Penyakit Ekzema Dan Rawatannya

Salam buat semua pembaca blog ciklaili.com. Seperti biasa, pada hari Rabu sepanjang bulan Julai saya akan memilih satu entri dari Segmen Penulis Jemputan. Entri kali ini adalah hasil tulisan Puan Norlizayati yang ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau berkaitan penyakit ekzema. Semoga entri ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana.

-----------------------------------------------------

Cuba lihat gambar-gambar ceria anak kedua saya, Azfar.


Sesekali, bila termenung memikirkan keadaan Azfar semasa kecil, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan apa yang diberi-Nya kini. Dia merupakan pesakit ekzema sejak lahir. Terasa ingin berkongsi serba-sedikit berkaitan ekzema dengan semua pembaca di ruang penulis jemputan ini.

Sebenarnya, Azfar mendapat ruam sejak lahir. Memula ingatkan disebabkan oleh penyakit GBS daripada saya. Rupanya tidak. Kami mula membawa Azfar untuk pemeriksaan bermula daripada usianya dua minggu. 

Kali pertama kami ke HUKM (bahagian kecemasan), doktor hanya menyatakan ia sebagai sejenis jangkitan kulat dan simptom-simptom awal eczema. Azfar diberi ubat sapu Vaseline yang mengandungi salycilic acid serta antibiotik dan ubat demam (jika perlu). Pada waktu itu kami berasa agak janggal juga bila Azfar terpaksa menelan ubat sedangkan umurnya masih dua minggu. 0.4 ml diberikan setiap kali untuk dua kali sehari.


Setelah mendapat saranan rakan-rakan untuk menggunakan Cetaphil product, merujuk kepada masalah ekzema, saya membeli losyen sahaja dan untuk pencuci mandian pula saya menggunakan sabun Sebamed. Keadaan Azfar nampak sedikit baik walaupun kadang-kala air bisa akan keluar. Kalau silap makan, air bisa akan bertambah buruk, mengalir keluar melalui kelenjar peluh.

Bila pulang ke kampung, ada saranan untuk berubat secara tradisional. Kalau di kampung, penyakit Azfar ni dikenali sebagai 'sisik'. Secara amnya, 'pengubat' akan menggunakan daun kesik untuk mengubatinya atau menggunakan air penawar dan bedak sejuk. Walau tidak mempercayai rawatan ini, saya akan tetap mencuba kalau-kalau menjadi untuk Azfar. Kesannya, kulit Azfar menjadi kering dan mudah berdarah apabila disentuh.  Ternyata, ia tidak sesuai untuk Azfar. Mungkin juga sesuai untuk orang lain.

Sekembalinya ke Kuala Lumpur, saya dan suami nekad untuk membawa Azfar ke pakar kulit. Walau bagaimanapun, kami dirujuk ke klinik rawatan utama terlebih dahulu. Pertemuan pertama, Azfar diberi 5 jenis ubat :

  • Normal Saline Solution aka ubat pencuci contact lens - digunakan untuk mengeringkan air bisa. Caranya ialah dengan menembabkan (letak lama-lama) dengan cotton.
  • Kemudian sapukan emulsifying cream untuk membersihkan keruping (like dandruff) di kepala. Perlu diurut perlahan-lahan supaya kulit bayi tidak terkoyak. Apabila keruping tertanggal, ubat dapat meresap terus ke dalam kulit bayi. Juga disapu keseluruhan badan untuk melembabkan kulit.
  • Aquoes cream disapu keseluruhan badan untuk melembabkan.
  • Hydrocortisone cream disapu di tempat-tempat yang kronik dan kemerahan untuk mengubati.
  • Antibiotik juga diberikan untuk seminggu untuk mengelakkan jangkitan lain. (walau bagaimanapun, saya tidak berikan kepada Azfar. Naluri keibuan saya berkata "Tak perlu. Azfar tak seteruk itu.." Suka hati saya saje kan?.

Pada waktu inilah keyakinan kami untuk melihat Azfar semakin sembuh berkobar-kobar apabila melihat perubahan ketara. Walaupun doktor memberi peringatan untuk tidak berharap yang kulit Azfar akan selicin bayi normal, namun ia tetap memberi keyakinan pada kami.

Syukur alhamdulillah...setelah hampir setahun setengah menjalani pelbagai rawatan, Azfar semakin sihat sekarang. Sekiranya berkesempatan, saya akan kongsikan lagi rawatan-rawatan yang dilalui Azfar. Moga dapat kita sama-sama bertukar ilmu dan pandangan. Sehingga berjumpa lagi.

