Jom Ke Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sudahpun berlangsung sejak 26 April yang lalu. Seingat saya, kali terakhir saya ke PBAKL adalah pada tahun 2010 - pergi bersama adik selepas balik dari temuduga di Putrajaya. Insya Allah tahun ini saya berpeluang ke sana kerana menggantikan seorang guru yang tidak dapat pergi. Dua buah bas akan digunakan yang disertai oleh pengawas, pustakawan dan PRS. Kami dijangka akan bertolak pada 30 April 2013 pada jam 7.30 pagi.


Saya telah menyenaraikan apa yang ingin saya beli di PBKL 2013 :
1) Buku ilmiah & motivasi yang sesuai untuk saya dan suami
2) Buku untuk anak-anak
3) Buku resepi (semangat berkobar-kobar nak memasak)
4) Majalah (belum buat pilihan nak beli majalah apa)
5) Novel (walaupun bukan peminat novel, teringin juga nak membeli)

* Hmm...anda ada cadangan tak apa lagi yang patut saya beli di PBAKL nanti?

Post a Comment

17 Comments

  1. wah dah mula ek...bolehler pergi ni..the timing is just rite...he he he...

    ReplyDelete
  2. selamat membaca. Semoga berjumpa dengan apa yang dicari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya siap buat checklist. takut terbeli yang bukan sepatutnya..hehe!

      Delete
  3. kalau nak pinjam novel dari saya pun boleh juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..nanti kak leli tengok novel2 tu ye..

      Delete
  4. Anak2 OKje sebok nak pegi sini CL

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomlah bawa anak2 ke PBAKL. cuti hari pekerja ni dijangka mesti ramai yang datang.

      Delete
  5. booth yg ada tak sebanyak tahun2 lepas...tapi menarik juga...saya sampai pening nak pilih buku2..terutama utk anak2 buah :)

    ReplyDelete
  6. kena terjah ni... kalau tak nak pergi minggu lepas tapi ada hal lain..

    ReplyDelete
  7. Sudah pasti ramai yang akan pergi untuk mendapatkan buku pada harga diskaun dan murah.

    ReplyDelete
  8. Saya kesempatan pergi semasa hari pertama - malam lagi....memang lapang jee sambil pilih buku

    ReplyDelete
  9. SEO full package ada tak ..hehehehe

    ReplyDelete
  10. Saya tak berkesempatan nak pergi nampaknya..

    ReplyDelete
  11. jom shopping beli buku..yahoo~~~

    minta bantuan untuk undi blog saya....

    http://www.melastikbintang.com/blogger/contest-review-blog-paling-popular.html

    ReplyDelete
  12. diskaun menarik tak pbakl tahun ni? Cadang nak ke sana hari ni....

    ReplyDelete