MamaZone : Aplikasi Mobile Untuk Wanita Hamil Yang Pertama di Malaysia

Saat anda disahkan mengandung untuk kali pertama atau kali ke berapa pun, pasti merupakan saat yang paling bahagia di dalam hidup. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan satu aplikasi mobile yang sangat sesuai digunakan oleh wanita hamil sebagai rujukan dan panduan semasa tempoh kehamilan iaitu aplikasi MamaZone.


Apa yang menarik tentang aplikasi ini ialah anda boleh mengetahui pelbagai maklumat kehamilan seperti maklumat berkaitan hospital bersalin dan harga jangkaan, confinement centre, kedai aksesori bayi, senarai tukang urut mengikut negeri, doa amalan, surah MP3 dan lain-lain lagi. Selain ibu mengandung, para suami juga boleh mendapatkan maklumat tentang kehamilan melalui aplikasi ini.


Untuk makluman, entri Perkembangan Bayi Dari 1 Hingga 40 Minggu Kehamilan yang diterbitkan di dalam blog ini juga turut terlibat secara tidak langsung di dalam aplikasi MamaZone ini. Jadi anda bolehlah merujuk aplikasi Mamazone untuk mengetahui perkembangan bayi anda.



Jangan lupa untuk download dan install aplikasi mobile ini di Google Playstore - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.app_mama2be.layout

Post a Comment

0 Comments