Bonus Raya 2014 Bagi Penjawat Awam & Pesara


Nampaknya pada tahun ini belum pun masuk seminggu umat Islam menunaikan ibadah puasa, pihak kerajaan telahpun mengumumkan bonus raya 2014 bagi penjawat awam dan pesara sebagai persiapan Hari Raya Aidil Fitri. Pengumuman ini telah dibuat oleh Perdana Menteri pada 2 Julai 2014 yang melibatkan penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54 dan seramai 684,000 pesara kerajaan.


Berikut adalah petikan dari Berita Harian Online :

Penjawat awam, pesara terima bantuan khas raya

Putrajaya: Kerajaan akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai hadiah persiapan menyambut Aidilfitri kepada penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) dalam satu kenyataan semalam, berkata bantuan khas itu akan turut dinikmati 684,000 pesara kerajaan, yang akan menerima RM250 setiap seorang sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. 

Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai ini yang membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

Kerajaan berharap bayaran bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi menyediakan persiapan menyambut Hari Lebaran, katanya.

Selain itu, penjawat awam Selangor akan menikmati bonus sebulan gaji apabila kerajaan negeri itu mengumumkan pemberian bonus tersebut sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri melalui akaun twitter Menteri Besar Selangor.

 

Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM32.7 juta untuk pemberian bonus tahunan ini kepada lebih 17,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan dan pemberian bonus ini akan diberikan sebelum Aidil Fitri.

Post a Comment

10 Comments

  1. Replies
    1. alhamdulillah..sebenarnya setiap tahun saya join kutu raya. dapat bonus ni kira rezeki lebih sikitlah..

      Delete
  2. Rezeki untuk penjawat awam. Pekerja swasta masih menunggu berita jika ada imbuhan daripada majikan masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah pekerja swasta akan dapat juga bonus raya.

      Delete
  3. Alhamdulillah .. Bolehlah digunakan untuk duit raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. dapatlah kita gunakan duit tu untuk persiapan hari raya

      Delete
  4. Rezeki Ramadan & aidilfitri

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki, terima kasih kerajaan.

    ReplyDelete