Post a Comment

40 Comments

  1. Anak saya mendapat eczema ketika berusia 8 tahun luar dari kebiasaan yg mana eczema menyerang sejak dari baby. Mula-mula saya memilih klinik pakar swasta, 3 kali berurusan dan setiap kali rawatan bil lebih Rm200. Akhirnya saya bawa ke doc panel dan minta surat utk bwk ke Pakar Kulit HKL, ubat yang sama dgn kuantiti yang banyak saya cuma bayar Rm5. Alhamdulillah sekarang sudah pulih tetapi sekali-sekala eczema tu muncul jugak di kulitnya. Biasanya bahagian lengan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kagum dengan cara puan Jun menjaga anak ekzema. moga boleh jadi panduan ibu bapa di luar sana..

      Delete
    2. Assalamualaikum ADMIN. Terima kasih dengan info terbaik pasal ekzema tu dan kisah menarik pasal Azfar. Saya nak kongsi kisah anak kawan saya yang mengadu pasal gatal2 kulit. Dia cuba guna sabun2 anti kuman yang femes yang selalu keluar iklan tv tu,tapi gatal2 kulit anak dia tetap sama. Saya suruh dia untuk cuba gunakan Mirza Treatment Soap untuk anak dia tu. Selepas dia gunakan Mirza Treatment Soap kat anak dia, Alhamdulillah beransur kurang dan bertambah baik. Kadang2 apa2 produk pn bergantung jugak pada kesesuaian individu tu. Kadang ada yang serasi, kadang ada yang tak serasi. Jika ada ibu bapa yang nak cuba ikhtiar untuk anak2, boleh la cuba Mirza Treatment Soap tu untuk mandi@basuh tempat gatal anak2 tu. Inshaa-Allah.

      Delete
  2. Tweima kasih cik laili. Semoga perkongsian ini berguna untuk kawan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih juga kerana sudi berkongsi pengalaman dengan pembaca blog ciklaili.com

      Delete
  3. Adik lelaki saya mengalami masalah kulit yang severe. Beliau tidak putus makan ubat dan rawatan berjadual. Antara pantang beliau tidak boleh makan kacang.

    ReplyDelete
  4. boleh cuba product Moogo. Bagus utk kulit sensitive dan guna bahan2 semulajadi.

    ReplyDelete
  5. dermatologist HKL memang bagus..

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik..bolehlah dapatkan rawatan di sana nanti..

      Delete
  6. syukurlah thanks berkongsi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi ibu bapa yang mempunyai anak ekzema pasti sudah serba serbi tentang rawatan. diharap entri ini boleh dijadikan rujukan ibu bapa di luar sana..

      Delete
  7. Terima kasih atas info penyakit di atas. Moga Allah permudahkan penulis, Insyallah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. anak penulis juga sudah beransur pulih dari penyakit ekzema. syukur alhamdulillah..

      Delete
  8. perkongsian yang bagus nih. nice sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. bagi saya yang takde anak ekzema, entri ini memang boleh menambahkan pengetahuan tentang penjagaan anak jika terkena ekzema

      Delete
  9. perkongsian yang bagus ni..kena bookmark..mana tahu nanti nak guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu tentang penjagaan anak memang boleh dijadikan rujukan di masa akan datang..

      Delete
  10. terima kasih atas perkongsian ini...

    boleh dijadikan panduan mana tau apa yang akan jadi esok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama doakan kesihatan mereka yang mempunyai anak ekzema..

      Delete
  11. Salam cik laili,

    Tq for info.. Sekadar nk berkongsi pengalaman.. anak saya pn penah kena ekzema.. Alhamdulillah skrg dh pulih. Tapi saya masih menjaga pemakanan dan kebersihan persekitaran bagi megelak penyakit ni berulang. Boleh baca pengalaman saya di http://pjotlee.blogspot.com/2013/03/homeopathy-dr-hassan-pkns-bangi.html dan http://pjotlee.blogspot.com/2013/03/respect-to-get-respected.html

    Sharing is caring :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam pjotlee. terima kasih kerana berkongsi pengalaman..
      kawan2 boleh rujuk link entri yang diberikan..

      Delete
  12. Semoga si anak sihat sejahtera selalu..aminnn..memang sabun Sebamed sesuai untuk kulit baby yang manja..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan ekzema yang dialami semakin sembuh & boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.

