Pendaftaran Haji

Rukun Islam yang kelima ialah menunaikan haji (bagi yang berkemampuan). Bagi anda yang belum mendaftar diri untuk menunaikan haji, di sini saya kongsikan serba sedikit maklumat berkaitan untuk dijadikan panduan.


Syarat Pendaftaran Haji

1. Beragama Islam dan warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.
2. Mempunyai akaun Tabung Haji dan wang simpanan minima RM1,300.00 dalam akaun TH semasa mendaftar.
3. Jika pemohon pernah menunaikan haji, pendaftaran haji kali kedua hanya boleh dibuat selepas 5 tahun dari tarikh terakhir menunaikan haji.
4.  Jika pemohon disenaraikan dalam Jabatan Insolvensi Malaysia, hendaklah mendapatkan surat pelepasan untuk pendaftaran haji dari jabatan tersebut.

Pendaftaran Haji KWSP

1. Mempunyai akaun Tabung Haji.
2. Simpanan di dalam Akaun 1 KWSP melebihi RM1,300.00 dan berumur kurang dari 55 tahun.
3. Hadir ke pejabat Tabung Haji dengan membawa salinan penyata KWSP terkini.

Kursus Haji

Kursus terbuka kepada sesiapa yang berminat menyertainya. Bagi yang telah mendaftar adalah digalakkan menghadiri kursus asas haji yang diadakan pada bulan Rabiul Awal hingga bulan Rejab di masjid yang terpilih.

Rayuan Menunaikan Haji

Berdasarkan proses pendaftaran haji sekarang iaitu mengikut sistem komputer, bakal haji akan mendapat tahun pilihan haji selepas 20 tahun. Jika berhasrat untuk mempercepatkan giliran menunaikan haji, bakal haji boleh membuat surat permohonan lengkap dengan nama, no. K/P dan no. akaun TH dan hantarkan surat tersebut di mana-mana cawangan TH.



Keutamaan rayuan adalah mengikut konsep siapa yang dahulu didahulukan berdasarkan kepada tarikh daftar dan warga emas yang berumur 75 tahun ke atas.

Alhamdulillah...saya sudah mendaftar dan giliran untuk pergi masih lambat lagi - tahun 2054/1475H. Mudah-mudahan dipanjangkan usia untuk melaksanakan Rukun Islam yang kelima ini. Saya pernah menjejakkan kaki ke tanah suci semasa menunaikan umrah bersama abah pada tahun 1998 (selepas tamat matriks & tahun pertama di UIA).
 

Post a Comment

17 Comments

  1. blm mampu lagi nak mendaftar :( insyaallah kalau ada rezeki...

    Tech Kini

    ReplyDelete
  2. alhamdullah saya dah daftar dengan suami tahun lepas masa mula2 pm cakap boleh daftar melalui akaun kwsp.. insyaAllah 2044 kami kesana

    ReplyDelete
  3. Suami akk dh dpt panggilan thn ini. Akk yg kena bt rayuan sbb nama naik 2015...doakan berjaya ye

    ReplyDelete
  4. tunggu parents nak pergi haji...

    ReplyDelete
  5. pendaftaran haji KWSP pun boleh yea...? so far, kid dah bukak akaun untuk my ilham juga.. :)

    ReplyDelete
  6. haa..siapa yang belum register..registerlah ekk..

    ReplyDelete
  7. Biasanya ramai yg tak sanggup tunggu kan. Masih2 harap kuar dut pencen nanti, terus pegi pakai VIP package yg tak perlu tunggu2. Bayaranya berganda tetapi, ya lah kalau masih sihat dan ada wang, better pegi time tu, kan?

    ReplyDelete
  8. maklumat yang cukup berguna... semoga impian ke sana terlaksana

    ReplyDelete
  9. insya-Allah satu hari PM dan wife nak pergi register jugak...perkongsian menarik cik laili...terima kasih...:)

    ReplyDelete
  10. Akak dan anak2pun dah mendaftar. Lama masa menunggu giliran utk ke sana, tahun 2031. Moga dipanjangkan usia dan sihat utk menjalani ibadah tersebut.

    ReplyDelete
  11. Kalau ada duit lebih boleh g sendiri pasal nak tunggu turn jenuh juga

    ReplyDelete
  12. memang memudahkan pengguna TH

    ReplyDelete
  13. laaa... cik laili pon uia ker.. senior saya ke junior saya ni?

    ReplyDelete
  14. Sohoque : tak pasti siapa junior atau senior. saya LL.B 1998-2002

    ReplyDelete
  15. insyallah saya sememangnya berhajat untuk menunaikan rukun islam yg kelima,mudah-mudahan di izinkan Allah

    ReplyDelete
  16. semoga hajat dikabulkan Tuhan

    ReplyDelete