Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2013


Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) telah menganjurkan Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2013 seperti tahun-tahun sebelum ini. Pada tahun 2012, sekolah saya telah turut serta dalam pertandingan ini dan menghantar hasil karya pelajar tingkatan 4 (berkumpulan). Walaupun tidak berjaya mendapat sebarang tempat, tetapi daya usaha pelajar-pelajar ini harus dipuji dan dicontohi.


Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2013 terbuka kepada 4 kategori :

1. Institusi Pengajian Tinggi / Maktab Perguruan / Orang Awam : Perseorangan sahaja
2. Tingkatan 6 / Matrikulasi : Perseorangan sahaja
3. Tingkatan 4 - 5 : Perseorangan atau berkumpulan 
4. Tingkatan 1 - 3 : Berkumpulan

Antara syarat-syarat penyertaan :

1. Karya hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.

2. Panjang karya adalah seperti berikut :

IPT / MP / Peserta Awam : 7000 - 10,000
Matrikulasi / Tingkatan 6 : 4000 - 7000
Tingkatan 4 - 5 : 3000 - 6000
Tingkatan 1 -3 : 1500 - 3000

3. Karya mestilah hasil kajian atau penyelidikan asal. Sumber sejarah hendaklah berdasarkan lisan, dokumen dan artifak.

4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2013.

Untuk maklumat lanjut, sila click Brosur Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2013.

Post a Comment

21 Comments

  1. Antara subjek kegemaran ketika dibangku sekolah dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah..saya pun suka subjek Sejarah juga & sekarang menjadi cikgu Sejarah tingkatan 4 & 5

      Delete
  2. pernah menulis esei sejarah 20 tahun lepas, maklum ler subjek paling favourite....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah cuba menulis esei Sejarah Malaysia pula..

      Delete
  3. Fuh, karya mestilah hasil kajian tu yang berat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya tak berat pun jika dibuat mengikut perancangan yang teliti..

      Delete
  4. Saya pun suka sangat menulis. Ada sekali tu saya tulis surat, kawan saya kata dia suka sangat baca karangan surat tu. Tapi sekarang kebolehan buat karangan yang sedap dibaca dah hilang dah pasal lama tak menulis yang bagus2 masa zaman sekolah dulu. huhuhu....

    ReplyDelete
  5. bab nak kaji tu yang malas. kalau tak, leh gak try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena hilangkan rasa malas tu dululah..

      Delete
    2. masalahnya memang dah terlalu malas nih. haha..

      Delete
  6. no.3 memang mencabar sikit, fakta mesti betul maknanya sumber rujukan mesti betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a..boleh jugakan 3 sumber untuk dapatkan maklumat :
      1. lisan
      2. dokumen
      3. artifak

      Delete
  7. masa masih panjang lagi tu
    masih sempat untuk pelajar yang mahu ikut serta

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain pelajar sekolah, pelajar IPT dan maktab perguruan, orang awam juga boleh menyertai pertandingan ini.

      Delete
  8. perghhh esei sejarah sampai 7000 ptah pkataan, hahah agak apa yang na dikarotkan dalam tu

    ReplyDelete
  9. Subjek selalu tak lulus... hehehe...

    ReplyDelete
  10. wahhhh....selalu ingin nak mencuba masa sekolah dulu tetapi tak sempat siap... huhuhuh

    ReplyDelete
  11. pertandingan yg menarik..slh 1 subjek fevret ciktom time sekolah..hehe

    ReplyDelete
  12. rse nk try join..tp xtaw cara..n xyakinlah..

    ReplyDelete
  13. nak try join..tp xtau nak mula n xyakin boleh siap....

    ReplyDelete