Jadual Penerbangan Haji Malaysia Tahun 2012

Musim haji telahpun tiba. Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia bagi tahun ini telahpun bermula sejak 17 September 2012 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terpilih menjadi 'tetamu Allah' pada tahun ini. Insya Allah giliran saya dan anda yang belum melangkahkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima akan sampai juga suatu hari nanti. 


Pihak Tabung Haji telah mengumumkan Jadual Penerbangan Haji Malaysia bagi tahun 2012 seperti berikut :

1. Penerbangan Pergi Pertama : 17 September 2012 (Isnin)
2. Penerbangan Pergi Akhir : 19 Oktober 2012 (Jumaat)
3. Wukuf (9 Zulhijjah) : 25 November 2012 (Khamis)
4. Hari Raya Haji : 26 November 2012 (Jumaat)
5. Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 27, 28 dan 29 Oktober 2012 (Sabtu, Ahad dan Isnin)
6. Penerbangan Balik Pertama : 1 November 2012 (Khamis)
7. Penerbangan Balik Akhir : 29 Disember 2012 (Khamis)


Untuk mengetahui sebarang pertukaran dan jadual penerbangan terkini, sila ke laman web Tabung Haji. Bagi lokasi penerbangan haji pula seperti jadual di bawah :

Bil. Tempat Lapor Diri
1. TAHA D' KELANA, Kelana Jaya
2. TAHA D' BAYU, Bayan Lepas
3. Lapangan Terbang Sultan Ismail,Senai
4. Lapangan Terbang Antarabangsa,Kota Kinabalu
5. Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching
6. Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
7. Penerbangan sektor Alor Setar - Jeddah melalui KLIA untuk sebahagian dari bakal haji Kedah Perlis

Anda juga dijemput untuk membaca pengalaman kawan saya (Khadijah) menunaikan haji melalui blog Road To Heaven : Hajj Diary.

---------------------------------
Pengalaman saya menunaikan umrah bersama ayah sewaktu berusia 18 tahun masih tersemat diingatan. Masih teringat lagi bagaimana terujanya saya bila pertama kali menaiki kapal terbang. Kalau boleh nak duduk di tepi tingkap supaya dapat melihat pemandangan di bawah dan melihat bagaimana rupa awan sebenar. Alhamdulillah..hajat saya tercapai. 

Paling saya tidak lupa, saat pertama kali melihat kaabah. Rasa sangat bersyukur kerana diusia muda saya telahpun menjejakkan kaki ke baitullah. Selain itu, saya sempat menghantar poskad kepada seorang kawan dan diri sendiri (nak dapatkan cop pos dari Mekah dan Madinah) semasa berada di sana. 

Pernah sekali saya menunaikan umrah seorang diri (tanpa ditemani ayah) gara-gara saya terlupa yang sepatutnya saya menunaikan umrah pada waktu petang tetapi saya telah pergi pada waktu pagi. Saya mencari-cari ayah semasa hendak niat ihram di miqat. Alhamdulillah ada jemaah dari negeri lain yang sama-sama menunaikan umrah pada waktu itu dan saya selamat menunaikan umrah bersama mereka.

* Rasa sangat rindu untuk ke sana lagi..

Post a Comment

4 Comments

  1. Insya Allah, satu hari nanti saya pun nak ke sana .. =)

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. suatu hari nanty lin pon nak ke sana =) kak laili, lin minta izin copy ye entry ni...

    ReplyDelete
  3. impian semua kan ciklaili, moga Allah permudahkan aminn

    ReplyDelete
  4. Lali, thanks a lot!! semoga di murahkan rezeki..

    ReplyDelete