Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0

Untuk makluman, permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 akan dilaksanakan mulai 1 November 2012 secara online atau melalui kaunter Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara. 

Bagi memudahkan urusan pendaftaran, borang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 boleh dimuat turun/download daripada laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sila click link berikut :



Pemohon yang telah mendaftar dan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia sebelum ini, tidak perlu lagi mendaftar untuk kali kedua. Hanya pemohon BR1M yang gagal dalam pemohonan sebelum ini sahaja diminta untuk mendaftar semula. 

Bantuan kali ini juga dibuka kepada golongan bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan. Bagi permohonan yang layak, mereka akan menerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM250.

Syarat Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 Skim Isi Rumah
  • Warganegara Malaysia 
  • Berkeluarga / Ketua Keluarga dengan keseluruhan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
Takrif Ketua Keluarga :
  • Individu yang telah berkahwin
  • Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ketas keseluruhan keluarga
  • Bujang yang mempunyai tanggungan
  • Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang hidup sebatang kara
Mereka yang layak dan terpilih akan menerima bantuan sebanyak RM500.

Syarat Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 Skim Individu Bujang
  • Warganegara Malaysia
  • Bujang dan berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2000 
  • Tidak mempunyai tanggungan keluarga
  • Bukan penuntut IPTA / IPTS
  • Bekas penuntut IPT dan masih menganggur
Individu bujang yang layak dan terpilih akan menerima bantuan sebanyak RM250.

Post a Comment

4 Comments

  1. pendapatan bawah 3000 xde ke ? aduhaiii..terlebih sedikit laa..

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas link..
    blog yang bermacam info..

    ReplyDelete
  3. Memang suka dgn blog ni..Thanks cikgu

    ReplyDelete
  4. I am happy to find this post very useful for me, as it contains lot of information. I always prefer to read the quality content and this thing I found in you post.
    br1m 2016

    ReplyDelete