      Delete
  13. ank sy eczema.. tp xtruk.. xde berair.. bila g klinik doc bg antibiotik.. patut ke sy bg antibiotik?? risau sbnrnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik bawa anak berjumpa dengan pakar kulit..

      Delete
  14. Camne nak pergi pakar kulit di HKL perlu buat appoitment dulu ke..anak saya umur 2 tahun kena eczema..mcm2 krim dah digunakan.. tapi masih tiada perubahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak boleh cuba ubat dari Dr. Luqman Ayurveda dari Luqman Herbs Centre sbb ubat herba beliau dapat rawat punca berlakunya ekzema jadi susah untuk ekzema terjadi semula.

      sumber :http://www.luqmanherbscentre.com/index.php/excema

      Delete
    2. ya kena buat appoitment dulu....orang cakap HKL ada pakar untuk baby ekzema....anak saya sedang menjalankan rawatan di HKL setelah bermacam2 pakar ditemui.

      Delete
  15. Camne nak pergi pakar kulit di HKL perlu buat appoitment dulu ke..anak saya umur 2 tahun kena eczema..mcm2 krim dah digunakan.. tapi masih tiada perubahan.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.. Sebenarnya ekzema blh dirawat.. Tapi kene guna cara yg betul yakni dgn cara mengeluarkan penyakit ekzema drp badan. Kalau sapu krim, simtom ekzema mmg cepat hilang utk sementara waktu je.. Ia ditekan kedalam. Nanati ia akan timbul balik atau berulang esp bila terkene bhn allergen. Rawatan menekan penyakit ke dlm akan menyebabkan semakin byk benda yg dia sensitif. Kulit akan jd parut hitam, kering, tebal, bersisik. 70% kaedah menekan akan menyebabkan pesakit ekzema mengalami penyakit asthma pula... Ini mmg diakui doktor.. Jd kaedah yg mengluarkan penyakit (non-suppressive treatment) lebih berkesan dan akan menghilangkan sensitiviti pesakit terhadap bhn allergen dan bhn2 lain yg blh trigger akzema... Hubungi Nizam 016-4369630.. Emel : nizambidara@gmail.com.. Blog : herbadanpemakanan.blogspot.com... FB : Nizam Herbalist

    ReplyDelete
  17. Saya dan anak penghidap ekzema....anak saya mengalami atopic ekzema....bermacam cara telah di cuba.....saya menghidap ekzema dari kecil sehinggalah sekarang....bermacam ubat dan rawatan dah cuba...tapi semuanya hanya sementara.....malu nak berhadapan dengan org jgn ceritalah....tapi sekarang saya dah jumpa produk yang sesuai...dan saya nak teruskan dengan produk ni....kalau nak tau...bacalah catatan saya dalam website saya ni......
    http://sihatcantikdgncu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. http://liyanasonestop.blogspot.com/2014/05/mealshake-membantu-masalah-ekzema-kanak.html?m=1

    Info tentang ekzema dengan produk yang semulajadi dan selamat

    ReplyDelete
  19. please allow me to share remedy the natural way

    ReplyDelete
  20. selain menggunakan ubatan hospital, boleh juga gunakan cara alami dan merawat masalah dari dalam. bila sistem imun meningkat in shaa Allah eczema dapat dikawal.

    Ibu Muda Mencari Cara Merawat Eczema Kerana Sudah Tidak Tahan Melihat Anak Derita

    ReplyDelete
  21. saya ada eczema yg teruk d tangan.. umur sy 22 . mcm mna nak bg rawatan utk ni.. ubt krim semua tk bkesan ..

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum….selain dr injection, supplement or alternatif lain…sy ada cara rawatan & ikhtiar utk eczema,psoriasis,kurap,panau dan sakit kulit yg lain, iaitu produk medicserum by renoskin…In shaa Allah, atas kehendak-Nya sakit2 tu dpt dikurangkn & memulihkn…sy x dpt nk reply msg anda tp anda boleh follow fb sy rossa lieza or boleh pm sy 016-9755657 utk lebih detail...
    -agen sah produk renoskin_medicserum…tq

    ReplyDelete
  23. Ank saya pn eczema sejak lahir.. Mmg kna kuat jg baby eczema ni. Lbih kurng ank puan jg. Smpai tahap kluar air bisa dan darah.

    ReplyDelete