Cara Mendapatkan Kad Touch 'N Go IIUM Alumni

Adakah anda salah seorang graduan @ alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) / International Islamic University Malaysia (IIUM)? Jika YA, ini ada berita baik buat anda untuk mendapatkan Kad Touch 'N Go yang berlatar belakang pemandangan universiti berserta dengan nama anda, kulliyyah serta tahun anda menamatkan pengajian yang dikeluarkan oleh pihak Alumni & Global Networking Division.

Kredit gambar : Facebook Nazri Nawi

Cara Mendapatkan Kad Touch 'N Go IIUM Alumni

1. Print dan lengkapkan borang permohonan berikut :


2. Hantarkan borang yang sudah lengkap diisi melalui serahan tangan atau menggunakan perkhidmatan pos ke alamat berikut :

Alumni and Global Networking Division,
Level 1, Rectory,
International Islamic University Malaysia,
Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur

Jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan pos, jangan lupa untuk menghantar borang yang telah lengkap diisi dan sertakan sekali sampul surat  yang sesuai (tuliskan nama dan alamat anda) dengan setem RM0.80. Selain itu, anda juga boleh menggunakan sampul surat pos ekspress.

3. Kad Touch 'N Go yang telah siap boleh diambil dengan cara anda @ wakil anda datang sendiri ke pejabat Alumni and Global Networking Division atau tunggu sahaja kad tersebut dipos ke rumah / pejabat anda.

* ciklaili (Kulliyyah AIKOL, Year 2002) masih dalam proses permohonan kad ini. Saya akan upload gambar kad Touch 'N Go milik saya setelah menerimanya nanti :)

Post a Comment

0 Comments