Slip Keputusan PMR

Hari ni pelajar tingkatan 3 akan mengambil slip keputusan PMR disekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi. Mesti hati akan rasa berdebar-debar waktu melangkah masuk ke pintu pagar sekolah. Janganlah risau ye adik-adik. Anda telah lakukan yang terbaik di dalam peperiksaan dan sudah pasti kejayaan akan berada digenggaman.

Jika anda berjaya jangan lupa untuk bersyukur dan ucapkan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan yang telah memberi sokongan dan dorongan selama ini. Bagi yang tidak berjaya mencapai keputusan yang diharapkan, janganlah berputus asa. Teruskan berusaha dan buatlah yang terbaik di dalam SPM pula.


Slip keputusan PMR saya yang sudah berusia 18 tahun.

Saya menduduki peperiksaan PMR pada tahun 1994 di SMKA Simpang Lima (Selangor) dan tahun itu merupakan tahun ke-2 pelaksanaan PMR di Malaysia.


posted from Bloggeroid

Post a Comment

10 Comments

  1. Bukan sekadar adik2..ibubapa pun nerveous sama!

    ReplyDelete
  2. berdebar2 la nak amik PMR nanti diorang...

    ReplyDelete
  3. betul tu. pelajar, ibu bapa & guru sama2 berdebar. masing2 tak tidur lena agaknya..

    ReplyDelete
  4. tahniah kepada semua adik2 yg berjaya... yg tak berjaya pula jangan risau sebab perjalanan masih panjang lagi... jangan bersedih...

    ReplyDelete
  5. Sya kakak pun brdebar2. Adik dh dpt result. Dia dpt 9A!! Syukur

    ReplyDelete
  6. hai ciklaili, mudah-mudahan mereka mendapat keputusan SPM yang cemerlang nanti. Saya mengambilnya pada tahun 1996.

    ReplyDelete
  7. ade lg ek cik laili simpan slip pmr tu..saya punya entah ke mana..muehehehe..sye pmr thn 1996

    ReplyDelete
  8. Nak pi cari jugakla slip PMR saya ni..huhuh..tapi, result tak berapa bagus...

    ReplyDelete
  9. smka simpang lima??
    wahh same sekolah la...
    saye pmr 2010 :)
    jadi kite tak pernah jumpe..hehe..

    ReplyDelete
  10. Noraini : memanglah tak pernah jumpa. masih di SMKASL lagi ke? rindu nak ke sana.

    ReplyDelete