forum PTPTN. mereka akan jawab pertanyaan anda :)

    ReplyDelete
  40. salam..

    cik laili..nak tnyela..sye bru je dpt tawaran utk tukar pd pakej ujrah..
    tempoh bayaran balik adalah 120 bulan mulai 1 jun 2008...means dr jun 2008 hingga ke tahun 2011 tunggakan yg belum dibayar kita kne byar lum sum atau kita hanya start byar ble tawaran siap di proses mengikut amount yg ada dlm surat twaran?..so 120 bulan start selepas twaran di proses?atau amount bulanan yg ditetapkn 2 sudah dikire dr mulai 1 jun 2008?cukup 120 blan dr jun 2008 pinjaman kite akan selesai jika kita consistant bayar ikut amount yg ditetapkan?...xfahamla..bole x cik jelaskn?...sbb surat twaran cik pon start on 2008 kan..

    ReplyDelete
  41. zila : saya cuba jawab mengikut pengalaman saya ye. untuk lebih jelas kenalah tanya pegawai PTPTN melalui forum PTPTN. anda boleh terus click SINI untuk ke forum PTPTN.

    1) tempoh bayaran balik adalah 120 bulan mulai 1 jun 2008...means dr jun 2008 hingga ke tahun 2011 tunggakan yg belum dibayar kita kne byar lum sum atau kita hanya start byar ble tawaran siap di proses mengikut amount yg ada dlm surat twaran?

    * saya cadangkan anda kira dulu amaun tersebut sehingga ke tarikh terkini.

    contoh : RM250 sebulan dari 1/6/2008 - 1/8/2011 (50 bulan)

    50 bulan (dari 1/6/2008 hingga 1/8/2011) x RM250 (amaun bayaran bulanan) = RM12,500

    kalau nak senang kira, saya nasihatkan supaya bayar lump sum seperti kiraan di atas kerana secara logiknya jumlah yg sepatutnya dibayar adalah jumlah tertunggak. apa2pun kita kena selesaikan jumlah tertunggak dahulu & kemudian bolehlah membuat bayaran setiap bulan mengikut amaun yg tercatat di surat tawaran.

    ** dalam kes saya, saya buat bayaran secara lump sum selepas pihak PTPTN memproses permohonan Ujrah saya. alhamdulillah, bayaran tersebut telah diterima oleh pihak PTPTN.

    2) amount bulanan yg ditetapkn 2 sudah dikire dr mulai 1 jun 2008?cukup 120 blan dr jun 2008 pinjaman kite akan selesai jika kita consistant bayar ikut amount yg ditetapkan?

    * jawapannya sudah tentu YA! jika anda bayar secara konsisten, insya Allah jumlah baki pinjaman akan diselesaikan mengikut apa yg terkandung di dalam perjanjian.

    saya harap penjelasan ini dapat menjawab soalan2 anda. kalau tidak berpuas hati, bolehlah ajukan soalan kepada pegawai PTPTN yg sedia membantu :)

    ReplyDelete
  42. salam cik laili...boleh tak nak mintk tlg cik lily sendkan peraturn mengisi dokumen perjanjian ni kt alamt emel ni mymia_maya@yahoo.com didahului ucpn trima ksh...:)

    ReplyDelete
  43. xda feedback pun...=( hrp cik laili dpt membantu

    ReplyDelete
  44. w'salam. minta maaf sebab lambat reply. saya akan e-mailkan hari ini :)

    selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  45. hye
    cuma nak tanya kalau saya kerja under contract dan majikan saya bersetuju bayar pinjaman ptptn.. boleh bantu sya?

    ReplyDelete
  46. Jessy : berapa lama tempoh kontrak tersebut? sebenarnya anda ada pilihan sama ada untuk membayar melalui potongan gaji atau membayar sendiri (duit dari pendapatan gaji tersebut).

    ReplyDelete
  47. hi cik laili...sy juga slh stu drpd peminjam ptptn ni...dn skrg sy bru shj isi sistem ujrah tu dlm bln ni,,adaka sy sempat utk sistem ujrah ni? dn skrg sy masih mnunggu respon dripda webmaster, utk mnyatakn sy brjaya or x,,apa sy perlu lakukn??. thx kak laili=)

    ReplyDelete
  48. bila saya baca maklumat terkini dari laman web PTPTN, tarikh akhir untuk mengemaskini adalah pada 30 September 2011.

    jadi jika anda telah mengemaskini sebelum tempoh tersebut, berkemungkinan permohonan anda akan disemak oleh pihak PTPTN & hanya perlu tunggu e-mail dari mereka.

    tapi jika anda mengemaskini selepas tarikh tersebut, rasanya pihak PTPTN akan menganggap anda tidak berminat terhadap pembiayaan Ujrah ini.

