Kek Harijadi dan Hari Raya Aidil Adha

27 Oktober 2012 genaplah usia anak sulung saya (Amir) 6 tahun. Tahun ni harijadi Amir agak istimewa kerana 6 tahun lepas Amir dilahirkan dalam suasana hari raya aidil fitri dan tahun ni sambutan harijadinya jatuh pada hari raya aidil adha pula. Saya dan suami telah bercadang untuk membawa Amir ke suatu tempat menarik pada hari cuti sekolah yang akan datang sempena hadiah harijadinya.

Selain itu, saya telah menempah kek harijadi untuk Amir dan kek hari raya aidil adha dari UsTaZaH AiN.CoM. Memandangkan Amir memang menggemari kek coklat, jadi saya telah menempah kek coklat sempena harijadi Amir manakala untuk kek hari raya pula, saya memilih kek Sifon Pandan Blueberry.





Anda boleh mendapatkan dan mencuba resepi kek coklat dan kek Sifon Pandan Blueberry dari blog UsTaZaH AiN.CoM.
posted from Bloggeroid

Post a Comment

1 Comments

  1. barakallah ya Jamil..barakallah ya jamil..barakallah ya jamil..nyanyi ikut rentak Happy Birthday untuk Amir..Moga jadi anak soleh

    ReplyDelete