Panduan Bercuti Dengan Kos Minimum

on May 26, 2013

Cuti pertengahan tahun 2013 sudahpun bermula. Mungkin ramai yang sudah merancang untuk pergi melancong ke luar negara, dalam negeri atau ke mana saja destinasi percutian. Di sini saya kongsikan sedikit maklumat yang boleh dijadikan sebagai panduan bercuti dengan kos yang minimum.

 
Ke mana destinasi percutian anda?

Buat perancangan awal

Rancang percutian keluarga lebih awal, sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan lebih awal daripada tarikh ingin bercuti. Ia untuk memastikan anda cukup masa memilih destinasi, tempat penginapan dan pengangkutan yang sesuai dan menjimatkan.

Tentang kewangan, peruntukan sejumlah wang untuk aktiviti tersebut setiap bulan. Misalnya, ketepikan dua atau tiga ratus setiap bulan. Pasti bila tiba masanya, wang tidak lagi jadi masalah.

Tempat penginapan

Pilih tempat penginapan yang sesuai dengan kuantiti keluarga anda. Jika ahli keluarga kecil, bilik hotel atau chalet sangat sesuai. Tetapi untuk keluarga yang besar, pemilihan apartment mungkin dapat meminumkan kos.

Memasak sendiri makanan

Ini sungguh menjimatkan. Terutamanya bagi keluarga yang besar. Pilih apartment yang mempunyai dapur untuk memasak. Anda boleh membawa barangan keperluan memasak dari rumah. Jadi, tidak perlu membelinya di tempat percutian kerana harganya mungkin mahal sedikit.

Jika tinggal di hotel bawa sendiri makanan atau minuman ringan kerana apa yang disedikan dalam mini  bar akan dikenakan bayaran yang mahal dibandingkan dengan harga di luar.

Masak makanan yang ringkas

Jika memilih untuk memasak sendiri, tidak perlu menyusahkan diri memasak hidangan yang susah. Pilih sahaja masakan yang ringkas dan mudah.

Bawa bekal

Berjalan dengan kanak-kanak memang banyak kerenahnya. Apa yang dilihat pasti mereka hendak beli. Pastikan sebelum berjalan, anda sudah memberi mereka makan atau bawa sendiri makanan ringan yang menyihatkan dalam beg anda.

Beli yang perlu 

Bila melancong pasti ada sahaja buah tangan yang hendak dibeli. Belilah barangan yang tidak ada di tempat kita ataupun yang setimpal dengan harganya. Jangan biarkan diri tertipu dengan pelbagai tawaran. Ingat! Berbelanja ikut keperluan bukan kemahuan.
  
* Sumber : Majalah Pa&Ma

Ranking: 5

14 Comment:

  1. Seronoknya cuti sekolah. Cik laili nk berjalan ke mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama teringin nak ke sana bawa anak. Tapi, mengenangkan oanas dan jem...

      Wahhhhhh... seronoknya!

      Delete
    2. tahun lepas tak dapat pergi sebab baru habis pantang bersalin. anak pun dah masuk setahun, bolehlah bawa jalan2.

      Delete
  2. Kawan-kawan saya ramai yang nak ke Gold Coast Morib... murah and tak jauh.. :).. saya sendiri baru balik last CNY

    ReplyDelete
  3. Masih boleh melawat tempat-tempat menarik. Perancangan itu penting dan membawa bekal dari rumah dapat menjimatkan perbelanjaan.

    ReplyDelete
  4. tq share panduan bercuti..mmg ade plan nk bercuti..cuti sekolah nanti.

    ReplyDelete
  5. kid ni pun nak bercuti jalan2 jugak lah... cameron.. ermmmm....

    ReplyDelete
  6. AmiRini dah praktikan benda ni... mmg jimat especially kos makanan..
    terbaik Cik Laili...

    ReplyDelete
  7. salam cikgu laili..
    saya cikgu dok Puchong ni...
    cadangkan kat saya tempat2 menarik untuk snap gambar musim cuti sekolah bulan 3 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam cikgu Nabil.

      28 - 31 Mac ni 5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta di Putrajaya. cikgu Nabil dah dekatlah dgn Putrajaya tu. jumpa di sana :)

      Delete
  8. biasanya saya rancang perjalanan dulu baru bergerak dan pastikan poket penuh hhihi

    ReplyDelete
  9. melancong/bercuti dgn treler yg panjang mcm kami, alhmdllh dah agak khatam bab ni... ;)

    ReplyDelete

 
© ciklaili.com All Rights Reserved