Resepi Puding Roti Bersama Sos Kastard

Jika sebelum ini saya kongsikan Resepi Puding Roti Kiwi, kali ini saya ingin kongsikan pula resepi Puding Roti Bersama Sos Kastard. Daripada roti yang hampir tamat tempoh dibuang begitu saja, ada baiknya jika anda mencuba resepi puding roti yang mudah ini.


Resepi Puding Roti Bersama Sos Kastard
oleh : ciklaili.com

Bahan-bahan : 

Puding Roti
15 keping roti Gardenia 
800ml susu segar / fresh milk
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter atau marjerin (dicairkan)
1 biji telur
1 sudu esen vanilla 
Chocolate chips atau kismis

Cara-caranya :
1. Carikkan roti dan rendamkan di dalam susu segar / fresh milk selama 15 minit.
2. Masukkan gula, butter atau marjerin, telur dan esen vanilla. Kacau sebati bersama roti yang direndam tadi.
3. Masukkan ke dalam bekas dan taburkan chocolate chips atau kismis.
4. Bakar selama 20 -30 minit pada suhu 150 darjah.
5. Biarkan puding roti sejuk sebelum dipotong.

 Puding roti yang sedia untuk dibakar

Sos Kastard
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard

1. Masak susu cair, esen vanilla, gula dan tepung kastard di atas api sederhana.
2. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding roti semasa menghidang.

Selamat mencuba :)

Post a Comment

14 Comments

  1. Salamm..
    Looks nice tp xtaulah hsbnd n ank2 suka mkn ke x ni hmm..cuba buat nnt klu xder org mkn sedih n membazir pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Siti Sharini.

      boleh cuba kurangkan jumlah roti. buat sikit dulu untuk permulaan. kalau mereka suka bolehlah cuba buat lagi..

      Delete
  2. Dah lama tak buat puding roti ni. Sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..sekali sekali buat memang rasa sedap sangat :)

      Delete
  3. Nnt boleh suruh wife buat utk santapan berbuka. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba rezeki puding roti ni ye :)

      Delete
  4. macam sedap jew,,,kena cuba ni :D

    ReplyDelete
  5. Puding roti memang kegemaran saya

    ReplyDelete
  6. Ya ALLAH...sedapnya puding roti ni.tapiii kan, lagi sedap makan yg orang buat ;)

    ReplyDelete
  7. Tengok gambar tu pun tak boleh tahan

    ReplyDelete
  8. wow sedapnya..bole order ka?hehe

    ReplyDelete
  9. Mcm senang je resepi ni. Nnti nk try buat lh. Anak suka sgt2 tp asyik beli je sbb x pndai buat. Skrg boleh buat sndiri. Tq cik laili atas resepi... :)

    ReplyDelete