    ReplyDelete
  49. salam cik laili.. just nak inform semalam saya dapat sms dari PTPTN yang menyatakan pertukaran ujrah saya kepada 1% dah berjaya... Thanks untuk info cik laili yang guide saya sampai urusan ni sempurna..

    ReplyDelete
  50. Sara : w'salam. alhamdulillah..saya hanya membantu kawan2 :)

    * saya pun baru terima SMS dari PTPTN.

    ReplyDelete
  51. alhamdulillah...

    bukan apa.. hari tu saya ajak sorang kawan ni apply.. dia kata tak mau.. benda tu tipu org je... then saya tanya la.. mana tau tipu...?? dia kata org cakap...

    so saya tak nak terpengaruh, saya just apply je.. skali alhamdulillah dapat... so tak mungkin la tipu.. so kepada sapa2 yang masih ragu2... saya nak nyatakan la.. benda ni tak tipu... =)

    ReplyDelete
  52. Sara : terpulang kepada pendirian masing2. pilihan di tgn sendiri. pada saya org yg berhutang tetap kena bayar hutang, kan? ujrah ni lebih baik dari 3% yg kena bayar sebelum ni.

    * kalau kawan tu nak dapatkan maklumat ttg ujrah ni, boleh rujuk blog saya ni :)

    ReplyDelete
  53. salam,tumpang tanya..
    cara nak matikn setem hasil mmg kena pergi LHDN je ea?

    btw,nice entry..=)
    -diyana-

    ReplyDelete
  54. diyana : w'salam. ha'a..memang kena ke sana :)

    ReplyDelete
  55. as salam,
    kalau tarikh perjanjian contohnya 7/9/2011 tapi tarikh matikan setem 8/9/2011 xpe ke?

    btw,entry ni mmg sgt membantu..smoga Allah membalas jasa cik laili...salam ukhuwah dr saya..

    ReplyDelete
  56. dd : tak jadi masalah sebab beza sehari aje :)

    * saya berkongsi pengalaman dgn semua. mudah-mudahan sedikit sebyk pengalaman & maklumat ujrah yg dinyatakan dlm blog ini dpt membantu peminjam PTPTN yg lain :)

    ReplyDelete
  57. salam cik laili, dari entry ni, saya dapati ujrah cik dah selesai. Adakah bayaran bulanan bertambah dari sewaktu pinjaman 3%?

    Sebab ada yang cakap di samping kena bayar pinjaman + 1% ada lagi tambahan insurans coverage. Betul ke?

    Saya dengar ada tambahan lebih kuran rm35 sebulan untuk 1% berbanding 3% kerana insurans.

    Sememangnya klaus mengenai insurans ada dalam no 4 syarat tawaran.

    ReplyDelete
  58. salam kak laili, sy dah tersilap isi tarikh tandatangan perjanjian, sy letak tarikh surat tawaran (10/06/2011) padahal semua dokumen dicetak pada bulan 7 selepas tarikh tu. how to do correction on this?

    lagi satu esok dah genap 3 bulan dokumen ni berada kat sy. adakah sy akan dikenakan tindakan sebab lewat submit dokumen, atau apa2 tindakan lain contohnya berkaitan dengan setem hasil, etc.

    terima kasih kak sudi selesaikan kekeliruan ni. :/

    ReplyDelete
  59. Nini : w'salam Nini. dah matikan setem ke belum? jika belum mungkin anda akan dikenakan denda semasa mematikan setem oleh kerana telah melebihi 30 hari dari tarikh surat tawaran (10/6/2011). jangan risau, denda bukanlah mahal sgt :)

    tentang tempoh 90 hari yang pihak PTPTN berikan, saya cadangkan anda berhubung terus dgn pegawai PTPTN untuk memaklumkan kelewatan pengantaran dokumen tersebut. jika dibiarkan saja, sudah tentu pihak PTPTN menganggap anda tidak berminat untuk bertukar ke pembiayaan Ujrah.

