Resepi Puding Buah Cocktail Bersama Sos Kastad

Dalam banyak-banyak pencuci mulut, saya amat gemarkan puding, tak kiralah puding roti mahupun puding buah. Untuk entri resepi kali ini saya ingin kongsikan resepi Puding Buah Cocktail Bersama Sos Kastad untuk anda cuba.


Resepi Puding Buah Cocktail Bersama Sos Kastad
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan : 

Puding Buah Cocktail
1 peket serbuk agar-agar
4 cawan air
1 cawan gula
2 biji telur
3 sudu besar tepung kastad
½ tin susu cair
1 tin fruit cocktail

Cara-caranya :
1. Masak agar-agar bersama air dan gula sehingga larut. Kemudian masukkan susu cair.
2. Dalam bekas lain, masukkan telur dan tepung kastad. Kacau rata kedua-dua bahan.
3. Apabila campuran agar-agar, air, gula dan susu mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad.
4. Akhir sekali, masukkan fruit cocktail (tanpa airnya).
5. Masukkan ke dalam acuan yang sesuai dan sejukkan.


Sos Kastard
½ tin susu cair
Air dari 1 tin fruit cocktail
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard

1. Masak susu cair, air fruit cocktail, gula dan tepung kastard di atas api sederhana.

2. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding buah semasa menghidang.


Selamat mencuba :)

Post a Comment

5 Comments