Majlis Pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri

Baru-baru ini saya telah menerima jemputan dari pihak Nuffnang untuk hadir ke Majlis Pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri yang diadakan di AEON BIG Mid Valley. Saya hadir ke sana bersama rakan setugas cik RA, pemilik blog Qaseh iManie dan majlis ini turut dihadiri oleh wakil dari pihak media dan para blogger yang lain. 


Majlis pelancaran ini adalah untuk memperkenalkan 3 variasi baru Dugro yang menarik yang mempunyai pelbagai fungsi iaitu :

1. Variasi regular (Asli) dengan kebaikan susu dengan sukrosa 0% dan kaya dengan Vitamin C yang membantu penyerapan besi.
2. Variasi Honey date (Madu Kurma) rasa lazat madu dan ekstrak kurma yang mengandungi Vitamin B kompleks dengan sukrosa 0%.
3. Variasi Strawberry Chocolate (Coklat Strawberi) dengan ekstrak strawberi sebenar mempunyai sukrosa 30% kurang berbanding rumusan sebelumnya dan kaya dengan Vitamin A, C dan E.

Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd’s Marketing Director : Ang Chong Lee, Managing Director : Toni Brendish dan Senior Marketing Manager (Dumex Dugro) : Korula Chandy
Kanak-kanak bersama bintang yang menunjukkan 5 perkembangan utama mendorong tumbesaran
Yasmin Hani sebagai pengacara majlis
Sesi soal jawab
Suasana di majlis pelancaran

Sempat juga saya bertegur sapa dan berbual dengan para blogger yang turut hadir di majlis ini. Walaupun ini kali pertama kami berjumpa tetapi masing-masing seperti sudah lama kenal (mungkin kenal melalui blog). Ada juga antara blogger yang masih malu-malu kucing seperti myvitrd dan isterinya, cik malarang (hanya sempat bersalaman sahaja).

MrJocko, shakiddo dan sohoque
Cik RA, sha, ciklaili dan Beii
Bersama blogger Azi. Terkejut juga bila beliau menegur, : "Ini ciklaili kan?"
ciklaili.com di Majlis Pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri
Paling menarik, kami diberi peluang untuk merakamkan aksi dengan props yang disediakan oleh mySnappy Photo Booth. Nak tergelak pun ada bila melihat gambar-gambar ni.

Lihatkan aksi saya dan cik RA di hadapan kamera

 Ambil peluang bergambar buat kali kedua (sebelum balik). Hihi..
 

Post a Comment

35 Comments

  1. waaaa sonoknya..jumpa ramai blogger kat sana..

    ReplyDelete
  2. emm...jealous la tengok ramai geng blogger berkumpul di sana.entah bila le agaknya sampai giliran ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah..ada rezeki nanti bolehlah dja turut serta dalam mana-mana event

      Delete
  3. oooo...inilah kisahnya...mula2 tgok di fb je...bestnya laili dan cik ra tu....meriah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah segala pertanyaan ustzah da terjawab dlm blog ciklaili.com..hehhe

      Delete
  4. semakin popular ciklaili.com sekarang ini.. Berhati-hati bila pergi bercuti..Pasti ade yang menarik akak utk bergambar sekali..hehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikRA lagi popular sebab masuk TV. hehe..

      Delete
  5. hi hi hi.. sayalah blogger yang ciklaili lupa nama tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..nnt edit balik entri ni & letak nama Azi ye :)

      Delete
  6. Jaminan dari pihak Dumex kandungan gula hampir tiada adalah sesuatu yang bagus.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dapat peluang macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok..selain dapat pergi event, dapat juga jumpa blogger lain :)

      Delete
  8. seronoknya!!!!
    kalao ada akt untuk anak2, lagi meriah.

    ReplyDelete
  9. Great to meet you there Cik Laili!

    ReplyDelete
  10. susu dugro ni boleh tahan juga harganya

    ReplyDelete
  11. Hi Cik Laili,

    Nice meeting u there as well :) tulah, tak sempat borak2, ramai blogger otai dkt event tu, I malu. Hihi. Hope to see u again in future, insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah ada rezeki nanti kita jumpa di mana2 event ye..

      Delete
  12. bestnya kalau dapat ikuti event macam nie....

    ReplyDelete
  13. dengar citer ramai orang dok pulun makan strawberi coklat yea....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai. saya je yang tak sempat nak merasa :(

      Delete
  14. Hi Ciklaili, Thank you for featuring mySnappy Photo Booth in your blog. Appreciate and feel free to share your blog on our Facebook page too! Hope you all had lots of fun! Thank you!

    ReplyDelete
  15. Nampak sangat enjoy bergambar siap ada frame mcm kanak-kanak tu. Terasa mcm kembali ke alam kanak-kanak ke kak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. frame tu memang dah disediakan oleh pihak mySnappy.
      kami cuma perlu beraksi dengan props yang disediakan..

      Delete
  16. alololo comelnya ciklaili dan cik ra posing heheh, saya tak dapat invitation ke event ni, hari sebelum tu dapat jemputan ke event CMPA tp tak dapat join ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..saya dapat juga jemputan ke CMPA tu. tapi terpaksa tolak. takkan 2 hari nak pergi Mid Valleys. dahlah datang jari jauh..

      Delete
  17. comel3 semua...hehe..
    tapi agak mahal jugak harganya kan kak laili ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih mampu dibeli jika dibanding dengan jenama susu lain..

      Delete
  18. comel betul ciklaili ni ..time kasih sebab sudi posing2 dgn sha.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. insya Allah ada rezeki nanti kita jumpa dalam event yang lain ye :)

      Delete