    * kalau nak cepat, courierkan saja dokumen yang telah lengkap..jika tolak sabtu & ahad, insya allah boleh sampai minggu depan :)

    ReplyDelete
  60. lily, akak ucap bebnyk tk atas maklumat , tapi kak tetap risau belum dapat sms/emel ujrah 1%. sabo je le..

    ReplyDelete
  61. sama-sama. takpe, jgn risau. mungkin permohonan anda sedang diproses oleh pihak PTPTN :)

    ReplyDelete
  62. as salam kak lili...sy ad msalah dgn emel yg saya isi dalam brg untuk update xboleh bukak la...mcm mane ek???time kseh akak...

    ReplyDelete
  63. salam laili, minta pencerahan adakah bayaran balik ujrah nanti akan ditambah tunggakan dari 2008 tu hingga sekarang? (saya tidak konsisten membayar sepanjang 2008 hingga skrg, tawaran ujrah terkini = rm14x) adakah potongan nnt kekal rm14x atau lebih?

    ReplyDelete
  64. 1. w'alam. kalau boleh pastikan anda guna e-mail yg aktif semasa mengemaskini maklumat. saya cadangkan anda kemaskini menggunakan e-mail yg tidak bermasalah :)

    2. w'salam. rasanya lebih baik bertanya kepada pegawai PTPTN sendiri. anda boleh ajukan soalan melalui forum PTPTN. maaf, saya takut tersilap memberi penjelasan nnt.

    ReplyDelete
  65. salam...kak laili...nk tnya...sy bru thu mengenai ptptn ujrah ney..dh ttp ker tarikh permohonan ney...??mcm mne nk mohon nyer??

    ReplyDelete
  66. ila : w'salam. sebenarnya tarikh tutup permohonan Ujrah dah pun berakhir pada 30/9/2011. cuba hubungi pihak PTPTN sendiri sama ada anda boleh membuat permohonan atau tidak :)

    ReplyDelete
  67. aslmkum..tq 4 the info..sy baru je dpt tawarn ujrah nie semalam..yg lain macam dah faham..tp yg matikan stem..perlu same kan tarikh kita sign dengan tarikh matikan stem?tp misalnya tarikh sy dan saksi(wakil rakyat)sign tak sama tarikh matikan stem boleh ke?sebab kadang2 tak dapat terus sign saksi pada hari yg sama..then dah dapat sign saksi,kita minta matikan stem hari esoknya..tak ape ke?even tak sama dengan tarikh kita sign..TQ..Allah bless u..amin :)

    ReplyDelete
  68. Waalaikumussalam.

    Terima kasih kerana menjadikan entri saya ni sebagai panduan. moga dapat manfaat bagi yg lain juga.

    Jawapan pada soalan anda :

    tiada masalah sekiranya tarikh tandatangan saksi tidak sama dengan tarikh matikan setem. seeloknya biarlah semua tarikh dalam surat pembiayaan tu sama.

    saya cadangkan anda tandatangan di ruangan/bahagian peminjam dahulu (tanpa menulis tarikh), kemudian dapatkan tandatangan saksi & tulis tarikh sama dgn tarikh saksi. Lepas tu terus bawa dokumen ke pejabat duti setem untuk dimatikan setem hasil tersebut.

    yang akan menyebabkan penalti duti setem jika anda matikan setem melebihi 30 hari dari tarikh surat tawaran. itu saja..

    ReplyDelete
  69. As salam.. Sy nak tnya tentang penyata ujrah. dia ada letak bayaran takaful. benda tu untuk apa? kita yang bayar kan ker?

    ReplyDelete
  70. i dont like to comment, but your post made my day and so i shall!

    ReplyDelete
  71. Just nak tanya, sy ada dpt surat tawarn ujrah ni, tapi tertangguh sebap,,, kenap ada upah untuk dokumentasi charge 10K??? Sy faham 1% ujrah tu dia kurangkan interes bulanan, dan bayaran bulanan, tapi cth la,,, klu pinjaman 20K, bila apply ujrah + 10K upah dokumentasi, hutang akan bertambah ke 30K ke??? Tapi untuk bayar balik bulanan tu berkurang la kn??? Sy tak faham, bila kol ptptn,,, smua jwp mcm blur jer,,, actually drng sndiri pn tak pasti,,, blh tolong tak,, berbaloi ke apply ujrah ni??? thanks

    ReplyDelete
  72. Alamak xtau lak kena 80 gsm...sbb main print je kat kedai...dah sign saksi lak tu...cmne nak buat ek

    ReplyDelete