Bajet 2013


Bajet 2013 akan dibentangkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib, Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia secara langsung pada 28 September 2012 (Jumaat) tepat jam 4.00 petang. Bagi yang ingin mengikuti ucapan pembentangan Bajet 2013 bolehlah menonton secara langsung melalui stesen televisyen RTM, TV3, NTV7, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA.

Teks Ucapan Bajet 2013 dan Laporan Ekonomi 2012/2013, boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia sejurus selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak habis membentangkan Bajet 2013 dan orang ramai juga boleh mendapatkannya pada 28 September 2012 jam 5.30 petang di Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

Pembentangan Bajet 2013 juga boleh diakses melalui :

Live Streaming Bajet 2013 - http://www.treasury.gov.my
Mobile Web Bajet 2013 - http://www.treasury.gov.my/bajetmobile
Pautan RSS Bajet 2013 - http://www.treasury.gov.my



Post a Comment

0 Comments