Selamat Kembali Ke Sekolah | Sesi Persekolahan 2015

Setelah seminggu bercuti selepas pengumuman YAB Menteri Pendidikan Malaysia tentang penangguhan sesi persekolah akibat banjir, nampaknya murid-murid dan guru akan kembali ke sekolah pada 11 Januari 2015 bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu dan 12 Januari 2015 bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya.

Selain itu, penundaan sesi persekolahn bagi sekolah-sekolah di negeri Perak, Pahang dan Kelantan yang masih terlibat dengan banjir, digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara atau mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid-murid akan memulakan sesi persekolahan pada 18 dan 19 Januari 2015. Sila rujuk Penundaan Sesi Persekolahan 2015 Yang Terlibat Dengan Banjir.


Saya sudahpun menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak sulung kami, Amir yang akan melangkah masuk ke tahun 3, begitu juga dengan persiapan diri saya untuk mengajar bagi sesi persekolahan 2015. Jadual waktu juga telahpun diterima semasa mesyuarat guru pada akhir tahun 2014 dan nampaknya saya masih diberi tugasan yang sama - mengajar mata pelajaran Sejarah tingkatan 4 dan tingkatan 5. 

Kepada semua pembaca terutama murid dan guru, saya ingin mengucapkan "Selamat Kembali Ke Sekolah. Semoga tahun ini lebih banyak kejayaan dan pencapaian yang akan dicapai. Amin..."

Post a Comment

8 Comments

  1. selamat hari jadi kak laili :-)

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut hari lahir. Hari pembukaan sekolah adalah hari paling sibuk bagi ibubapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akubiomed.

      Cikgu2 pun sibuk juga. Seminggu sebelum sekolah dibuka kami dah berkampung di sekolah untuk buat persediaan..

      Delete
  3. Selamat kembali ke sekolah cik laili. Liza pun sama... Dah ready kelengkapan. Otak je belum ready. Hehehe..
    Happy belated birthday to Cik Laili.. Welcome to 3 series!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu Liza. Ni mesti tak ready sebab ada baby baru, kan?

      Delete
  4. Salam Ukhwah, Jemput join Segmen GA Mycherita yang sedang berlansung sekarang ye.. Ini Link nya..>>> Segmen Giveaway MyCherita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Insya Allah ada masa nanti saya join ye..

      Delete