DIY : Goodie Bag Untuk Majlis Aqiqah

Untuk majlis aqiqah anak ketiga (Hana), kami telah memilih untuk menyediakan sendiri goodie bag yang akan diberikan kepada tetamu yang hadir. Banyak juga idea yang sempat saya cari dan akhirnya kami memilih untuk menyediakan goodie bag yang simple dengan kos yang agak murah. Di dalam beg tersebut kami isikan dengan kek muffin, air mineral, beberapa jenis gula-gula dan juga snek. 

Bagi yang sedang mencari idea untuk menyediakan goodie bag untuk apa saja majlis, anda mungkin boleh gunakan idea yang saya kongsikan ini.


Bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan goodie bag :

1. Beg kertas 
Terdapat pelbagai jenis dan warna beg kertas yang dijual di pasaran. Terpulang kepada anda untuk memilih beg kertas yang anda suka. Beg kertas yang saya gunakan ialah brown paper bag.

2. Kertas doily
Biasanya kertas doily dijual dalam kuantiti yang banyak dan harganya berbeza mengikut ketebalan dan kualiti kertas. Anda boleh memilih pelbagai jenis warna kertas doily untuk disesuaikan dengan beg kertas. Saya memilih kertas doily berwarna kuning yang agak sesuai dengan brown paper bag.


3. Sticker 
Untuk sticker, saya hanya print menggunakan kertas biasa dan kemudian menampalkan sticker tersebut menggunakan gam. Untuk mendapatkan pelbagai jenis font yang cantik, anda boleh membaca entri ini - Download Font Cantik Di Komputer Dan Laptop Anda.

4. Stapler & gam

Inilah dia goodie bag yang telah siap untuk majlis aqiqah anak kami. 



Post a Comment

2 Comments