Tema Dan Lagu Hari Guru 2012


Pada tahun 2012, sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan serentak dengan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan iaitu pada 16 Mei 2012 (Rabu) sepertimana yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012.

* Baca Perutusan Hari Guru 2012 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg Dato Sri Abd Ghafar Bin Mahmud.

Kad ucapan hari guru yang diterima pada Sambutan Hari Guru tahun 2011
Berikut adalah Tema dan Lagu Hari Guru tahun 2012 :

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)


Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2

Muat turun :
  1. Lagu Tema Vokal
  2. Lagu Tema Instrumental
  3. Lagu Tema Minus One
  4. Negaraku Minus One
  5. Guru Malaysia Minus One
  6. Guru Malaysia Vokal
 Kredit : PPD Kulai Jaya 

Post a Comment

1 Comments